05

563 86 93
                                    

> Haeryung pov

" Ryung, bangunlah kau taknak pergi kerja ke woi?? bangun-bangun ! "

Hongjoong menjerit sambil ketuk kuali yang dia bawa disebelah telinga aku supaya aku bangun . Maklumlah aku bukannya spesies Haesung yang suka tidur lambat tapi bangun awal.

Aku normal, tidur lambat bangun lambat.

KETUNG KETANG KETUNG KETANG !

" Yaish! Ye dah bangun dah ni.. bukan selalu pun terlewat ini semua sebab berborak dengan San semalam la ni" kata aku sambil menggosok mata yang masih kabur

" San? " Soal Hongjoong pelik.

" Dahla,Ryung nak mandi. Pergi keluar sana shuh " Aku terus bangun dan cuba melangkah ke bilik air dengan lurus tapi tak berjaya.

Hongjoong menggelengkan kepala melihat aku yang berjalan terumbang-ambing kerana bangun dengan terlalu cepat.

Selesai bersiap aku turun ke bawah dengan tergesa-gesa , Hongjoong yang sedang duduk sambil bermain dengan Puchi itu hanya melihat aku lalu lalang depan mereka .

" Ha tulah bangun lambat , kan dah kelam-kabut. "  Ujar Hongjoong . Beg galas kerjaku diletakkan di tepi pintu sementara aku duduk pakai kasut .

" Nah alas perut tu. Jangan tak makan pulak nanti kerja tak jalan sebab sakit perut je "  Bebel Hongjoong lalu memasukkan sepaket roti chocolate ke dalam zip pertama beg galasku .

Aku mengucapkan terima kasih dan terus berlari mengayuh laju basikal ke tempat kerja aku .

》SKIP

Sekarang, aku ada di tempat skate . Lepas balik terus singgah sini , saja nak usya Ateez bermain skateboard. Atau lebih kepada cuci mata to be honest.

Aku dah minta izin Hongjoong jugak untuk jumpa Ateez ni , dia bagi je sebab dia tengah busy kemas studio sekarang.

Sedang aku leka tengok Yeosang dengan skill bermain skateboard dia, Seonghwa perasan aku yang sedang berdiri di bawah pokok redup.

Seonghwa ajak aku sekali tapi aku tolak sebab aku segan so dia datang dekat aku then tarik tangan aku supaya join Ateez sekali. Ha tengok tak paham bahasa orang tengah shy dia main tarik-tarik pulak.

Member Ateez yang perasan aku disitu terus menyapa , ini sebenarnya kali pertama aku dapat dekat sebegini dengan Ateez kecuali San dan Hongjoong. Memang betul lah kata orang , Ateez dari dekat nampak lebih kacak. Bila aku berdiri diantara Yunho dan Mingi pula terasa macam semut.

Yunho Mingi galah hensem ateez.

" Ryung, jom ah aku ajar kau main skateboard . " Ajak San dengan teruja menanti jawapan dari mulut aku.

Member Ateez yang lain pandang aku dgn puppy eyes , lagi-lagi Yunho yang asyik disamakan dengan golden retriever tu .

" Ehe bolehlah.. tapi aku tak pandai nak stabilkan diri " Jawab aku , San tersenyum .

" Its okay aku tolong .. kau boleh pegang bahu aku kalau kau takut terjatuh. " Kata San sambil menepuk-nepuk bahunya

" Okay , Thanks " kata aku

San pun ajarkan aku selok belok main skateboard , bila aku dah boleh stabilkan diri dia lepaskan tangan aku pada bahu dia secara tiba-tiba.

Gedebuk ! Serta merta aku jatuh sebab terkejut dengan perbuatan San tadi.

San ni , aku dah cakap aku tak pandai stabilkan diri ish. Ini yang buat aku ada trust issue ni.

Ye aku jatuh , macam nangka busuk kat situ.

" Yah Haeryung ! " jerit Ateez lalu terus berlari mengepung aku dan San .

Semua member Ateez datang kat aku yg jatuh tersembam . Aku bangun dengan bantuan San dan yang lain , tiba-tiba aku dapat rasakan sesuatu yang panas mengalir dari hidung .

" WEH HIDUNG KAU BERDARAH ! "  Yunho gasp sambil tekup mulutnya . Aku sedikit terjerit kerana takut.

Aku sentuh hidung aku dan teliti darah merah pekat yang tercalit pada ibu jari aku .

Aku rasa nak pitam sebab tak boleh tengok darah , mujurlah Ateez duduk keliling aku jadi Mingi sempat menangkap aku dari terjatuh .

Gila ah , wangi macam kedai perfume siak Mingi.

Benda terakhir aku nampak sebelum pengsan ialah Wooyoung dan San yang terhantuk kat pintu kereta sebab panik nak bawak aku ke klinik dengan cepat sebelum Hongjoong yang tengah duduk kat studio tu tahu .

> End pov

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now