Bab 20

200 2 0
                                    

"sayang buat apa sembur minyak wangi bagai ni malam malam ni?" Tanya Iskandar yang sedang menyandar di kepala katil smbil melihat isterinya itu di meja solek.. Dahlia pusing melihat Iskandar. "Abang tak bau apa apa ke? Sayang bau sesuatu la" Dahlia bangun lalu berjalan menuju ke arah Iskandar.. "bau? Tak, bau sayang je lah" jawab iskandar berkerut muka.. dahlia duduk di hujung kaki iskandar. "Bau abangg laaa.. sebab tu sayang sembur minyak wangi, kalau tak nanti sayang berjangkit bau tu dengan abang" usik Dahlia.. "amboii nak cakap abang busuk lah nii?!!" Iskandar cepat cepat mendapatkan dahlia lalu menggeletek dahlia..

"Hahaha okey... Tak tak, sayang gurau je.. sayang kene la wangi, untuk suami jugak" jawab dahlia lalu mengusap kepala iskandar.. "ololo.. baiknya sayang.. meh baring tepi abang" dahlia terus merangkak ke sebelah iskandar lalu iskandar mendepakan tangan kanannya untuk dijadikan bantal istimewa buat isterinya.. "sayang, sayang dah cukup wangi buat abang. Tak payah pakai minyak wangi" lembut iskandar berkata kata manis.. "hmm, sekarang.. nanti bila sayang dah tua dah tak wangi dahhh" jawab dahlia.. "erm betul.. macam mana sayang tahu?" Jawab iskandar selamba.. "abanggg!!" Dahlia mencubit pipi iskandar disebelahnya..  " hey realiti kut.. awal awal je sweet, nanti dah tua tak dahh" usik iskandar lagi.. "oohh jadi abang memang nak kita jadi macam tu lah?" Balas Dahlia sambil mengangkat kepalanya lalu menolak tangan suaminya itu.. sudah tidak mahu dibantalkan dengan lengan suaminya.. "sayang merajuk ke?" Tanya iskandar.. "tak de lah.. lengan abang tu keras.. sayang nak tidur." Jawab dahlia rileks.. "elehh.. jangan tidur lagiiii.. jom lah sembang"  ajak iskandar.  "Sembang pasal apa? Tak nak lah" jawab dahlia lalu memejamkan matanya.. "tanya laa dulu abang ada gf takk?" Balas iskandar tersengeh sambil melihat dahlia yang sedang cuba untuk tidur..

Kelopak mata dahlia terus terbuka.. lalu bangun dari baringannya.. matanya tertumpu pada iskandar.. lama mereka saling berpandangan tanpa berkata.. dahlia terus memukul iskandar dengan bantal tidurnya.. " abang ni kannn, memang saja cari pasal kann!! Eiii geramnya sayangggg" bertubi tubi iskandar menerima pukulan bantal lembut itu.. "hey sayang, runtuh katil nanti.. abang tak nak ganti" balas iskandar sambil ketawa.. "ahh takde maknenya.. sayang pun boleh lah nak guna kuasa cemburu tu macam abang buat.. cuma sayang tak nak cakap je... Malam ni sayang nak tidur bilik lain.. abang tidur sorang sorang.. malas layan" dahlia turun dari katil lalu menuju ke tombol pintu..  "hey sayang sayang.. sayang jangan lahhh" iskandar mengekori dahlia yang sedang menuju ke tangga..  cepat cepat dia menarik tangan dahlia.. dahlia yang sedang menuruni tangga itu terus tergelincir..

"sayangg!" "Aduhh!! Sakitnyeeee" dahlia menahan sakit di pergelangan kakinya.. "sayang okey takk? Tu laa, nak tinggal lagi si suami ni.. kan dah kena" jawab iskandar yang sedang memeriksa kaki dahlia.. "sakit lah.. eleh, abang yang tarik sayang kan" balas dahlia.. "okey abang mintak maaf.. abang rasa sayang salah urat ni.. abang panggil tukang urut ea" pujuk iskandar.. dahlia mengangguk sahaja..   iskandar mengangkat isterinya itu dalam dukungannya. muka dahlia mula kemerahan.. "Ya Allah jika ini balasan untuk aku sebab aku tinggalkan suami aku tadi, aku berasa sangat berdosa dengannya.." ujar hati Dahlia sambil memandang iskandar. Dahlia merapatkan kepalanya dekat di dada iskandar.. iskandar tersenyum merasakannya..
***

Nasib diorang tak tutup lagi pusat urut tu, kalau tak kene lah iskandar bawak dahlia pergi hospital atau klinik.. kalau pergi sana apa je yg dapat kalau tersalah urat macam ni? Pembalut? Minyak sapu.. Nanti lagi sakit bila urut sebab dah jadi bengkak.. kalau tersalah urat baik pergi dekat tukang urut lagi okey..

"Korang buat apa ha sampai kaki bini kau ni salah urat.. kau kejar dia ehh.. dah takde kerja lain ke?" Bebel MekDah, tukang urut dari pusat rawatan dekat kawasan perumahan itu.. masing masing tersengeh.. "terima kasih MekDah.. " iskandar menghantar MekDah sampai ke pintu rumah.. "kalau ada apa apa lagi panggil MekDah ye" ujarnya.. "InShaAllah" balas iskandar tersenyum..
***

"Macam mana kaki? Dah rasa okey sikit?" Tanya iskandar yang duduk disebalah  dahlia yang sedang berlunjur itu.. "rasa sakit kalau berjalan" balas Dahlia yang sudah cuba berjalan sewaktu iskandar hantar MekDah sampai depan pintu tadi.. "tapi sayang nak kene pergi kerja jugak esok" balas dahlia. "Eh takpayah la sayang.. sayang duduk je rumah ni.. biar abang mintak cuti dengan abah.. please sayang.. biar kaki tu okey sikit.." pujuk iskandar.. dahlia senyap seketika..  "okeyy" balas dahlia sepatah.. "thanks sebab dengar kata.. love u sayang" iskandar mengusap kepala dahlia..

Dahlia membalasnya dengan senyuman.. "Abang saya mintak maaf pasal tadi.. sebab saya nak tinggal awal tidur  sorang." Dahlia meminta maaf terhadap suaminya itu dengan rasa insaf sebagai seorang isteri.. "takpe.. abang maafkan.. tapi lain kali jangan buat lagi okey?" Tangan Dahlia dipegangnya erat. "Ermmm tengok laa dulu!" Dahlia terus ketawa sambil mengambil remote tv lalu menekan butang on.. tiba tiba rasa nak tengok tv tengah malam macam ni. "Bini aku ni, nampak macam dah insaf tapi nakal lagi eh.. lepastu tiba tiba je bukak tv malam malam ni" omel hati Iskandar. Tanpa sedar satu garis senyuman telah terukir dibibirnya..

"Awak.. awak" iskandar panggil isterinya itu acap kali.. tapi tak di endahnya.. "ouhhh, dia nak gurau ea"  detik hati iskandar.. iskandar tanpa buang masa terus mencium pipi lembut Dahlia.. Dahlia terpaku. Beberapa saat kemudian Iskandar pun bangun dari duduknya lalu berjalan melintasi di depan Dahlia untuk menuju ke bahagian katilnya lalu merebahkan badan diatas katil iaitu disebelah Dahlia yang sedang berlunjur itu sambil menyandar di kepala katil. "Awak taknak tidur lagi ke? Saya nak tidur dah.. jom tidur sayang.. good night.. love u" iskandar memejamkan matanya seperti tiada apa apa yang berlaku tadi.. muka Dahlia terus merah.. masih terpaku dengan tindakannya.. maluuu...

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now