special chapter pt1

271 41 0
                                    

( 2 month later )

Wooyoung melangkah masuk ke rumah barunya . Selepas kejadian itu , Wooyoung putuskan untuk pindah selepas Ahryung dapat tawaran untuk bersekolah di kawasan yang lebih jauh . Disebabkan itu mereka jarang berjumpa dan Wooyoung nak beri ruang untuk Ahryung berdikari .

" Wooyoung , berehatlah dulu omma nak kemaskan barang dapur kejap . " Segelas air teh diberi pada Wooyoung yang baru sahaja selesai mengalihkan kotak barang ke dalam rumah .

" Gomawo " Wooyoung berjalan ke balkoni, dia ingin menghirup udara segar tetapi terbatas kerana ada sebiji bola tenis masuk ke ruang balkoninya .

" Handsome boy ! Tolong paskan balik bola tu !! " Kedengaran suara seorang perempuan menjerit meminta Wooyoung membaling kembali bola tenisnya .

Wooyoung mengambil bola itu lalu masuk ke dalam rumah , tak lama kemudian pintu rumahnya dibuka . Wooyoung berjalan sambil membawa bola tenis itu menuju ke arah perempuan tadi .

" Nah , lainkali awak main di tempat terbuka sikit . Bahaya kalau terkena orang lain kat sini " Wooyoung paskan bola tersebut pada tuannya . Perempuan itu tersenyum kekok lalu bow sedikit .

"Ah mianhae , saya saja nak test bola baru tapi tak sangka pula termasuk kat balkoni awak hehe .. " Wooyoung mengangguk dengan senyuman kecil lalu menghulurkan tangannya .

" Nama saya Jung Wooyoung , awak? " Perempuan itu menyambut salaman Wooyoung .

" Yoon Jiyeoul imnida " Mereka melepaskan salaman, dari segi pakaian Wooyoung tahu Jiyeoul sejenis perempuan yang kasar .

Jiyeoul memakai baju tshirt oversize dengan seluar cargo pendek . Rambut berwarna hitam pekat dengan potongan ala-ala wolfcut . Kasut crocs .

" Ah nice to meet you , saya balik dulu . Banyak barang nak dikemaskan tu " Wooyoung beredar masuk semula ke rumahnya selepas tersedar dia masih ada banyak kerja yang tergendala .

" Nice guy " Jiyeoul mengukir senyuman kecil sambil melihat Wooyoung beredar dari situ .

》SKIP

Malam menjelma , Puan Jung sedang sibuk memasak dinner di dapur sambil Wooyoung menyediakan pinggan dan menyiapkan meja makan mereka untuk majlis kecil-kecilan sempena berpindah ke rumah baru .

Puan Jung menjemput satu-satunya tetamu istemewa yang telah lama dia tak jumpa sejak berpindah ke Seoul .

Memandangkan majoriti kawasan perumahan ni tahu siapa Wooyoung , mereka pedulikan sahaja kewujudan Puan Jung dan Wooyoung sebagai jiran baru .

Selesai meletakkan hidangan , pintu rumah mereka diketuk menandakan tetamu sudah sampai . Puan Jung yang tidak sabar itu bergegas membuka pintu .

" Jina ! Jemput masuk buat macam rumah sendiri " Puan Jung memberi ruang untuk rakannya itu masuk . Puan Jina berpelukan dengan Puan Jung lalu menapak masuk ke dalam .

" Eh anak-anak mana? Datang sorang je? " Soal Puan Jung lalu menarik kerusi untuk tetamu istemewanya itu duduk .

" Budak-budak tu bersiap lambat . Saya baru balik shopping terus singgah sini . " Puan Jung mengangguk faham .

Wooyoung selesai membetulkan rambutnya menuju ke arah Puan Jung dan menarik kerusi .

" Ha kenalkan , my son Jung Wooyoung " Puan Jung tersenyum bangga melihat Wooyoung yang segak bergaya itu . Wooyoung membalas senyuman lalu menunduk hormat .

" Nice name , he's good looking too "

Sedang Puan Jina meneliti rupa paras anak teruna orang tiba-tiba pintu utama rumah Puan Jung diketuk bagai nak roboh .

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now