Akhir

582 4 0
                                    

Seminggu kemudian

"Sayangg, abang minta maaf atas semua kekasaran yang abang buat dekat sayang" Iskandar menggenggam tangan Dahlia.. "sayang pun nak mintak maaf sebab sayang tak faham keadaan abang" ujar Dahlia.. Iskandar bersyukur dikurniakan isteri seperti Dahlia.. "i love u sayang sampai bila bila" Iskandar kini mengusap kepala isterinya.. "i love you 3000 abang" Dahlia memeluk Iskandar.. Suasana di tepi tasik itu membuatkan mereka rasa sangat tenang untuk bersama meluahkan perasaan masing masing..

Kring kring
Dahlia mendapat satu panggilan telefon dari Ayu, adik Shafiee

"Akak, abang dah boleh keluar dah" -Ayu
"Oo nanti akak dengan abang Is datang" -Dahlia
***

"Shafiee, ayu, terima kasih banyak banyak sebab ada temankan Dahlia balik haritu dan tq sebab sanggup korbankan perut kau tu.. aku tak tahu nak balas macam mana.." Iskandar bersalaman dengan Shafiee.. "saya pun nak ucapkan terima kasih dekat awak berdua sebab sanggup teman saya sampai Kuala Lumpur.. bukan dekat" Dahlia juga turut berterima kasih atas budi mereka.. "same same..takpe, kita tolong apa yang kita dapat tolong" jawab Shafiee.. "betul tu akak.. kita tolong apa yang boleh.. nanti giliran kita kita tak tahu" ujar Ayu.. "korang balik macam mana?" Tanya Iskandar.. "bas kut sebab mak ayah kitorang takde dekat rumah,, diorang pergi buat haji.. kitorang taknak menyusahkan saudara datang dari jauh" jawab Ayu..

"okey kalau macam tu, biar abang dan akak hantar korang balik.. alang alang kite boleh bercuti kat sana, haa sekaligus kita boleh jalan jalan kat situ sama sama, nanti mana tahu saya dapat bantu apa yang patut dekat sana untuk balas jasa korang" cadang Iskandar.. "erm betul jugak tuu" Sokong Dahlia.. Shafiee mengangguk setuju.. "okey tapi sekarang dah petangkan, so apa kata kita pergi esok? Malam ni kita santai tidur rumah kitorang?" Tanya Iskandar.. "kitorang okey kalau korang okay" kata Ayu.. "hahaha okey jeee.. jomm" Dahlia menarik tangan Ayu..

Ketika mereka bergerak hendak keluar dari hospital mereka tiba tiba bertembung dengan seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda yang dibalut habis kaki tangan dan kepala dibahagian dahinya, Adam..

"Adam?" Tegur Dahlia.. Shafiee dan Ayu saling berpandangan.. "Leya.. Is.. aku nak minta maaf atas segala dosa aku dekat korang.. aku betul betul mintak maaf.. aku rasa ni balasan untuk aku.. aku ingat aku dah mati tapi, aku bersyukur Allah bagi aku peluang.. aku sedar mungkin Allah panjangkan nyawa aku sebab nak bagi aku sedar tentang dosa aku dan bagi aku peluang untuk taubat" teresak esak Adam ketika itu.. Iskandar terdiam.. beberapa saat kemudia tiba tiba Iskandar menunduk sedikit di depan kerusi roda Adam.. "bro aku maafkan kau.. aku harap kau guna peluang ni sebaik yang mungkin" Iskandar bersalam dengan Adam.. "saya pun maafkan awak.. dan saya pun nak minta maaf atas salah saya" Dahlia sedikit tersentuh dengan keadaan Adam..
"Terima kasih" Adam menangis teresak esak
***

Kuala Terengganu

"Cantikkan?" Tanya Iskandar kepada Dahlia yang sedang memeluk lengannya ketika sedang melihat pemandangan Kuala Terengganu yang indah dari Drawbridge.. Dahlia mengangguk.. "sayang. nah" Iskandar menghulurkan sebuah handphone kepada Dahlia.. "ha?" Dahlia blur.. "arwah Farah pesan dekat saya suruh bagi dekat awak. Dia suruh awak tengok sesuatu di dalam.. saya pun tak tahu apa dia.. sebab dia suruh awak yang tengok" jawab Iskandar.. "ouhh.. saye rase ni yang dia nak bagitahu sayang waktu dia... accident dlm perjalanan.." ujar Dahlia serba salah.. "abang faham.. tu semua takdir.. tu bukan salah sayang" ujar Iskandar pula..

Dahlia menyambut telefon itu lalu menekan butang pada telefon itu..

"Emm.. Assalamualaikum kak Leya.. ermm.. kak Leya, Farah betul betul nak minta maaf dengan Kak Leya.. Farah tahu sejak Farah khawin dengan abang Is, Kak Leya tak macam dulu dengan abang Is.. Farah mintak maaf" -Farah

Rakaman suara itu sunyi selepas itu, Dahlia sedikit sedih apabila teringat kembali apa yang arwah selalu buat, arwah selalu minta maaf dengan Dahlia jika dia rasa dia yang membuatkan hubungan Dahlia dengan Iskandar renggang

"Kak Leya.." tiba tiba rakaman suara Farah kedengaran kembali.. tapi suaranya sedikit lain, seperti baru sudah menangis..
"Sebenarnya abang Is masih cintakan Kak Leya..Farah selalu terdengar nama kak Leya disebut sebut abang Is waktu dia termimpi"

Dahlia dan Iskandar saling berpandangan..

"Nanti kalau Farah dah takde, Farah harap Kak Leya dan abang Is bahagia macam dulu.. saya yakin abang Is cintakan Kak Leya sangat sangat.. terima kasih akak, sebab akak cuba terima saya.. Kak Leya..
Farah nak minta maaf sekali lagi"
lalu Rakaman suara itu pun tamat

Dahlia terdiam sambil menatap telefon kepunyaan arwah Farah.. Iskandar mengambil telefon di tangan Dahlia dan simpannya di dalam poket seluarnya lalu menggenggam kedua dua tangan Dahlia.. "sayang.." panggil Iskandar.. "saya tak sempat nak tengok arwah untuk kali terakhir.. saya tak sempat nak mintak maaf dengan arwah" luah Dahlia.. bergetar suaranya menahan sebak.. "Sayang, shh.. sayang jangan menangis kay.. balik KL nanti kita melawat kubur arwah Farah dan arwah baby Mika.." pujuk Iskandar..

Dahlia memeluk Iskandar.. Kepala Dahlia yang rapat di dadanya diusap perlahan.. "terima kasih sayang sebab sayang tak tinggalkan abang.." ujar Iskandar.. "terima kasih abang sebab masih cintakan sayang" ujar Dahlia pula.. "abang percaya sayang lah jodoh abang..kepercayaan itu sangat berharga dan bermakna" jawab Iskandar.. Dahlia tersengih mendengar ayat itu.. ayat yang disebutnya di tempat yang sama pada ketika dia berbulan madu dulu.. "Kerana Setia kita masih bersama.. setia itu kunci kebahagiaan rumah tangga juga" kini Dahlia pula yang menggunakan ayat Iskandar ketika bulan madu dahulu..

"I love u sayang" luah Iskandar.. "I love u 3000 abang" luah Dahlia pula.. Iskandar memeluk Dahlia erat selepas sahaja dahi Dahlia dikucupnya..

-The End-

Okey hai Assalamualaikum😄🙌🏻 akhirnya habis jugak cerita Kerana Setia😍 mintak maaf sekiranga cerita ini tidak dapat memuaskan hati para pembaca..saya hanya mampu menghasilkan apa yang saya mampu hasilkan.. mintak maaf sekiranya ada kekurangan sama ada dari isi cerita, penggunaan bahasa, lambat update dan banyak lagi.. okey!  terima kasih jugak kepada yang sudi membaca hasil cerita saya ini, dan tq sangat sangat kepada seorang pembaca Kerana Setia ni, Yinnish kerana sudi vote hasil cerita saya ini yang tak seberapa🤧 tq sekali lagi👍🏻
Bye!! Selamat berpuasa! Oh yee, Dah nak raya ni, Selamat Hari Raya!!🎆🎇
My Instagram @tengku.ns 👻
HAHHAHAHA🤫🤣🤦🏻‍♀️🤣
-2020-

Hye🌹 Thank you semua yang sudi membaca dan vote hasil cerita ini yang tidaklah seberapa🙏🏻
Terima kasih
//2022/

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now