24

246 54 10
                                    

>Haeryung pov

》1 week later..

" Sayang . " Wooyoung berlari lalu memelukku dari belakang . Dia tersenyum manis lalu memalingkan badanku menghadapnya .

" Saya rindukan awak ! " Wooyoung tersengih lalu memelukku sekali lagi dengan teruja . Maklumlah baru boleh jumpa . Kami dalam long distance relationship je seminggu ni sebab Ateez dah mulakan mini tour .

Aku sempat tanya khabar Ateez dan Wooyoung melalui San . Resah betul bila dapat tahu Wooyoung terseliuh masa nak naik atas stage untuk rehearsal .

Untuk kebaikan Wooyoung , doctor minta Wooyoung hiatus dari sebarang aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan di bahagian kaki .

Jadi Ateez teruskan mini tour tanpa Wooyoung . Tak apa , mereka tetap 8 makes 1 team !

Aku melepaskan pelukan kerana berasa rimas lalu pandang Wooyoung atas bawah . Wooyoung nampaknya berjalan terhincut-hincut .

" Awak datang sini siapa hantar? " Soalku hairan .

" Eh saya drive sendiri lah . " Wooyoung mengeluarkan kunci kereta lalu di goncang di hadapan muka aku .

" Tak sakit ke? Kenapa susah-susah nak jumpa dekat sini , awak belum sembuh tu Wooyoung . "

" Terseliuh sikit je sayang oi . Lagipun saya rindu nak tengok muka awak .. "

" Haihh yelah , jom Starbucks . " Aku memeluk lengan Wooyoung untuk membantunya berjalan sedikit laju . Kami menuju ke kedai Starbucks yang berdekatan .

" Lama betul awak cuti . Awak tak rindu budak-budak kat taska tu ke? "

Soal Wooyoung . Aku yang sedang leka termenung dia cuit lalu aku pandang mukannya semula .

" Saya dah berhenti la.. " Jawabku dengan perlahan namun masih boleh di dengari Wooyoung .

" Eh kenapa? " Wooyoung mengangkat keningnya .

" Awak tak tengok berita ke apa? Budak-budak kat taska tu ramai yang dah keluar bukannya sebab ada parents baru , dorang hilang Wooyoung . "

" H-hilang?! Macamana boleh jadi macamtu? "

" Entahla . Sekarang polis tengah pantau kawasan tu , dorang tengah soal siasat semua cikgu-cikgu dengan bongkar record pengambilan anak angkat . "

" Ryung dengan Eun pun dorang nak siasat sekali . Nanti awak bawalah dorang ke balai , awak kan penjaga . "

" Tak sangka betul , saya fikir taska tu selamat . Rupanya dah jadi tempat tumpuan penculik .. "

" Saya takut Wooyoung .. "

" Sabarlah sayang , awak tak buat salah apa-apapun . Takkan tiba-tiba polis nak sumbat awak dalam penjara kan? "

Sabotaj .

Itulah apa yang aku takutkan dalam situasi sekarang . Macamana kalau ada manusia yang berdengki dengan aku ?

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now