07

458 73 16
                                    

>Haeryung pov

> cu mart

Aku pergi mart sebab nak beli aiskrim yang dah lama aku craving tapi adik aku pula sibuk nak ikut.

" Belanja eh ? " Kata Haesung sambil menyiku aku yg tengah tengok majalah.

" Kau ni , sibuk betul la . " Marah aku pada Haesung . Annoying tahu tengok muka yang sama hari-hari. Sudahla selalu cari gaduh.

" Alaaa bolehlaa noona .." Pujuk Haesung sambil membuat suara manja . Paket snek ditangannya tak lepas .

" yelah, jangan banyak sangat . Aku pun nak makan aiskrim jugak " Kata aku pada Haesung terus dia senyum dan menuju ke kaunter

Sampai dikaunter aku bayar makanan aku dan Haesung dan keluar dari mart . Haesung tersenyum puas lepas dapat memujuk aku belikan snek kegemaran dia.

Aku keluarkan aiskrim kegemaran aku lalu makan . Sudah lama mengidam . Haesung pula sudah berjalan laju pulang ke rumah sambil bawa plastik berisi makanan.

Baru beberapa langkah sahaja menapak keluar dari situ tiba-tiba bahuku dilanggar seseorang yang juga bergegas untuk keluar .

" Ah ! " Aku terlepas pegang lalu aiskrim aku terjatuh. Belum separuh lagi pun yang masuk kedalam perut aku dah jatuh ke lantai.

" Weh sorry! aku nak cepat- " Kata orang itu lalu kami berpandangan. Ianya adalah Choi San .

》SKIP

Aku masuk ke dalam rumah sambil makan aiskrim magnun baru yang San belanjakan. Kebetulan pula jumpa dia tadi.

" Eh dah balik dah . Ingatkan dating ngn jiran sebelah ni " Kata Haesung yg tengah kunyah chips sambil tgok tv

Tak bersyukur , dahla aku yg belanja. Cakap terima kasih pun tidak .

" Kau diam ,kau yg tinggalkan aku . " Aku baling barret Hongjoong yang ada pada penyangkut belakang pintu pada muka dia.

Kebetulan Hongjoong baru keluar dari bilik , dia tengok barret dia dah ada atas lantai dan aku sedang berperang dengan Haesung.

" Haeryung , Haesung ! Korang ni hari-hari gaduh, aku nak aman pun susah laa .Kang ada aku letak korang berdua kat rumah orang gila. Ataupun aku yang gila."

" Haesung kau pergi study , bukan kau ada periksa awal tahun ke nanti?? " Soal Hongjoong lalu Haesung mengalah dan terus moody . Laju dia melangkah ke bilik lalu merajuk.

" San ! Buka tingkap ! " Jerit aku .

" Ya Haeryung kau nak apa ? " San buka tingkap biliknya . Wah kacak betul bestfriend aku ni.

" Weh , thanks tau tadi .And sorry jugak aku terjerit kat kau. Hehe " Ucapku sambil tersengih.

" no hal la, aiskrim je pun .. " Kata San .

Tengah syok aku berborak ngan San , tiba-tiba Haesung masuk bilik. Bukan nak bgi salam

" haaa dating eh kau ! " kata haesung sambil bercekak pinggang

" Woi aku cakap terima kasih jelah , kau tu ha masuk bilik orang ketuk pintu pun tak , kau sedar tak aku ni kakak kau ?" Amek kau kena setepek depan San.

San dah tergelak tengok Haesung yg tunduk dengar bebelan aku.

" kbye , thanks for the bebelan . Aku datang sebab hyung suruh pesan jangan tidur lambat je.." Haesung menjeling aku sekilas lalu berjalan keluar.

" sorryla adik aku memang macamtu , sakit otak " Kata aku pada San .

" sokay..oh btw , aku nak tanya ni " Ujar San membuatkan aku pandang ke arah dia dengan fokus.

" apa ? Tanyala " Aku menongkat dagu sambil mendengar soalan San.

" kau kerja apa sebenarnya ? , sebab aku tak pernah pulak nampak kau balik kerja waktu malam . " Kata San sambil pout

alahh dia ni suka pout tau , geram aku !

" Kim Haeryung pergi tidur esok kerjaa ! " kedengaran suara Hongjoong di depan pintu bilik aku diselang dgn bunyi ketukan pintu.

" nae !  San aku masuk tidur dulu , goodnight " aku lambaikan tangan pada san lalu tutup tingkap bilik cepat-cepat tanpa menjawab soalan dia.

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now