Bab 8

152 3 0
                                    

"Ibu, kakak dah buat keputusan.. kakak terima siapa saja yang masuk meminang kakak. Asalkan ibu dan abah pun setuju." Akhirnya Dahlia cuba untuk membuka hatinya untuk lelaki lain walaupun dia masih cintakan iskandar. Tak tahu apa yang ada pada iskandar sampai aku pun rasa susah nak lupakan dia.

"Betul ni siapa saja?" Tanya ibunya untuk kepastian. Dahlia mengangguk lalu menuju ke dapur.
***

"Abang, tak boleh ke suruh orang lain je yang gantikan tempat Dahlia untuk projek tu? Seminggu, lama tu kita lepaskan Dahlia sorang sorang pergi Kuala Terengganu" Datin Damia sempat memujuk Dato Amir sementara menunggu Dahlia keluar dari biliknya dan bertolak ke Terengganu. "Dah nak buat macam mana dia yang handle projek tu dulu, bila projek tu tiba tiba bermasalah dia lah yang kene pergi" jawab Dato Amir selamba..

"Abah ibu, kakak pergi dulu ye. Lambat dah ni" Dahlia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan orang tuanya. "Kakak nak pergi mana?" aqil yang kebetulan nak keluar pelik melihat kakaknya dengan membawa bagasi. "Ganu!" Tersengeh Dahlia. "Ouhh okey hati hati" Aqil bersalam dengan kakaknya itu.

Mereka bertiga mengiringi Dahlia menuju ke kereta BMW Dahlia.. "kenapa tak naik flight je?" Tanya dato amir. "Eh takpe lah. Kire dah terlalu okey ni kakak naik kereta ni.. nasib kakak tak drive mini cooper.. lagi pun kakak jarang drive kereta ni, kan terbiar lama tak pasal pasal rosak. okey lah. Kakak pergi dulu Assalamualaikum"
***

"Okey cik ni chalet cik Dahlia. Semoga cik selesa dengan perkhidmatan kami" Syafiee melayan pelanggan chaletnya dengan manis. "Thank you" balas Dahlia. "Kalau cik nak makan, cafe ada dekat saja dengan chalet cik. Saya pergi duluu." Syafiee meninggalkan Dahlia disitu.
***
Kring kring
Dahlia yang sedang menghadap laptopnya mencapai telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan telefon dari ibunya..

"Waalaikumussalam ibu"-Dahlia
"Kakak ada kat mana?"- Datin Damia
"Dah balik kerja dah, tengah duduk dalam bilik ni rehat."-Dahlia
"Tadi ada orang merisik kamu. Ni ibu nak tanya tuan badan la.. ke kakak nak balik dulu?"
"Merisik? Tadi?"-Dahlia
"Ye tadi"-Datin Damia
"Kakak terima je siapa pun asal ibu abah pun terima.. sebab mesti ibu dan abah terima orang yang baikkan?" -Dahlia
"Okey lah kalau kakak terima. Lagipun kakak sendiri yang cakapkan tak kesah siapa pun? Ni,, dia kalau boleh lagi cepat lagi bagus"- Datin Damia
"Erm okeylah ibu.. ibu bincang lah dengan mereka.. kakak ikut je. Kakak lapar ibu, kakak nak pergi makan dulu lah ye. Assalamualaikum"- dahlia..
***

"Hai, selamat malam cik Dahlia. Makan? Terserempak pulak kat sini" tegur syafiee. "Tulah" Dahlia yang sedang menjamah makan malamnya berhenti menjamah. "Okey la saya nak ke kolam nak bersih yang patut." Syafiee meminta diri..
***

"Malasnya aku nak makan malam ni." Dahlia menggeliatkan badannya di koridor lalu terpandang kolam yang sunyi ketika itu. Tanpa buang masa dahlia memakai tudung lalu menuju ke kolam itu.. "dalamnya kolam ni"

Biib!
Kami dah bincang nak satukan kakak lagi sebulan. -Datin Dahlia

What?! Tulah kau. Kau jugak katakan kau ikut je.

Okey
Dahlia menekan butang send.

"Barghh!!" Tiba tiba ada seorang budak kejutkan Dahlia dari belakang. Dahlia yang memang betul betul berdiri berhampiran kolam tidak dapat mengimbangkan dirinya yang terkejut lalu jatuh.. 'eh aku tak pandai berenang. Kaki aku tak sampai dasar kolam!' "tolongg!!" Dahlia terkapai kapai meminta tolong. Budak itu mulai panik melihat Dahlia lemas..

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now