special chapter pt2

192 30 7
                                    

Wooyoung yang sedang menikmati secawan teh panas di balkoni pada pagi itu dikejutkan dengan kehadiran bola pingpong yang mendarat betul-betul di dalam tehnya .

Wooyoung geram , dia melihat ke arah bola itu datang . Tak salah lagi tuannya adalah Jiyeoul .

" Woo! Boleh bagi balik tak bola pingpong tu " Jiyeoul mendongak memandang Wooyoung yang berada di balkoni itu .

" Yoon Jiyeoul bola pingpong awak dah masuk dalam teh saya! " Jerit Wooyoung dengan suara nyaringnya itu . Jiyeoul mengecilkan mata lalu menutup gegendang telinga .

" Ah- mianhae !! Saya tak sengaja , salah awak juga duduk kat situ! " Kata Jiyeoul , meminta maaf tapi menyalahkan orang lain .

" Amboi kita pula yang salah ya . Ha nah, ambil ! "

Wooyoung membaling bola pingpong yang ringan itu tepat terkena pada baju Jiyeoul menyebabkan kesan teh tadi melekat .

Jiyeoul terkesima , boal pingpong tadi terkena pada baju putihnya .

" Yah Jung Wooyoung!! "

Wooyoung ketawa mengejek . Jiyeoul yang berada di bawah menghentak-hentakkan kaki ke tanah .

" Mianhae , sengaja ! " Jerit Wooyoung lalu menjelirkan lidahnya .

Wooyoung masuk ke dalam rumah semula , dia terhenti kerana puan Jung memerhatikan segala perbuatannya tadi .

Wooyoung menayangkan senyuman kekok lalu berjalan melepasi Puan Jung untuk ke dapur membasuh cawan teh panas tadi .

" Kenapa kamu buat Jiyeoul macamtu ? " Soal Puan Jung sedikit tegas . Wooyoung mengangkat kening . Aik , dia pula kena soal ?

" Mana ada , dia yang kacau Woo dulu.. " Wooyoung mencebik . Anak teruna Puan Jung mula melangkah jauh daripada ommanya .

" Dia tak sengaja Wooyoung . Kamu tu yang serius sangat .. " Terang Puan Jung .

" Ha yela back up la si tomboy tu " Balas Wooyoung malas . Puan Jung yang tercegat di ruang tamu tadi mula bergerak naik ke tingkat atas .

Wooyoung memerhatikan langkah ommanya melalui ekor mata . Tak lama kemudian Puan Jung turun semula dengan bungkusan yang agak lama .

" Bagi Jiyeoul . Baju ni sebenarnya untuk Haeryung tapi jodoh kamu tak panjang pulak dengan dia . " Puan Jung membuka bungkusan itu di hadapan Wooyoung .

Terdapat baju gown paras lutut dengan warna ala-ala vintange . Puan Jung jahitkan baju tu masa zaman Wooyoung dengan Haeryung bercinta dulu .

" Omma , baju dia kotor je tak rosak pun .. " Wooyoung mengerutkan dahinya . Puan Jung memberi memberikan side eye kepada anak terunanya itu .

" Bagi jelah halah..omma memang ada niat nak bagi dekat Jiyeoul . Teringin nak tengok dia pakai baju ni . " Puan Jung tak puas hati , baju tadi dilipat elok-elok lalu diletakkan semula ke dalam bungkusannya

" Ish tapi dia tomboy omma , mesti dia tak minat pakai baju gini . " Wooyoung menolak . Puan Jung berdecit . Mahu saja dia tarik telinga Wooyoung sekarang .

" Kamu bagi dia , cakap omma suruh ambil . Terpulanglah nak pakai ke tidak . Dah , go ! " Puan Jung campakkan bungkusan tadi ke dada Wooyoung lalu menolak Wooyoung keluar .

" Yelah omma.. " Wooyoung memegang bungkusan tadi .

Sebelum melintas ke seberang jalan yang terdapat rumah Puan Jina disitu , Wooyoung memandang ke kiri dan kanan .

" Nak apa huh? " Wooyoung mencari suara itu . Pokok mangga yang berada di sebelah rumah Puan Jina itu dia teliti .

Rupanya itu Jiyeoul , tengah duduk dekat atas pokok mangga Puan Jina .

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now