Bab 2

275 5 0
                                    

Qamel yang baru pulang kerja menghempaskan dirinya di sofa. Penat. "Haih penat nampak" tegur Amin, housematenya. Qamel yang memejam mata dari tadi tak memberi respon. Amin menendang kaki Qamel. "Aku tegur kau ni." "Apa dia" kedengaran nada suaranya seperti malas nak melayan Amin. "Asal kau ni. Okey tak?" Tanya Amin lalu duduk di sofa sebelah Qamel.

Qamel menarik nafas dalam dalam lalu membetulkan posisinya. " Tadi aku terrrjumpa ex aku. Tapi dia tak cam aku" Qamel kini memandang Amin ketika memulakan perbualan mereka. "Ouh asal. Jiwa kau kacau ea dia tak cam kau. Kau suka dia lagi ke?" Amin mencuit cuit lengan Qamel. Qamel menjeling Amin.

"Tak ah. Aku rasa malas nak jumpa dia. Sebab aku takut nanti dia tanya aku kenapa aku mintak putus dulu" jawab Qamel lalu menyandar. "Eh okay lah dia tak cam kau, kirenye takde lah dia tanya kau nanti.. ape lah kau ni?" Amin lantas berdiri meninggalkan Qamel.
***

Okey hari ni hari sabtu. Aku nak resttt!!
Dahlia baru mahu melelapkan matanya, tiba tiba satu deringan memasuki telefonnya. Butang hijau ditekan.

"Waalaikumussalam"
"Keluar? Harini?"
"Dekat mana?"
"Hmm yelah yelah"
"Kau nak ambik aku pukul berapa?"
"Okey tapi sekejap je."

Satu keluhan dikeluarkan. Plan aku hancur harini.
***

Lengan baju Dahlia ditarik Adam. "Jom beli cincin" ajak Adam. Jap. Cincin? "Eh jap jap. Jangan tarik aku macam ni, aku tak selesa. Cincin. Untuk siapa?" Dahlia mengeraskan kakinya. "Untuk orang saya sayang. Pinjam jari kau ea" jawab Adam. "Ouh okey" Dahlia mengikut langkah Adam. Nasib, ingatkan untuk aku. Lega hati Dahlia.

Dahlia menilit cincin yang tersarung di jarinya. "Cantik?" Adam tersenyum melihat Dahlia. Dahlia mengangguk. "Okey lah saya nak beli cincin ni" kata Adam kepada pelayan itu. "Jual cik" "beli"

"Nah" adam menghulurkan kotak cincin itu kepada Dahlia. "Kenapa bagi aku?" Berkerut dahi Dahlia. "Tolong" jawab adam. "Ouh okey aku pegang. Nanti kau nak, kau mintak la" Dahlia memikir positif maybe dia mintak aku tolong pegangkan kut.
***

"Eh aku haus lah, kau nak apa apa tak?" Tiba tiba pulak tekak adam terasa dahaga. "Greentea" jawab dahlia sepatah. "Okey. Kau tunggu sini aku pegi beli jap" pesan Adam. sementara menunggu adam, dahlia membuka telefon bimbitnya. "Dari dulu sampai sekarang suka doraemon. Wallpaper phone pun doraemon" tegur seseorang dari belakang.

"Qamel, terkejut saya" dahlia ketawa kerana malu sebab tersentak tadi. Dari mana dia ni, tiba tiba muncul. "Sorry... Suka doraemon lagi awak ea?" Qamel ketawa kecil. Dahlia yang perasan Qamel menjeling handphonenya terus offkan telefonnya. Eh dia ni. "Dah suka kan" jawab dahlia tidak selesa. "Erm okey la, saya pergi dulu.. sorry terkejutkan awak tadi"

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now