"kakak mari dekat ibu kejap" Datin Damia memanggil Dahlia yang baru saja pulang. Dahlia duduk disebelah ibunya. "Adam cakap kamu tak jawab mesej dia. Kenapa?" Datin Damia menepuk lembut peha anaknya itu. "Berat ea soalan dia. Dahlia sukakan Iskandar lagi ea?" Datin Damia faham akan anaknya.
"Okey macam ni, Dahlia apakata awak buka hati awak untuk menerima orang lain. Kalau awak masih tunggukan orang yang sama yang tak bertindak apa pun untuk kita, sampai bila ibu nak tengok kakak naik pelamin. Hargai orang yang sayangkan kita sebelum kita kurang kasih sayang nanti" Datin Damia memujuk anak perempuannya itu untuk move on. "Kakak fikirkan ye. Ibu tak nak terlalu memaksa. Ibu nak kakak happy je. Meh ibu peluk" kali ini Datin Damia mendakap anak perempuan kesayangannya itu. Betul kata ibu. Kenapa aku selfish sangat.
***Pintu bilik Dahlia diketuk Adam. "Masuk" laungnya. "Eh Adam. Buat apa kat sini? Macam mana boleh masuk?" Terkejut Dahlia, Adam muncul. "Nak jumpa boleh?" Muka Adam sangat berharap ketika itu. "Bo.. boleh.. tapi kat luar bukan kat sini. Awak pergi dulu give me 5 minit" Dahlia tergagap menjawabnya sambil matanya liar melihat anak buahnya di luar sana. Apa lah mereka anggap nanti. "Saya tunggu kat parking bawah" Adam terus berlalu dari situ dengan cepat.
Dahlia mengemas barangnya. "Amboi kau ramainya lelaki suka kat kau. Qamel, Iskandar, Adam. Aku ni bila la orang nak pandang" rungut Irdina yang tiba tiba dah ada depan pintu biliknya. "Takde apalah. Nanti kau boleh tak tolong tengokkan mereka semua ni. Takut mereka gosip aku je.. Salah faham macam kau ni ha."
***
"Okey korang jangan riuh riuh ye, Cik Dahlia takde apa apa pun dengan lelaki tadi.. dah buat kerja masing masing" Irdina tiba tiba menjadi sister sekejap memandangkan mereka semua mula salah faham. "Irdina.. sape lelaki tu?" Iskandar menghampiri Irdina dengan wajah yang tegang. "Kawan dia je." Irdina cepat cepat ke mejanya malas pulak Irdina nak jadi kaunter pertanyaan Iskandar.
***
"Haih cik Dahlia, dah ada teman hidup nampaknya" tegur Qamel. Lega Qamel, Dahlia dah jumpa teman hidupnya. Dahlia hanya tersengeh melihat Qamel.
***"Ada apa Adam jumpa saya?" Tanya Dahlia sambil matanya yang sedang menahan terik mentari. "Kenapa awak tak balas mesej saya?" Tanya Adam dengan dahi yang berkerut. "Awak tak suka saya ea. Jahat ke saya ni, susah sangat awak nak buka hati awak dekat saya?" Tanya Adam dengan nada yang dikawal. "Eh tak.." dahlia laju menggelengkan kepalanya. kau tak jahatlah adoii..
"Habis tu?" "okey. Saya akan cuba buka hati saya untuk awak. okey?" Semoga betul lah apa yang aku buat ni.. lebar senyuman Adam. "Okey saya akan ajak keluarga saya merisik awak." Jawab Adam. Dahlia mengangguk.
"Tak boleh jadi ni.. aku kene cepat" bisik iskandar yang telah mencuri curi dengar perbualan mereka.
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...