Bab 14

127 2 0
                                    

"wehhhh syapii! Kau dapat jemputan" kawan setugas shafiee yang excited lebih itu berlari mendapatkan shafiee yang sedang bertugas. "Ya Allah..Mende mu ni, ce rilek gok. Nape?" Tenang nada Shafiee.. lalu kawannya menghulurkan sampul surat putih itu kepada shafiee. "Boss royak takdi ada posman hantor. Pahtu nampok nama mu, ye suruh aku bagi ke mu.. weh aku simpati dengan mu. Mesti ni awek haritu kan? Mu dok koyok ke dia nok nikoh dengan orang lain pahtu ajok mu?"

"Mende gok mu ngarut. Aku tahu doh lah dia nok nikoh." Shafiee memukul lengan kawannya itu. Merepek tak habis habis. "Pahtu mu nok gi ke dok? Nok gi dengan sape? Kalo mu dok au nok gi dengan sape, mitok tolong aku takpe deh. Okey la aku nok gi sambung kije pulok" kawannya melemparkan senyuman kepadanya. "Tq bro. Nanti aku roger kalau ada nape nape!" Laung Shafiee.. shafiee membuka sampul itu. 'Walimatulurus Dahlia & Iskandar' tertera nama Dahlia di atas kad jemputan itu.
***
"Dahlia kau okey tak? Nampak berdebar sangat kau ni? Rileks jee.. bukan kau pun yang lafaz nanti" Irdina buat muka tiada apa apa ketika itu. "Hesh kau ni.. sedap lah cakap, cuba kau duduk tempat aku sekarang. Gila, siapa tak berdebar bila dah nak jadi isteri orang. Semua berubah kau tahu tak?" Geram jugak Dahlia ketika itu. "Haha aku gurau je la.. okey okey, tarik nafas lepas tarik nafas lepas" irdina tersengeh

"Dahlia jom turun. Dah nak mula" Datin Damia menjemput anaknya lembut. Dahlia bangun dan menuju ke arah ibunya. Dahlia merenung mata ibunya. Datin Damia mengangguk lalu menggosok belakang Dahlia perlahan lalu Dahlia memulakan langkahnya diikuti Datin Damia dan Irdina di belakangnya.
***

"Aku terima nikah Dhia Dahlia binti Amir dengan mas kahwin 400 ringgit tunai" sebaik saja lafaz itu disahkan maka Dhia Dahlia dan Iman Iskandar sah menjadi suami isteri dengan satu lafaz sahaja.. mata Dahlia mula berair. "Kamu dah jadi isteri orang sayang" Datin Damia memeluk Dahlia erat.. selepas itu Dahlia memandang ibu mertuanya "cantik menantu umi" ibu Iskandar, Datin Alia mengelap air mata yang mengalir dipipi Dahlia lembut.

"Okey pengantin lelaki boleh sarungkan cincin ye" arah photographer sebaik sahaja pengantin lelaki selesai melakukan solat yang biasa dilakukan pengantin lelaki sebaik sahaja lafaz akad dilakukan. Iskandar mendekati Dahlia lalu mencapai tangan Dahlia yang lembut itu. Jantung Dahlia mula berdebar. Iskandar menyarungkan cincin di jari manis Dahlia.

"Okey tahan jap nak ambik gambar.. okey cium dahi cik isteri" arah photographer. 'serius laa.. malunya' ramai ahli keluarga menanti detik itu ketika itu. "Assalamualaikum sayang. Izinkan Abang cium dahi sayang?" Lembut suara Iskandar. "Waalaikumussalam" perlahan suara Dahlia ketika itu lalu mengangguk setuju.. apa aku boleh buat, aku memang dah jadi hak dia. Iskandar tersenyum lalu mencium dahi Dahlia.

"okey sekejap, jangan turun lagi.. pegang dagu cik isteri" photographer masih dalam memberi arahan. 'adoi lamanya' merah muka dahlia.. "okey dah" iskandar buat tidak endah dengan arahan photographer itu. "Pengantin deh ler tuu" Dahlia kedengaran usikan 'penonton' ketika itu. 'ish iskandar ni, apa dia buat ni' detik hatinya. "Sweetnyaa" masing masing keluarkan perkataan itu.. Dahlia cepat cepat mencekik peha suaminya itu. "Aduh!" Tersentak Iskandar. "Awak jangan macam macam ye depan orang ramai" warning Dahlia. Masing masing cover muka manis. "Okey semua boleh jamu jamuan ye" Datin Damia menjemput tetamu untuk menjamu selera yang sedikit sebanyak untuk sesi majlis akad nikah ini.

"Sayang, jom tidur sama malam ni" Iskandar mula mengusik Dahlia sebaik sahaja semua keluar dari ruang itu. "Awak jangan nak mengarut.. esok pun tak sampai lagi ada hati nak tidur sebilik dengan kita malam ni.. dah, kalau saya tahu awak gatal macam ni dulu, saya rela belikan ubat gatal dekat awak." Balas Dahlia.. "kenapa pulak? Saya kan suami awak sekarang. Boleh la saya tidur dengan awak." Soal Iskandar. Dahlia mengencilkan matanya memandang Iskandar.

"Ye betul kau boleh sekarang. Tapi sanding pun tak lagi. Dia jugak rancang lepas sanding boleh balik rumah perempuan. Macam macam dia ni. Gatal.. takut pulak aku" bebel Dahlia dalam hati. "Uish dalamnya pandang abang" usik Iskandar lagi.. Dahlia menggeleng. "Dah lah, merepe awak ni. Jom la, awak nak makan tak? Kalau nak, saya nak letakkan untuk awak?" Dahlia berdiri. "Taknak" Tangan Dahlia ditarik kuat sehingga Dahlia terduduk kembali lalu Iskandar mendapatkan Dahlia dalam dakapannya. "Eh awak buat apa ni? Tak elok la orang nampak" Dahlia mula berdebar. "Taknya, tengok mereka semua pergi khemah makan. Saya dah kofem dah takde orang" iskandar tersengeh. "is jangan macam ni.. nanti orang nampak tak elok"

"ehem ehemm!!" Iskandar dan Dahlia terkaku apabila terdengar seseorang berdehem. Iskandar cepat cepat lepaskan Dahlia apabila melihat Adib sedang memandang selamba terhadap mereka.. Dahlia tersengeh melihat adiknya sambil membaiki bajunya lalu meninggalkan Iskandar. "Saya tunggu awak dekat khemah makan" pesan Dahlia.. "hye kakak" sapa Adib apabila Dahlia lalu disebelahnya lalu memberi satu senyuman usikan. "Haha hye" teragak agak Dahlia mahu melihat muka Adib. Adib mula berpaling ke arah Iskandar. Iskandar yang malu itu bangun menuju Adib segan. "Adib dah makan? Abang nak pergi makan dulu ye" Iskandar terus tinggalkan Adib yang belum sempat menjawab soalannya.

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now