Bab 16

158 2 0
                                    

Dahlia yang sedang duduk di sofa yang berada berhampiran dengan kolam rumahnya itu termenung memikirkan sesuatu. "Hmm kat sini rupanya sayang. Abang tunggu jugak sayang dalam bilik tadi." Iskandar menyentuh bahu isterinya dari belakang menyebabkan Dahlia terkejut kecil. "Emm" balas Dahlia sepatah. "Fikirkan apa?" Tanya suaminya, iskandar. "Lelaki lain?" Tanya Iskandar dengan muka serius. Dahlia pandang Iskandar dengan geram. "Awak ni suka sangat kaitkan saya dengan lelaki lain. Kenapa ya?" Dahlia tanyanya santai, tak nak keruhkan keadaan rumah tangganya yang masih baru. "Okay saya minta maaf. Saya tak patut macam tu tapi saya nak awak tahu yang saya cintakan awak sangat sangat." Iskandar yang dari tadi berdiri dibelakang Dahlia yang sedang duduk di atas sofa mula memeluk Dahlia dari belakang.

"Boleh abang duduk Dahlia?" Tanya Iskandar lembut. "Semua barang dan tempat dalam rumah ni boleh untuk sesiapa gunakan kecuali bilik. Bilik ada pemilik masing masing. So kalau sofa ni, awak boleh dipersilakan duduk" Dahlia membalas panjang lebar sambil memusing musingkan cawan yang sedang berada di tangannya. "Kalau abang nak duduk tepi sayang boleh?" Tanya Iskandar lagi. Dahlia menarik nafas panjang lalu meletakkan cawannya di atas meja dihadapannya. Iskandar menanti jawapan Dahlia. "Saya ni milik awak.. soo.. tak berdosa pun kalau awak nak duduk sebelah saya" jawab Dahlia perlahan dengan muka cover malu. Iskandar tersenyum lalu duduk rapat di sebelah Dahlia.

"Apa yang awak nak tanya saya tadi? Yang awak cakap 'benda' tu" tanya Iskandar ingin mulakan perbualannya. Dahlia memandang Iskandar disebelahnya beberapa saat. "Awak ni sebenarnya ada tipu saya sesuatu kan?" Tanya Dahlia. 'tipu?' hati iskandar mula berdebar. "A.. a.. about what" iskandar mula tersengeh seperti kerang busuk. Dahlia mengeluh. "Saya pelik sebenarnya hari tu awak cakap awak bankrup, then awak kerja dengan abah. Lepas tu, lepas awak lamar saya, ibu cakap keluarga awak dah uruskan semuanya. Lepas tu dah nak dekat kita khawin awak letak jawatan. Bukan ke awak perlukan perkerjaan? Ha satu lagi awak pakai kereta.. mewah. Family awak sebenarnya tak bankrup kan?" Dahlia mula memberikan bukti bukti yang kukuh untuk menentukan bahawa suaminya itu menipunya.

Iskandar mengeluh.. 'kenapalah dia bijak sangat. Kau ni pun satu lain kali pakailah kereta sorong!' bebel iskandar dalam hati. "Okey abang minta maaf. Abang memang tipu sayang. Tapi semua yang abang buat ni sebab abang cintakan sayang. abang takut nak beritahu sayang yang abang cintakan sayang. jadi abang ingat dengan cara ni abang boleh nak jadi berani nak luahkan perkataan cinta tu tapii.. hakikatnya tak.. abang dapatkan sayang dengan terus datang merisik sayang tanpa meluahkan sebarang ucapan cinta pada sayang.. abang berani merisik sayang sebab masa tu abang takde pilihan.. abang minta maaf sebab abang curi dengar perbualan awak dan Adam sebab saya takut dia tu kekasih awak jadi abang nak pastikan sama ada betul ke tak.. tapi masa tu abang dengar dia nak merisik sayang. Lepas tu abang fikir abang kene merisik sayang cepat cepat sebab abang takut sayang akan jadi milik Adam.. abang tahu... Mesti sayang ingat adam yang bagi bunga tu dekat sayangkan." Panjang lebar iskandar terangkan dekat Dahlia.

Dahlia terkaku mendengar usaha suaminya itu untuk dapatkannya. "Sejak bila?... Sejak bila wak cintakan saya?" Soal Dahlia, hatinya mula kencang. "Sekolah dulu. Tapi saya tak tunjuk dekat awak.." balas Iskandar segan.

Throwback sekolah menengah
"Leya!! Kau tahu tak.. ada senior tu cakap iskandar suka dekat kau?"- Suhaila
"Eh kau salah faham kut"- Dahlia
"Betul"- Suhaila
"Siapa cakap?"- Dahlia..
"Senior aku cakap .. dia beritahu aku pasal semua lelaki dalam kelas aku tu suka siapa.. setakat yang aku tahu tu semua betul. Macam Arif, dia cakap arif sukakan Hanim. Haa betul apa yang senior tu cakap, memang arif sukakan Hanim. Jadi pasal kau ni, senior tu cakap Iskandar suka kau"- Suhaila
Dahlia tersengeh
***
Dikoperasi asrama
" Tu gambar siapa?"- senior
"Saya"- Dahlia
"Cantik. Patutlah Iskandar suka"- senior
"Hahaha.. saya rasa senior dah salah faham.. saya yang sukakan iskandar bukan iskandar yang sukakan saya"- Dahlia

Throwback tamat

Lalu senyuman dahlia diberikan kepada iskandar. "Saya dah tahu lama dah. I love u too.. sejak sekolah.. rendah" air mata Dahlia mula mengalir. "Sekkk.. sekolahh rendah? Maknenya sayang.. "terkejut Iskandar dibuatnya. 

Throwback sekolah rendah
"Leya boleh tak kau beritahu Ayu yang aku suka dia"- iskandar
"Oo okeyy"- Dahlia
***
"Tengok.. ayu bagi aku jam."- iskandar
"Kau dengan dia ke sekarang?" - dahlia
"Erm"- Iskandar
***
" I love u ayu"- iskandar
"I love u too"- ayu
"Sweet tak?" - iskandar
"Erm"- dahlia

Sekolah menengah
"Weh aku dengan amni sekarang." - iskandar
"Oo"- dahlia
***
"Weh dia bagi baju couple kat aku" -iskandar
"Waa sweetnya"- dahlia
***
"Eh aku bagi baju dekat is. Kau tengok okey tak?"-amni
"Okey"-Dahlia
"Kan"- iskandar
"Erm"- Dahlia
Tamat throwback

Semua kisah silamnya bersama perempuan lain mula terbayang di ingatannya..
"Abang mintak maaf. Abang tak nampak. Abang buta. Abang tahu sayang ikut je kerenah abang dulu. Sekarang abang nampak, sayang buat semua tu sebab sayang cintakan abang.. tapi abang tak nampak masa tu. Abang dengan orang lain dan kejamnya abang, abang guriskan hati sayang setiap kali abang dengan mereka didepan mata sayang tanpa abang sedar." Iskandar mula bersalah dengan apa yang dibuatnya dahulu. "Its okay. Setiap orang ada kisah silamnya" Dahlia senyum melihat suaminya.

Iskandar memeluk badan dahlia. Dia memeluk Dahlia erat. "Alhamdulillah sayang jadi milik abang" lalu iskandar mencium dahi dahlia. "Alhamdulillah abang jadi milik dahlia" balas dahlia. "Ya Allah terima kasih kerna kau telah jodohkan aku dengan insan yang aku cintakan. Terima kasih kerana kau tabahkan hati ku selama ini. Aku pernah berputus asa namun aku bersyukur kerana Engkau setia mendengar doa hamba mu ini. Engkau lah yang Maha Mendengar." Bisik hatinya bersyukur dengan ketentuan Allah..

"Eh Dahlia kenapa ajak suami lepak dekat luar lewat malam ni.. sejuk tuu. Dah dah masuk.. kunci pintu tu nanti" laung Datin Damia yang sedang berdiri di koridor tingkat dua rumahnya itu. Iskandar melepaskan pelukannya. Maluu! "Ye ibu" dahlia mendongak ke atas melihat ibunya dengan muka cover malu. "Jom masuk bilik. Tak sabar nak tidur dengan bidadari abang malam ni sama sama" iskandar usap rambut Dahlia lembut. Muka Dahlia mula kemerah merahan.

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now