Bab 21

152 3 0
                                    

"Macam mana kaki dah okey?" Tanya Datin Alia yang baru saja sampai rumah anaknya itu.. "Dah okey.. Is panggil tukang urut haritu.." jawab Dahlia.. "umi tunggu kejap ea.. Leya nak pergi buat air kejap" Dahlia bangun dari sofa.. "eh takpe takpe.. umi datang kejap je ni.. nak tengok kamu lah, dah is cakap kamu terseliuh" Datin Alia menarik Dahlia duduk. "Ouh.. susah je.. sikiit je ni" Dahlia melemparkan senyumannya.. "jap dah berapa bulan ye kamu nikah?" tanya Datin Alia.. "nak dekat 2 bulan.. kenapa?" Jawab Dahlia.. 'alamak, umi nak mintak cucu kee.. takde rezeki lagi la umi' bisik hati Dahlia.

"Kenapa cuak sangat muka ni? Rileks la umi tanya je.. kamu tak pergi honeymoon kan?" Tanya Datin Alia lagi.. "ouhh.. t..ttak.. hehe" jawab Dahlia teragak agak.. " haaa betull laaa.. tak boleh jadi ni.. umi nak kene sediakan honeymoon ni" ujar umi dalam nada yang perlahan.. "umi cakap apa ea.. hehe tak dengar" kata Dahlia.. "leya nanti umi booking honeymoon untuk korang ea.. korang pegi tau" ujar Datin Alia.. bulat mata mata Dahlia.. "eh takpe la umi.. kitorang okey je tak pegi.. lagi pun kitorang dah pengantin lama dah pun.. bazir je" pujuk Dahlia.. " tak pe lahh.. pergi je ye.. umi abi belanja" Datin Alia melemparkan senyuman manis kepada Dahlia.. "oo..okay.. nanti leya bagitahu Is" jawab Dahlia..
***

Iskandar baru saja pulang dari kerja itu meleraikan satu persatu yang dipakainya, jam, vase.. Dahlia yang dari tadi hanya melihat pergerakan suaminya itu.. iskandar yang sedang berdiri di depan cermin itu akhirnya perasan. "Amboi tengok abang tak berkelip" usik iskandar yang sedang meleraikan tali lehernya.. "abang, tadi umi datang.. umi nak kita pergi... Honeymoon" ujar Dahlia.. "wauu jom sayang.. kita tak pergi lagi honeymoon kan.. jom.. kita bercuti" semangat iskandar ketika itu.. Dahlia sedikit mengeluh..

"Tapi abang, sayang bukan taknak.. tapi sayang dah seminggu tak datang office.. sayang rasa atas meja sayang dah banyak yang tertangguh.. boleh tak kalau kita tangguh dulu honeymoon tu.. or okeyy.. macam ni, sayang start masuk kerja esok, lepastu sayang siapkan semua kerja sayang.. lepastu kita pergi honeymoon" pujuk Dahlia, tidak mahu kecewakan iskandar.. "kaki awak tu dah okey?" Tanya iskandar.. "dah.." jawab Dahlia.. "ouh ikut awak la" iskandar pergi ke bilik air dengan muka yang sedikit kecewa.
***

"Eh Dahlia.. kau dah masuk office? Kaki kau dah okey? Aku nampak macam tak je" irdina yang terserempak dengan Dahlia di lift itu cepat cepat pimpin Dahlia.. "okey lah. Ni sikitt je ni..thanks." balas Dahlia.. "ur welcome.. okey la kalau macam tu.. kau blh naik sendiri kan? Aku nak balik kejap, ada kertas kerja tertinggal kat rumah" tanya irdina. "Boleh boleh.. hati hati" pesan Dahlia..
***
Dahlia yang sedang tekun selesaikan kerjanya itu tidak sedar jam telah menunjukkan 6 petang. "Kakak.. tak balik lagi? Dah petang ni.. is mesti tunggu kakak dekat rumah.. dah dah balik.. "tegas ayahnya. "Kamu kene ingat kamu tu dah berlaki.. abah tahu kamu suka kerja tapi kamu kene pandai uruskan masa..okey?. abah pergi dulu" nasihat Dato Amir.. "baik abah"..

Dahlia mencapai telefon bimbitnya.. Dahlia cuba menelefon suaminya tapi tak diangkat.. Dahlia cepat cepat pulang ke rumah..
***

"Aikk, mana kereta is?" Dahlia cepat cepat masuk dalam rumah.. "abang.. abang.. iss?" Panggil Dahlia.. tiada sahutan.. dahlia cepat naik ke atas.. lega hati Dahlia melihat is sedang tidur nyenyak.. Dahlia kejutkan is memandangkan sekarang nak pukul 7..

"Is, mana kereta awak?" Dahlia duduk disebelah suaminya yang masih sedang baring.. "rosak" balasnya sepatah.. "habis tu awak balik dengan siapa?" Tanya Dahlia.. "kawan" jawab iskandar sepatah lagi.. "kenapa tak call saya?" Tanya Dahlia lagi.. "check ur phone" Dahlia terkejut.. banyak betul missed call dari iskandar.. "is maaf.. saya lupa saya silent phone sy tadi sebab ada mesyuarat mengejut tadi, saya lupa nak.." belum sempat Dahlia habiskan percakapannya, iskandar bangun dari katil..

"Is.. please.. saya betul betul mintak maaf.. saya betul betul harap yang awak faham saya.. please jangan buat saya macam ni" pujuk Dahlia yang sedang berdiri dibelakang iskandar.. iskandar diam.. Dahlia melepaskan sedikit keluhan.. "sayang dah makan?" Tanya iskandar.. "belum.. abang?" Tanya Dahlia pula.. "belum" jawab iskandar. "Abang, sayang betul betul minta maaf.. mesti abang lapar.. kejap, sayang pergi masak untuk abang" dahlia cepat cepat meletakkan beg galasnya atas katil lalu mengangkat langkah untuk pergi ke dapur.. iskandar cepat mencapai tangan Dahlia..

"abang mintak maaf sebab abang tak faham sayang.. abang sedar sayang sedang usaha nak siapkan kerja sebab nak bercuti dengan abang.. dah, sayang tak payah masak.. kita makan kat luar.. sayang dah solat?" Tanya iskandar.. dahlia angguk.. iskandar terus memeluk isterinya itu erat..
***
"Sedap tak?" Tanya iskandar yang sedang tersenyum melihat Dahlia begitu selera makan.. "sedap" jawab Dahlia.. " ni tempat abang selalu makan dulu sebelum nikah tau" bagitahu iskandar.. "ooo" balas Dahlia

Usai mereka makan, Dahlia tiba tiba rasa nak ke tandas.. "abang, sayang nak ke tandas sekejap" Dahlia pergi ke tandas selepas iskandar membenarkannya..

' ramainya orangggg' terkejut dahlia.. nampaknya lama lah ni.. adoi..
Dekat 10 minit dahlia dalam tandas akibat menunggu giliran akhirnya dapat keluar dari tandas yang ramai tu.. "aku rasa dia kene tambah tandas ni..' sempat Dahlia komen lalu bergegas ke iskandar.. namun apa yang dia nampak, iskandar sedang berbual dengan seorang perempuan.. cantik la jugak.. dan mengandung.. ada lah macam dah nak dekat 8 bulan.. "aku tak perlu cemburu.. terang terang dia pregnant.. mesti dah nikah.." Dahlia pun mendekati mereka

"Abang.. hye, awak siapa?.. kawan husband saya ke? Hye.. saya wife is.. wauu pregnant mesti dah nak masuk 8 bulan kan.. besar dah.. mana suami?" Tiba Dahlia jadi friendly.. iskandar terkejut dengan kehadiran Dahlia.. "sayang.. dah siap dah? Haah kawan abang.. sayang jom balik" balas iskandar lalu menarik tangan Dahlia meninggalkan perempuan mengandung itu sorang sorang..

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now