20

323 59 8
                                    

> Haeryung pov

" Hah?! "  Aku bangun dengan mengejut pada pagi itu sebabkan mimpi buruk . Entah kenapalah mimpi orang kena tikam ni .

Aku lihat ke arah jam di dinding . Ah mampus aku dah lambat pergi kerja . Tanpa berlengah lagi terus aku bangun dan bersiap-siap .

Tiba-tiba aku terdengar bunyi deringan yang datang dari aplikasi whatsapp . Aku capai telefon lalu button accept di tekan .

" Weh pengetua bagi cuti sebulan sebab budak-budak dah tak ramai . Dia kata perlukan tiga orang cikgu je untuk jaga budak-budak tu . Aku tak sempat nak apply nama kau sekali jadi kau kena cuti juga . "   Beritahu rakan sekerjaku . Aku melopong selepas tak dapat tempat terakhir . Sudahlah aku saja guru english di taska tu . 

" Dahtu cikgu mana yang ambil tempat aku? Budak-budak tu belajar ke tidak? "   Soalku ragu . Risau juga kalau gaji tak masuk ni .

" Ada cikgu lain yang boleh mengajar english , kau jangan risau . Kalau ada apa-apa lagi aku akan inform kau . "  Terang rakanku lagi . Aku mengangguk faham .

" ok.. thank you . "  Balasku lalau menutup telefon . Make up yang hampir siap tadi aku lap semula dengan cecair makeup remover .

Bulan ni memang semua orang berpusu-pusu ambil anak angkat kenapa?

Dahtu penat-penat je aku mandi awal tadi . Nak tidur balik dah hilang mengantuknya .

Disebabkan bosan dan tak boleh tidur semula aku decide untuk masak breakfast tapi bahan-bahannya takda jadi aku keluar awal-awal pagi untuk beli barang dapur .

Hongjoong memang tak makan pagi sebab dia duduk dekat studio dia hampir 24 jam . Haesung pula makan cereal dan minum susu saja .

Aku keluar dari rumah selepas mengunci pintu rumah . Kunci kereta aku tekan lalu membuka pintunya .

Baru sahaja keretaku nak keluar dari halaman rumah , aku ternampak Haneul unnie yang baru keluar dari rumahnya dengan tergesa-gesa .

Selipar pun tak pakai do .

" Unnie! Kenapa ni? "

" Ah Haeryung! Kamu nampak San tak? Unnie baru nak bagi bekal tadi tapi dia dah hilang . "

" Unnie dah tanya Ateez? Mungkin dia breakfast dengan mereka kot .. "

" Ateez pun tak tahu San dekat mana . Jongho  kata dia tak nampak San dekat practice room langsung , noona call pun dia tak angkat! "

" Kenapa dia tiba-tiba menghilang ni ? "

" Noona rasa dia merajuk sebab noona gurau Haeryung sesuai kalau jadi girlfriend Wooyoung ... "  Terang unnie lalu menunduk .

Mataku membulat . Walaupun unnie hanya bergurau tapi benda tu dah jadi kenyataan . Hanya Wooyoung dan aku sahaja tahu kami couple .

" Tak apa unnie , Ryung cuba cari San sekitar kawasan sini . Ryung yakin San tak pergi jauh pun .. " 

Unnie mengangguk lalu masuk ke dalam rumah semula . Aku tukar plan lalu teruskan memandu untuk mencari Choi San .

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now