Bab 4

226 4 0
                                    

Sebaik sahaja mesyuarat tentang projek yang diketuai oleh Dahlia dan Qamel tamat, masing masing pulang ke meja kerja masing masing. Yang tinggal ketika itu hanyalah Dahlia dan Qamel.  Dahlia menyibukkan dirinya dengan handphonenya. Qamel yang duduk berhampiran Dahlia menjelingkan matanya melihat wallpaper handphone Dahlia kini sudah ditukar.

"Sorry kalau sebab kemarin awak tukar wallpaper awak" kata kata itu diucapkan oleh Qamel. Dahlia mendiamkan sahaja dirinya. Dahlia mencuri curi memandang Qamel. Namun qamel sedar bahawa dahlia sedang mencuri curi pandangnya. "Kenapa cik Dahlia curi curi pandang saya macam tu?" Tanya Qamel. "Saya pelik macam mana awak tahu pasal doraemon? Setahu saya, saya tak pernah cakap pun dekat lelaki lain selain ex saya" perkataan ex saja ditekankan dahlia.

Qamel diam. Habislah kalau dia tanya kenapa aku mintak putus dulu. "Takpelah Qamel, saya dah tahu awak siapa.. okay. Kita lupakan lah pasal doraemon tu. Tak penting. Sekarang kita ada kerjaya masing masing. So saya harap kita dapat berkerjasama dengan selesa. Lagipun saya nak berterima kasih atas pengajaran awak bagi kat saya dulu" Dahlia bertuturan sangat lembut ketika melihat Qamel mendiamkan diri. "Okey lah jom sambung kerja" Dahlia terus bangun dari kerusi itu diikuti Qamel sebaik sahaja Dahlia melemparkan senyumannya kepada Qamel
***

"Cik Dahlia! Encik Adam datang!" Pintu bilik Dahlia diketuk bibiknya. "Yeye jap!" Sahut Dahlia . Mesti dia nak cincin dia. Dahlia memakai tudungnya.

"Dahlia, awak free tak? Saya nak ajak awak keluar" semangat betul Adam tersengeh sengeh. "Erm. Sorry adam. aku letih sangat hari ni. Tapi kalau kau nak cakap dan bende tu penting, kita boleh cakap kat sini. Mari lah masuk" pelawa Dahlia sopan. "Takpe ke kite berdua je ni?" Takut pula kene tangkap basah. "Takdelah.. bibik saya ada. Aqil ada dalam bilik" Dahlia menuju ke ruang tamu diikuti Adam.

"Mana yang lain awak?" Tanya Adam. "Dato kerja. Datin beraktiviti dengan kawan dia." Jawab Dahlia pendek. Kenapa tiba tiba dia berawak saya sampai aku pun berawak saya. "So how?" Tanya Adam lagi dengan muka yang tersengeh sengeh. "How what?" Bingung Dahlia. Topik apa yang dia cakap ni. Tibe tibe je. "Ouh cincin . Nah ambik lah. Nanti nak khawin jemput saya tau" Dahlia meletakkan kotak cincin itu di atas meja.

Reaksi muka Adam mula berubah. "Kenapa awak bagi cincin ni balik?" Adam memandang wajah Dahlia dengan riak wajahnya kecewa. Eh dia ni kenapa? Tiba tiba nampak kecewa. "Laa ni kan cincin yang awak belikan untuk orang yang awak sayang" Dahlia cuba menahan nadanya.

"Tak, cincin ni untuk awak. Saya ingat awak faham dan saya ingat awak terima saya haritu." Adam mengeluh kecewa. "Ya Allah Adam, saya tak sangka pula awak cuba melamar saya. Awak tak cakap pun, cara awak pun bukan cara melamar.. macam mana saya nak tahu. Lagipun saya fikir awak pinjam jari saya sebab buah hati awak tu saiznya sama macam saya. Saya minta maaf banyak banyak adam. " Jawab Dahlia dengan nada yang serius. Khawin bukan mende main main

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now