أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
"Kenapa ada ustaz bagai ni?" Tanya Iskandar hairan.. "Angah jangan terasa.. kami buat ni sebab nak tolong angah" pujuk Datin Alia.. "tolong? Kenapa kene ada ustaz? Eh angah tak perlu lah ustaz bagai.. suruh ustaz ni balik.. semakkk!" Teking Iskandar.. Nadhirah dan Adib saling berpandangan.. Perangai pelik Iskandar sudah datang.. perangai panas baran itu.. ustaz Hazim itu mendekati Iskandar rapat secara berdepangan.. mereka saling bertentangan.. mata iskandar tajam memandang ustaz.. "siapa kau?"tanya ustaz itu perlahan dengan tenang.. masing masing diam.. "bukan urusan kau!" Kasar suara Iskandar.. semua terkejut mendengarnya.. bulu roma tegak.. Iskandar tinggalkan ruang tamu itu.."Ada orang yang tak nak mereka bersama"ujar Ustaz Hazim itu.. "Astaghfirullahalazim" semua terkejut..
****Iskandar membuka laci tepi katilnya, lalu mengambil sebentuk cincin.. "sayang.. kenapa abang jadi macam ni? Sayang balik laaa.. tolong abang" rayu Iskandar menangis sambil menilit cincin itu.. jari jemari iskandar terhenti menilit cincin itu apabila dia menyadari cincin itu bukan cincin nikah Dahlia... "arghhhhhhh!!!" Iskandar tiba tiba mengamuk lalu mełimpar cincin itu.. "kau simpan cincin lain rupenye sebelum ni!!! Jantan mana yang bagi kat kau ni?!!!" Teriak Iskandar.. "abang! Dengar tak? Kenapa Iskandar tu?" Risau datin Damia.. semua terkejut mendengar teriakan Iskandar..
Tiba tiba Iskandar menuruni tangga laju lalu menuju ke kolam.. "is.. is.. iskandar" panggil Dato Hadi.. Iskandar mengabaikannya lalu terjun ke kolam itu tanpa berbuat apa apa.. dibiarkan dirinya tenggelam.. "iskandar!" Adib berlari terjun ke kolam..
***"Masuk mane ni Leya?" Tanya Shafiee.. "sepatutnya lepas masuk simpang kanan tadi dah nak sampai rumah saya tapiii.." Hairan Dahlia.. "tapi apa akak?" Tanya Ayu.. "Astaghfirullahalazim" istighfar Dahlia.. baru dia perasan mereka hanya berpusing disitu sahaja.. berkali kali mereka masuk simpang kanan namun tetap kembali ke jalan sebelumnya.. "dia mainkan kite ni" ujar Shafiee.. "jangan diam.. baca ayat Kursi macam biasa jangan takut.. terus berdoa.. setiap kali masuk simpang tu, doa sedoa doanya supaya kita dapat sampai ke rumah Dahlia" arah Ayu..
Berpuluh puluh pusingan dibuat.. "Astaghfirullahalazim!! لا إله إلا الله Allahuakbar!!" Berkumat kamit mulut mereka
***"Woiii!! Lepas!!" Teriak Iskandar "mengucap Iskandar!" Adib memeluk kuat Iskandar yang sedang menggelepar itu..
Dahlia yang baru sampai itu bergegas masuk le rumah diikuti Shafiee dan Ayu apabila melihat banyak kenderaan diluar rumahnya dengan suasana yang bising itu.. "Assalamualaikum" salam diberi.. terkejut Dahlia melihat keadaan Iskandar.. semua disitu terkejut memandang Dahlia.. "Astaghfirullahalazim" Ayu dan Shafiee juga turut terkejut.. "hoiii betinaaa!! Balik pun kau!!" Jerkah Iskandar lalu melawan pelukan Adib lalu berdiri sambil tersengeh.. Iskandar yang basah kuyup menghampiri Dahlia.. "akak.. ni bukan laki akak ni" bisik Ayu.. Iskandar memandang Ayu tajam.. "kau bawak keluar jantan ni!" Jerkah Iskandar kepada Ayu sambil menunding jari ke arah Shafiee .. Ayu tidak mengendahkannya.. Iskandar merapatkan mukanya dengan Dahlia..
Pang!! Satu tamparan hinggap di pipi Dahlia.. semua terkejut.. "kau ni isteri jenis apa? Tinggal suami! Derhaka!" Jerkah Iskandar.. "saya mintak maaf" ujar Dahlia.. namun mata tajam iskandar masih lagi memandang Dahlia.. "abang.. sayang balik.. sayang cintakan abang.. sayang rindukan abang" ujar Dahlia sambil memandang Iskandar dengan penuh rasa sayang.. Iskandar waktu itu terus berubah.. "sayang" panggil Iskandar.. mata Iskandar mula berair.. tapi itu hanya beberapa saat sahaja.. iskandar terus menarik Dahlia kasar lalu menolak Dahlia kuat.. "arghh" Dahlia menahan sakit..
"kau ingat aku sayang kau ke haaa!!" Jerkah Iskandar dengan suara yang kuat.. "mana iskandar yang dulu?! Kau bukan Iskandar! Kau siapa?!" Tanya Dahlia kuat.. tiba tiba sebentuk cincin terguling menuju ke arah Dahlia.. Cincin itu betul betul berhenti dihadapan Dahlia
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...