Bab1

685 4 0
                                    

"kakak, dah bangun ke belum?" Dato Amir mengetuk pintu bilik Dahlia untuk menggerakkan anaknya solat subuh. Itulah rutin hariannya. "Dah abah" sahut anaknya. Dato Amir meninggalkam bilik Dahlia lalu menuju ke bilik Adib dan lakukan seperti dia lakukan di bilik Dahlia.
***
"Ha kakak.. hari ni balik kerja pukul berapa?" Tanya Datin Damia yang sedang menuang kopi panas buat suaminya. "Tak sure lagi" Dahlia tersengih. "Hmm awak tu perempuan kerja jangan kuat sangat. Bahaya perempuan balik lewat malam" nasihat Datin Damia. "Okey nanti kakak cuba" Dahlia menikmati nasi goreng yang dimasak ibunya. Enak sungguh rasanya.

"Cuba cuba. Padahal tak cuba pun" celah Adib. "Adik kesayangan jangan masuk campur urusan orang dewasa ye" bisik Dahlia di telinga Adib. Adib menjeling ke atas. "Okey la ibu. Kakak pergi dulu" Dahlia menggalas beg tangannya lalu menyalam tangan dato dan datin. "Tak pergi sekali ke dengan abah. Kan abah ni boss kamu jugak." Laung Datin Damia. "Takpe Dahlia nak cepat. Assalamualaikum!" Dahlia cepat cepat menuju ke kereta mini coopernya. "Nak lari latu" kata Adib perlahan.
***

"Dahlia, awal kau datang. Anak bos pun datang awal ea?" Irdina menegur rakan karibnya itu alang alang dah terserempak. "Takde maknenya. Dah lah jom masuk office" ajak Dahlia.
***

Dahlia yang sejak tadi sibuk melakukan kerjanya tidak perasan bahawa waktu lunch sudah masuk. "Lia. Kau nak aku tunggu kau tak?" Tanya irdina yang sudah berdiri di depan pintu biliknya. "Jap" Dahlia shutdown komputernya lalu mencapai beg tangannya.
***

"Eh aku terlupa handphone aku. Kau pergi dulu aku pegi ambik handphone aku jap" Dahlia bergegas menuju ke lift. Butang lift ditekan berkali kali. Beberapa saat kemudian datang seorang lelaki berkemeja maroon berdiri di tepinya. 'lame betul lift ni' runguk Dahlia.
'ting'
Dahlia cepat cepat masuk ke perut lift.

"Cik saya tumpang sekali boleh?"
"Masuklah" Dahlia terus menekan butang lift sebaik sahaja mereka sudah selamat dalam perut lift. "Thankyou cik" ucap lelaki itu. "Ur welcome" Dahlia memandang lelaki itu buat beberapa saat dengan senyuman.
Ting

Dahlia cepat cepat keluar dari perut lift.
***

"Cik lia. Dato panggil" Dahlia terus bangun menuju ke bilik ayahnya. Pintu bilik ayahnya diketuk berkali. "Masuk" Dahlia memulas tombol pintu apabila mendapat izin untuk masuk. Sebaik sahaja dia melihat ada satu tubuh sedang duduk di kerusi hadapan ayahnya, Dahlia berhenti melangkah. "Ha dahlia, mari sini duduk sebelah Qamel" jemput ayahnya.

Qamel dan Dahlia melemparkan senyuman antara satu sama lain. "Ada apa Dato panggil saya?" Dahlia mengangkat keningnya dan kenapa lelaki ni ada kat sini? "Okey, saya nak Dahlia berkerjasama dengan Qamel untuk projek baru kali ni sementara saya nak habiskan projek saya yang sekarang." Jelas Dato Amir. Dahlia mengangguk. Dato Amir tersenyum kerana Dahlia sudi menolongnya.
***
"Dipersilakan duduk" dahlia mempelawakan kerusi dihadapan mejanya buat Qamel. Dahlia yang sedang membelek buku notanya dipandang lama oleh Qamel. "Kenapa macam pernah kenal?" Soal Qamel teragak agak. "Ye ke? Ouhh awak yang dalam lift tadi tu kan" Dahlia baru teringat yang lelaki itu ada bersamanya di dalam lift waktu lunch tadi. "Yeee.. saya la tu" jawab Qamel hambar. 'takkan dia tak cam aku' detik Qamel

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now