Bab 27

222 4 0
                                    

Dahlia memandu kereta sangat laju.. hatinya begitu sakit.. kalau boleh nak saja dia pergi jauh dari rumahnya..  tangisannya semakin kuat.. telefon Dahlia dari tadi asyik berdering dering.. satu pun panggilan itu tak dijawab

"Abang macam mana ni? Dahlia tak angkat? Adoiii Is pun, kenapa buat hal?! Tak sangka saya dia madukan anak kita.. geramnya saya" risau Datin Damia.. "sabar.. InShaAllah kakak baik je tu.. dia takkan buat bende yang tak elok.. satu lagi kene dengar dulu apa yang jadi dengan rumah tangga mereka.." tegur Dato Amir..
***
"Is, kau ada kat mana?" - Nurin
"Rumah"- Iskandar
"Dengan siapa? Bini muda kau?"- Nurin
"Hm"- Iskandar
"Hesh kau ni.. cari pasal ye..Umi Abi bising tahu tak? Kitorang pergi rumah kau sekarang" -Nurin
***
"Apa is buatt ni? Is fikir tak?" Tegas suara Dato Hadi.. iskandar tunduk membisu.. "A.. bi.."  Farah memberanikan dirinya untuk bersuara.. Semua memandang Farah.. Abi? "Saya mintak maaf disebabkan saya ramai yang tidak puas hati" kata Farah.. semua diam.. "Dahlia ke yang bagitahu Abi?" Tanya Iskandar.. "dah agak" sambung Iskandar.. "eh eh kauu niii.. suke jeee tuduh tuduh kann.. lain kali kalau kau nak tanya tapi tak nak dengar jawapan orang baik tak yah tanya!" Marah Nurin kakak sulongnya itu..  "habistu siape?!" Iskandar berdiri.. "Iskandar.. Istighfar" pujuk Datin Alia..

"is tahu tak? Family dia pun tak dapat nak contact dia, bila masa pulak Dahlia tu nak mengadu dekat abi? Sekarang ni, Family Dahlia dah tahu.. Is nak bagitahu apa?  Kitorang dapat mesej tu dari someone yang mengaku sebagaiii.. abang farah" bagitahu Dato Hadi.. Iskandar menjeling Farah yang sedang tunduk.. "dah sekarang Abi nak kita semua berkumpul dan berbincang baik baik.. Abi nak kamu panggil Dahlia balik.. satu lagi Abi nak Is cerita apa yang terjadi" peasan ayahnya..
***
"Dahlia kau kene kuat, kau kene kuat.. kau jangan lari dari masalah.. tapi kenapa dia sanggup madukan aku tanpa.. bagitahu aku pun"
Satu panggilan masuk , MyLove❤️
Dahlia menerima panggilan itu.. talian itu didahului dengan tiada sebarang suara..
"Sayang.. sayang ada kat mana? Abang nak Sayang balik sekarang.. kitorang sedang berkumpul.. family kita dah tahu" sayu dengar suara Iskandar.. Dahlia terdiam.. cuba menahan tangisan.. "nanti sampai" jawab Dahlia ringkas..
***
"Is.. apa yang terjadi.. Dahlia? Farah?" Tanya Dato Amir.. iskandar mengeluh panjang.. "saya dituduh mengandungkan Farah.. tapi sungguh, saya tak sentuh pun Farah.. saya.. dipaksa nikah dengan Farah" jawab iskandar sambil memandang Dahlia.. Dahlia hanya memandang iskandar tanpa sebarang kata.. "awak dituduh? Habis macam mana awak setuju nak nikah dengan dia? Sedangkan awak boleh nak menangkan diri awak.. Farah? Awak nak cakap apa apa tak?" Tanya Dato Hadi..

"Saya pernah berkerja bersama dengan Iskandar dulu.. kitorang tak rapat, satu hari saya balik lewat malam.. masa saya nak pergi dekat kereta saya, ada sorang lelaki ni tekup saya sampai saya tak sedarkan diri.. saya sedar sedar saya dah ada dekat satu bilik.. paa.. pakaian saya.." Farah serba salah untuk menceritakannya.. iskandar menggeleng geleng kepalanya.. Dahlia mencekam tangannya.. "sabar Dahlia" pujuk Datin Alia.. "kakak Istighfar.. kita dengar dulu" pujuk Datin Damia.. " saya tak pernah buatt macam tu.. baik awak jujur!!" Tengking Iskandar kepada Farah

"Is! Bertenang.." tegur Dato Hadi.. "saya pun tak percaya is.. waktu saya meronta, lelaki tu memakai topeng.. saya cuba untuk tarik topeng dia.. tapi dia berjaya buatkan saya lemah.. dia tampar saya kuat, pukul.. tapi saya terkejut bila satu hari ada orang hantar gambar dan cctv dekat sy..  cctv tu betul, tu lelaki bertopeng.. dalam gambar pulak, lelaki tu sedang buang topeng itu.. dan muka dia muka is.." air mata Farah mengalir.. Iskandar meraup mukanya.. " Allahuakbar" Dahlia menekup mulutnya.. "sayang.. sungguh abang tak buat.. sayang percayakan abangkan?.. sayang please.."rayu iskandar..

"Sabar is" pujuk Dato Amir.. iskandar diam.. " apa lagi yang kau nak cerita? Apa lagi!" Teriak Iskandar... "is is" lembut suara Datin Damia.. "si penghantar tu lelaki.. dia bekas tunang saya.. dia seperti selalu perhatikan saya, sejak kami berputus.. dia taknak lepaskan saya.. dia tahu setiap gerak geri saya dekat luar.. bila saya dapat tahu bukti tu dari dia, dia ugut saya.. dia kata saya ni perempuan tak guna, nasib tak khawin dengan saya.. dia nak upload dekat media sosial kalau saya tak bayar 10K dekat dia.. saya bayar.. tapi saya tak sangka dia hantar semua tu dekat family saya.. saya dipulaukan oleh family saya.. saya dah cuba contact dia, saya dah arah seseorang untuk jejak dia.. tapii rupanya dia dah meninggal accident.. sekarang saya takde tempat bergantung.. saya dibuang kerja.. family saya cakap yang dia akan terima saya kalau saya berkhawin dengan ayah baby ni.." jelas Farah..

"Saya bersimpati dengan awak" Dahlia bersuara.. terkejut Iskandar.. Dahlia dan iskandar saling berpandangan.. "izinkan Dahlia  rehat" pinta Dahlia.. "pergi lah nak" jawab Datin Alia.. Dahlia bangun dari tempat duduknya itu.. "sayang sayang!! Sayang!!" Panggil Iskandar.. "is.. tenangg!" Tekan Ayahnya..  Dahlia berpaling memandang iskandar "awak jangan risau, saya takkan mintak cerai.. saya okey" Dahlia melemparkan senyuman palsu yang tak dapat menipu semua orang lalu beredar dari situ.. "sayang" tangis iskandar dalam hati
***
"Kakak, kitorang dah nak balik ni" pintu Dahlia diketuk oleh Datin Damia dan Datin Alia.. Dahlia bangun keluar dari bilik.. "Kakak betul okey?" Tanya Datin Damia.. Damia menggenggam tangan Ibunya lalu peluk tubuh itu.. Datin Alia menggosok belakang Dahlia.. " menantu umi ni kene kuat.. kalau iskandar ada buat hal, bagitahu kami ye"

Dahlia melepaskan pelukan itu lalu memeluk Datin Alia pula.. "sabar ye sayang"pujuk Datin Alia.. Dahlia lepaskan pelukan itu.. mereka bertiga berjalan menuju ke bilik Farah. Hajatnya ingin memanggil Iskandar tapi nasibnya, agenda manis Farah dan Iskandar terlihat di mata mereka bertiga.. Iskandar memicit micit pinggang Farah tanpa sedar kehadiran mereka bertiga.. Datin Damia dan Datin Alis saling berpandangan lalu memandang Dahlia.. " Ya Allah kesiannya anak aku ni.. Kau kuatkanlah dia.." doa Datin Damia dalam hati.. "is.. kenapa tak tutup pintu? Umi Ibu dah nak balik.. saya turun dulu" bergetar suara Dahlia.. Terkejut Iskandar.. "aku takde niat nak sakitkan hati dia!" Bengang Iskandar dengan diri sendiri.. "Abang saya mintak maaf" ucap Farah serba salah rasanya aksi itu dilihat oleh Dahlia..
***

"Mana is?" Tanya Dato Hadi "ada kat atas sedang" belum sempat Datin Alia habis bercakap, Dahlia menggenggam tangannya.. "Terima kasih semua tolong kami" ucap Dahlia.. " takpe kakak, memang tugas kita sebagai family" balas Dato Amir.. "kakak.. kakak jaga diri elok elok ye, jaga baby dalam kandungan tu.. kalau ada ape ape bagitahu adib jugak ye" Buat pertama kali Adib menunjukan watak caring sejak Dahlia bergelar isteri orang.. biasanya menyakat aje kerjanya.. semua family iskandar tekejut.. "apa kak ngah pregnant?" Tanya Nadhirah ingin kepastian..

"Sorry Abi Umi Nadhirah Nurin sebab tak bagitahu.. saya dah nak bagitahu tapi tak ada kesempatan" ujar Dahlia.. "Ya Allah.. Alhamdulillah.. is dah tahu?" Tanya Datin Alia.. " belum.. ingat saya nak surprisekan dia tadi tapii" Dahlia tidak kuat untuk ingat balik apa yang terjadi tadi.. Nurin terus memeluk Dahlia.. "Dahlia kuat yee.. kakak faham.. masing masing tersepit.. kakak harap korang saling berlembut hati.. jaga kesihatan dan kandungan" pujuk Nurin lalu leraikan pelukannya.. Dahlia mengangguk..

"Korang sorry lambat.. Farah tak larat nak turun, perut dah berat tu kan"  iskandar berdiri ditepi Dahlia.. Dahlia diam.. " erm baik lahh, kitorang balik dulu" kata Dato Hadi.. "jaga kakak aku leklok" tegas Adib.
***

"Sayangg abang cintakan sayang.. sayang percayakan abang? Sayang setia dengan abang kan?"  Bertalu talu iskandar soalkan Dahlia sebaik family mereka pulang.. Dahlia tinggalkan Iskandar.. "sayang" iskandar mengekori dahlia.. "lebih baik kita cakap kat dalam" balas Dahlia..

"Sayang jangan laju sangat naik tangga.." ujar Iskandar.. Dahlia berhenti secara automatik.. "sayang, sayang percayakan abang kan?" Tanya iskandar lalu menggenggam tangan Dahlia.. "sayang percayakan Abang tapi Abang kene ingat, Kepercayaan itu berharga.. sekali terguris, hilang sedikit kepercayaan.. ingat? Kenapa abang sepatah pun tak bagitahu sayang yang abang nak kene nikah dengan Farah? Abang balik dengan ikatan yang sah dengan Farah.. susah ke Abang nak bagitahu sayang? Sekurang kurangnya saya tahu, saya boleh bawak bincang dengan abang.. sedangkan dalam islam pun kita kena mintak izin dengan isteri untuk bermadu" luah Dahlia..

"Abang minta maaf sayang.. Abang tak.." "Abangg!! aduh pinggan saya sakit" laung Farah.. terdiam mereka berdua.. "Abang" panggil Farah.. "sayang,, abang sayangkan sayang" ujar Iskandar.. "auch" Dahlia tiba tiba rasa pening.. hampir terjatuh Dahlia.. "eh sayang okey tak?" Risau iskandar.. "abangg" panggil Farah lagi.. "awak boleh jalan tak?" Tanya Iskandar "saya teman awak ke bilik.. saya nak teman awak" rayu iskandar.. "Aduh" farah menahan sakit pinggangnya itu.. "saya rasa sekarang Farah lebih memerlukan abang.. saya boleh jalan sendiri" Dahlia berjalan perlahan lahan.. iskandar keliru.. dia sayangkan dan kesiankan Dahlia tapi dia juga kesiankan Farah.. "sayang" panggil iskandar.. "saya okey.. saya nak rehat.. abang pergi lah tengok Farah" balas Dahlia..

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now