》 1 month later .
> Haeryung pov
" Awak termenung apa ? " Tegur Wooyoung yang sedang memandu . Baru aku tersedar aku dah termenung jauh sangat .
" Tak adalah , saya bosan je . " Kata aku, tingkap kereta di naikkan dan pandangan beralih kepada Wooyoung di sebelahku .
" Maafla buat awak tunggu tadi . Saya memang bersiap lambat sikit . " Kata Wooyoung aku hanya senyum kecil dengan fakta itu .
Dah sebulan kami couple tapi baru sekarang aku tahu dia lambat bersiap . Sebelum ni jadual ateez terlalu padat jadi kami tak berjumpa langsung .
" Kita nak pergi mana Wooyoung? " Soalku selepas Wooyoung memandu ke tengah bandar yang sibuk . Kedai-kedainya semua berjenama mewah belaka .
" Saya nak beli perfume . Kat sini la tempat favourite saya kalau nak beli perfume ! " Beritahu Wooyoung teruja . Senyumannya melebar gembira dapat share sesuatu denganku .
Wooyoung memandu ke salah satu mall besar lalu terus ke basement parking , premium parking woi .
Kami berdua menaiki lif untuk ke tingkat 3 bangunan mall itu . Wooyoung kata di situ ada banyak pakaian suit dan barang-barang mewah untuk lelaki .
Aku agak awkward sebab ini kali pertama aku keluar berdua dengan Wooyoung . Masa naik lif tadi pula Wooyoung pegang pingang aku supaya tak tersepit dengan orang lain .
Akhirnya kami sampai di kedai perfume kegemaran Wooyoung . Semua perfume yang berada dalam kedai tu nampak sangat mewah .
" Awak pilihlah perfume mana-mana pun . Saya nak belanja ni ." Kata Wooyoung yang sedang memilih aroma perfume kegemarannya .
Aku melihat botol perfume yang menarik perhatianku semasa di luar kedai tadi . Bentuk bekasnya bulan sabit dengan dihiasi batu-batu crystal . Aku ambil tester lalu mencium bau perfume itu .
Baunya sangat lembut dan tak terlalu kuat , macam berada dekat kebun bunga di dunia fantasi dengan angin sepoi-sepoi . Itulah baunya .
Namun selepas melihat price tag pada botol itu aku menelan air liur lalu meletakkan botolnya elok-elok di atas rak semula .
" Awak dah pilih? " Tegur Wooyoung lalu menapak ke arah aku yang tercegat di depan rak perfume itu .
" Tak apalah Wooyoung , saya tak tahu nak pilih yang mana . " Balasku sambil tersenyum kekok . Wooyoung mengerutkan dahinya .
" Alaa.. tapi saya nak belanja . Okay tak apa saya minta tolong pekerja tu carikan perfume yang sesuai dengan awak . " Wooyoung melarikan diri ke arah pekerja perempuan yang sedang menyusun tester di setiap rak perfume itu . Aku hanya mengeluh melihat kedegilan Wooyoung .
Ingin sahaja aku bertengkar dengan Wooyoung semata-mata tak mahu dia bazirkan duit untuk aku . Nak pengsan tengok harga perfume tu tadi . Ada tiga digit kosong fuhh .
Aku hanya menunggu sebab tak tahu nak buat apa . Sambil tu tengok jela orang lain keluar masuk kedai perfume ni .
" Dah jom ! " Wooyoung menarik tanganku kelusr dari situ . Pada tangannya sebelah lagi ada dua biji beg berisi perfume yang baru dia beli .
Kami jalan-jalan di kawasan butik pakaian couple , kedai kasut dan barang kemas wanita .
" Awak jom masuk situ ! "
" Cantik la rantai ni , jom beli ! "
" Limited edition ! Kena beli ni !! "
Wah .. aku sangat terkejut dengan penemuan baru ni . Wooyoung suka shopping melebihkan perempuan . Duit berkepuk-kepuk takpe aa .
Setelah 5 kedai yang berbeza dia masuk dalam mall ni . Akhirnya tanganku dan Wooyoung penuh dengan beg-beg hasil kaut dia tadi .
Grrt..
Wooyoung pandang perutku yang dah mula mengeluarkan bunyi keroncong . Aku menepuk bahunya kerana malu .
" Awak lapar eh? Oh, patut la dah lunch hour .. " Wooyoung melihat jam tangannya kemudian dia toleh ke kiri dan kanan . Secara automatik aku juga ikut pergerakannya tanpa tahu dia nak ke mana .
Tiba-tiba kami berhenti di hadapan sebuah restoran mewah 5 bintang dengan gambar artis-artis luar negara yang sedang buat pose 👍🏻 bersama chef Gordon Ramsay . Gordon Ramsay punya cawangan ke ni?
" Jom makan-
Aku tarik tangan Wooyoung tak bagi dia masuk . Wooyoung mula hairan lalu menoleh memandang aku yang masih tercegat menahan tangannya .
" Wae? "
" Kita makan kat mamak jela.. banyak dah membazir duit ni. "
" Lah.. tak apalah dah alang-alang kat sini . Kalau awak tak makan sekarang nanti masuk angin , lepas masuk angin sakit perut , saya juga yang susah nanti . "
" Dah , dah . Masuk . " Wooyoung menarik tanganku lalu menyuruhku duduk di meja makan .
Disebabkan aku tak tahu makanan apa yang sedap kat sini , Wooyoung order menu yang sama dengannya .
Aku mengeluarkan telefon lalu membuka aplikasi instagram . Sempat selfie dulu gunakan filter instagram yang aku save .
" Comelnyaa! " Kata Wooyoung teruja selepas melihat aku merakam video menggunakan filter kucing . Telinga kucing berada di atas kepalaku , hidungnya pula di atas hidungku .
" hihi " Aku ketawa malu melihat reaksi Wooyoung . Mamat ni memang pandai tunjukkan reaksi yang jujur .
" Haeryung-ssi , smile ! " Aku yang sedang mengdekorasi instagram story itu memandang Wooyoung di hadapan . Secara tiba-tiba dia menangkap gambarku untuk nampak macam candid .
" Cantik betul girlfriend saya ni . " Wooyoung senyum lebar selepas dapat tangkap gambar aku dengan angle yang betul dan cantik . Ada potensi jadi street photographer dah .
" Awak pun handsome . " Pujiku . Wooyoung senyum malu sambil menekup mulutnya . Eh kenapa macamtu terkepit-kepit haa .
Tapi comel hihi .
Akhirnya makanan kami sampai setelah perutku hampir masuk angin . Kami berdua makan dengan berselera sebab Wooyoung dah lama tak makan di sini . Aku pula memang tak pernah makan sini tapi makanannya sedap so laju aku melahap .
Tiba-tiba Wooyoung dapat call dari San . Aku perasan dia decline call San lalu memasukkan telefon ke dalam poket seluar .
Kenapa decline .
Baru aku teringat sesuatu , kenapa Wooyoung dapat keluar lama sedangkan Hongjoong masih berada di dalam studio merakam lagu ?
" Awak tak masuk kerja ke ? " Soalku lalu mengangkat muka memandang Wooyoung di hadapan .
" Saya cuti harini . Kalau tak cuti, takkan saya bawa awak keluar kan?? " Balas Wooyoung sambil mengunyah makanannya . Aku hanya mengangguk cuba memproses ayat itu .
Cuti? Wooyoung tak ambil bahagian untuk record lagu baru Ateez ke? Tapi takkan Hongjoong nak teruskan kerjanya kalau tak cukup seorang ahli . Sedangkan San pun dah mula datang ke bangunan KQ semula .
" Oh ya . " Jawabku ringkas .
Mungkin aku terlalu overthinking , ah biarlah .
Taknak ada trust issues dengan Wooyoung .
> end pov
YOU ARE READING
[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍
Fanfiction!!TW!! : cringe,cliche ( i write diz ff when i was a delulu teenager / baby atiny => ) Mula-mula bergelak ketawa , pada pertengahannya saling tak percaya dan pada akhirnya akan berbahagia . start: 12/12/19 end : 31/12/20 final update : 25/2/24 st...