"okey bang, nanti kerja elok elok. Kalau penat, rehat dulu" pesan Datin Damia yang sedang mengekori suaminya sampai ke kereta.. "hesyh awak ni, pesan macam sy nak pergi angkat benda berat.. saya duduk dekat pejabat, kerjanya mengadap komputer je.." Dato Amir perli isterinya. Datin Damia mengecilkan mata lalu memandang ke arah lain. "Eh abang, tu bukan kereta Dahlia ke? Bila masa dia balik?" Berkerut dahi Datin Damia, kata seminggu. Tak sampai 5 hari dah balik. "Semalam.. sy bagi dia cuti dua hari bagi dia rehat. Okey lah sy pergi dulu" Dato Amir menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Datin Damia.
Sebaik sahaja kereta suaminya hilang dari pandangan, cepat cepat dia masuk rumah nak jumpa anak bertuah perempuannya itu.. "Dahlia! Buka pintu ni.." Datin Damia mengentuk pintu bilik anaknya. "Masuklah, pintu tak kunci" laung anaknya. Entah apa yang dia tengah buat. Datin Damia menggeleng kepala. "Bertuahnya anak ni sorang. Balik tak bagitahu. Lepas tu bukan nak keluar sarapan pun. Lepas tuuuu terus menghadap laptop kamu tu. Bagus lah bagus.. Nanti kalau dah khawin nak buat macam ni jugak ke?" Bebel Datin Damia. "Apa ibu ni cakap pasal tu pulak? Okey kalau pasal Dahlia balik tak bagitahu tu, kakak sorry okey.. haritu telefon kakak terjatuh dalam kolam. Ibukan tahu kakak tak ingat nombor telefon. Abah tahu sebab semalam kakak balik, abah tengah tengok tv." Terang Dahlia dengan muka bersalah.
"Okey okey. Ibu pun nak mintak maaf" Datin Damia memeluk anaknya erat. "Nak jadi isteri orang dah" Kepala Dahlia diusapnya lembut. "Ibu ni.. suka kaitkan dengan bab tu." Dahlia keluar dari pelukan ibunya. "Kenapa ni? Dahlia tak suka ke? Bukan Dahlia okey ke haritu? Ke Dahlia nak tarik balik? Dahlia jangan buat hal. Tarikh korang dah nak dekat." Riak risau dapat dilihat di wajah Datin Damia. Dahlia mengangguk. "Okey.. sorry.. Dahlia tak patut buat macam tu. Buat tak ambik tahu pasal ni. Lagi pun Dahlia dah tak boleh nak tarik balikkan, sebab Dahlia sendiri dah setuju dengan siapapun yang ibu abah terima dan terima apa pun keputusan. Lagi pun takkan Dahlia nak malukan ibu abah. Kan tak pasal pasal dua pihak bergaduh sebab cakap tak serupa bikin. Haritu setuju tiba tiba takde angin ribut nak batal."Dahlia mengenggam erat tangan ibunya."Dahlia dah move on dengan Iskandar" Dahlia mengeluh. Sukar untuk dia ucapkan.
Apa yang buatkan Dahlia setia dengan Iskandar memang bernilai kerana perasaan tu muncul dari persahabatan yang baik. Wajah Datin Damia berubah sebaik mendengar nama Iskandar.. "Okey.. majlis akad nikah bila?" Dahlia mengguriskan senyuman dibibirnya. "Dalam 3 minggu lagi. Semua dah ada, sebelah lelaki uruskan. Cuma tunggu nak buat je. Lagi satu tunggu pengantin je nak ukur baju untuk majlis nanti. Nanti kamu ada 3 majlis dalam 2 hari. Hari pertama, kamu bertunang pada petang tu. Malam akad nikah. Hari kedua, majlis bersanding" jelas Datin Dahlia. "Banyaknya masa nak ambik" komen Dahlia berkerut mukanya. "Tadi kata terima je keputusan" Datin Damia mula nak naik asap di kepalanya. "Eh baik baik" Dahlia tersengih.
***Keesokan hari
"Eh kau masuk kerja hari ni? Dato cakap kau cuti harini." Terserempak pulak Irdina dengan Dahlia dekat parking kereta. "Banyak lagi kerja aku nak kena buat dekat sini. Jom lah naik sama sama" Dahlia menolak Irdina memasuki premis milik ayahnya itu.
***"Pagi Cik Dahlia" staf disitu gembira menyambut Cik Dahlia, Boss muda kesayangan mereka. "Pagi semua, kerja elok elok tau. Kalau ada apa apa bagitahu saya ye" itu lah yang selalu diucap Dahlia kepada semua stafnya. Sebab itulah stafnya sayangkan Dahlia yang baik hati itu. "Saya masuk bilik saya dulu ya. Fighting!" Senyuman Dahlia dilemparkan kepada staf lalu masuk ke biliknya
"Bunga? Macam mana dia tahu aku masuk office hari ni? Segar lagi ni, takkan yang kelmarin dulu" segala begnya diletakkan ditempat sepatutnya dan bunga itu dicapai lalu Dahlia duduk di atas kerusi empuknya. Dibelek belek bunga rose merah itu. Surat.
"Assalamualaikum... Bakal isteri.. macam mana, suka tak dengan bunga ni? Saya harap awak suka la. Mesti awak pelik macam mana saya tahu awak masuk office hari ni kan? Alaa takpe biar saya jawab. Saya tanyaaa... Bakal mak mertua saya lah.. hahaha.. okey lah, selamat berkerja BAKAL ISTERI KU❤️"'First day aku balik dah hantar bunga dah? Hmm.. nanti dah khawin takde dah semua ni.. dah bosan dah hadap muka nanti. Adam adam~ berani jugak dia letak bunga ni kat atas meja aku, kalau lah abah nampak' Dahlia tersengeh sorang sorang lalu menggelengkan kepalanya. "Haih tersengeh sengeh. Kalau nak bercinta baik tak payah datang office." Tersentak Dahlia mendengar suara Dato Amir. Kantoi. 'bila masa abah ada dekat pintu aku ni' bisik hatinya. Dato Amir menutup pintu bilik anaknya lalu menarik kerusi didepan anaknya untuk duduk.
"Suka dapat bunga dari bakal suami?" Soal Dato Amir. Dahlia diam. "Kenapa masuk office? Kan abah bagi cuti? Degilnya laaa. Abah nak kamu balik sekarang." Dato Amir membuka telefonnya lalu menelefon seseorang. "Abah call siapa?""bakal suami awak" balas ayahnya sepatah. "Hello, bbaakal anak menantuu, datang dekat pejabat bbakal isteri awak sekarang" sengaja Dato Amir menekan nada suaranya ingin mengusik Dahlia. Dahlia membuntangkan matanya.
***Pintu pejabat Dahlia diketuk dari luar. "Masuk" laung Dato Amir. Bulat mata Dahlia melihat lelaki yang memasuki biliknya itu... "Iskandar"
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...