"hari ni hari selasa kan" soal Dahlia yang sedang menikmati makan lunch. "Haah, eh kau tanya pasal hari kan.. hari sabtu ni kau free tak?" Irdina memandang wajah dahlia. "Aku plan nak rehat." Jawab dahlia selamba. "Boleh tak plan tu kau tangguh ke minggu depan?" Pujuk irdina. "Kenapa pulak?" Berkerut dahi dahlia. "Aku nak kau teman aku pergi reunion batch aku masa universiti dulu kat pantai. Aku tak rapat dengan diorang, yang rapat tak datang. Boleh laa" irdina masih memujuk Dahlia yang sedang mengecilkan matanya.
"Kau tak kesian dekat aku ke?" Irdina mengedipkan matanya dengan laju. "Yelah yelah. Kau ambik aku. Aku malas drive" akhirnya dahlia mengalah. Aku terpaksa korbankan plan aku buat kali kedua.
***Semua orang disitu memandang aku pelik. Mana irdina ni kata kejap je. Dah lama ni. Mesti orang ingat aku tumpang makan dekat majlis diorang ni. "Hai, nama siapa? Kami tak pernah nampak pun awak sebelum ni" tegur seorang perempuan yang sedang duduk berkumpulan dengan kawan kawannya berhampiran dengan meja dahlia. "Haah betul lah tu. Saya teman kawan saya. Irdina namanya. Dia ajak saya teman dia" malu dahlia rasanya. Mereka semua menganggukan kepalanya
***Baik aku balik kat kereta sebelum ramai lagi ingat aku menumpang. "Aduh" sakitnya kaki aku. "Cik okey tak?" Lelaki itu mahu mengangkatnya tapi apakan daya dia menghormati status dahlia yang bertudung. "Saya okey" dahlia cuba bangun perlahan. "Kalau sakit lagi marilah saya hantar cik pergi klinik" pelawa lelaki itu cemas. "Takpe. Bukan salah awak pun" dahlia mengangkat mukanya.
"Kau.. dahliakan" lelaki itu meraup mukanya tidak percaya. " Iskandar?" Dahlia mengecilkan matanya. "Ya Allah kau pergi mana. 6 tahun kut aku tak jumpa kau" Iskandar tidak percaya dapat jumpa dahlia kat sini. "Haa tu pun kau. Aku cari kau rupanya kau sembang dengan iskannn.. eh jap. Korang kenal ke?" Irdina yang mencari dahlia dari tadi terkejut bukan main mesra apabila mereka berdua. "Kawan lama" jawab mereka serentak lalu ketawa.
***
"Macam mana dia tahu aku suka doraemon. setahu aku sorang je lelaki dalam dunia ni yang tahu aku suka doraemon. Qamel. Ex aku zaman sekolah rendah yang tah pape.. eh jap. Qamel.. Ya Allah betullah. Nama dia.. ah biarlah. Nak tido" dahlia memaksa dirinya untuk tidur
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...