"waa cantiknyaa wife kau is" itulah pujian yang selalu di dengar Dahlia. 'cantik sangat ke aku ni?' setelah satu jam mereka berdua duduk diatas pelamin akhirnya mereka turun dari pelamin selepas sesi penggambaran selesai bersama rakan rapat mereka.. keluarga Iskandar yang tunggu mereka dari tadi nak pulang akhirnya dapat bercakap sebentar.. yelah nak curi masa pengantin bersanding bukan senang.. "Angah kitorang dah nak balik ni. Angah elok elok ye duduk rumah orang. Jaga isteri kamu ye. Jalankan tanggungjawab sebagai suami. Dahlia tengok tengokkan is ye.. kalau apa apa report je umi" Datin Alia memegang lembut lengan Dahlia. Iskandar mengangguk.
"InShaAllah umi" Dahlia menyentuh tangan Datin Alia yang sedang memegangnya. "Ingat jalankan tanggungjawab kamu dalam rumah tangga" tegas Dato Hadi. "Baik abi" balas Iskandar. "Angah~" kini kakak sulongnya, Nurin dan adik perempuannya, Nadirah mengusik Iskandar. "Sempat ye nak usik angah. Dah dah, dah nak balikkan?" Iskandar mencubit lengan mereka. "Amboi. Tengok tu umi abi. Angah halau kitorang, mentang mentang dah ada isteri" Nadhirah menjebek. "Tau.. apa laa awak ni" Dahlia mendongak sedikit untuk melihat wajah iskandar. "Okey laa. Kitorang balik dulu ye. Assalamualaikum" Dato Hadi mula mengakhiri perbualan.. "waalaikumussalam" iskandar dan Dahlia bersalaman dengan keluarga Iskandar. "Drive elok elok abi" kini Dahlia mula beraksi sebagai menantu.
***Bila keluarga Iskandar hilang dari pandangan mereka berdua, mereka berpaling ingin menuju ke atas pentas. "Cik Dahliaa" serentak dua lelaki memanggil nama Dahlia dari belakang mereka.. mereka berhenti melangkah dan berpaling serentak. "Qameel.. Shafieee.. eh shafiee datang jugak, ingat tak datang.. sorry laa jauh jauh.. terima kasih jugak sebab sudi datang even jauh pun. Datang dengan siapa?" Dahlia terkejut melihat Shafiee.
"Kawan kebetulan dia nak datang kat area ni" jawab Shafiee tersenyum.. "Qameel? Datang sorang?" Kini Dahlia sapa Qameel pula. "Haah" "hey bro" Shafiee menyapa Iskandar. Qameel dan Shafiee bersalaman dengan Iskandar. "Padan" puji Shafiee. "Thanks. Jemput makan" pelawa Iskandar. "Okey. Jom bro sekali" ajak Qameel. Shafiee mengikuti Qameel. Sebaik sahaja Qamel dan Shafiee pergi Iskandar memandang Dahlia. "What" Dahlia mengangkat kening. "Tu Qameel. Satu lagi tu siapa?" Soalan serius dah bermula. "Just friend. Jom" Dahlia mula mengangkat langkah. Tangan Dahlia ditarik cepat cepat. "Ahhh" Dahlia terjerit sedikit. Dahlia hampir terjatuh lalu sempat disambut Iskandar.
"Siapa diorang?" Tanya Iskandar lagi sambil merenung Dahlia yang sedang berada dalam sambutannya itu. "Uuuuuu" Dahlia mendengar bunyi sorotan ramai. Cepat cepat dia bangun. "Awak jangan macam macam ea depan orang ramai. Kalau awak nak tahu sangat, boleh. Malam ni. Saya pun ada benddeeee nak tanyyaaa awak ye" nadanya ditekankan saat menyembut perkataan 'bende'. Iskandar berkelip. "Dah jom" Dahlia menarik tangan Iskandar, kalau ditinggalnya Iskandar kat situ, tak manis pulak tinggal suami terpinga pinga depan orang ramai.
***"Sweetnya mereka berduakan" puji Shafiee ketika sedang menjamu jamuan dengan Qameel. "Ermm" jawab Qameel. "Eh kau kawan satu universiti ke dengan Dahlia?" Tanya Qameel. " Tak lah. Kitorang kenal masa Cik Dahlia datang menginap dekat chalet kat terengganu haritu.." jawab Shafiee. "Kau sukakan Dahlia ke?" Tanya Qameel lagi. Tersedak Shafiee dibuatnya. "Apa punya soalan kau ni. Memang tak lahh.. lagipun aku dah tahu dia dah nak khawin masa kat terengganu tu" jawab Shafiee berkerut.
"Yang kau tanya ni kenapa? Kau suka dia? Kau jangan" soalan itu ditanya balik kepada Qameel. "Eh tak laa.. aku tanya kau mana tahu kau ni akan jadi perosak rumah tangga orang macam rumah tangga orang lain yang berkecai kerana orang ketiga sebelum ni." Jawab Qameel selamba.. "eh sedap mulut kauu. Baru je kenal, main kasar nampak dengan aku" Shafiee menggeleng. "Ambe gura je boh. Lagi pun aku tahu tuduh tu tak baik" Qameel mengangkat kening berkali kali.
"Hmm.. merosak rumah tangga orang pun tak baik. Kau ingat tu! Kalau aku dengar apa jadi dekat diorang sebab kau siap!" Warning Shafiee yang sudah siap menjamu jamuan. "Eh asal pulak?" Tanya Qameel "sebab kau tuduh aku manatahu kau yang jadi macam tu nanti" Shafiee tersengeh. "Amboi kauu tuduh nampak. Okey. Baik. Aku pun serang kau kalau kau yang buat" Qameel tak puas hati. "Ini tak tuduh.. okey setuju" Shafiee mula setuju. Masing masing ketawa serentak. "Adoii. Kenapa sibuk pasal diorang. Baik buat kerja sendiri" Qameel menggeleng kepalanya. "Tu lahh. Bab sembang tu kencang" sambut Shafiee yang jugak tergelak.
"Adoi sempoi la kau ni.. nah" Qameel hulurkan kadnya kepada Shafie.. "biasa bro. Thanks" Shafiee menyambut kad Qameel. "Ur welcome.. kalau ada apa apa roger aku. Kalau boleh.. kau call aku secepat mungkin ye, boleh aku save nombor kau.. senang aku kalau sesat dekat terengganu tu" ujar Qameel. "In Sha Allah. Okey laa nak kene slow2 gerak dah ni. Assalamualaikum. Sorry tinggal bro. Biasalah tumpang kawan kan kene cepat" Shafie berdiri dari kerusinya. "Waalaikumussalam. Sorry tangan kotor" jawab Qameel yang sedang menjamu sedikit lagi makanannya.. " Takpe same lah kita" Iskandar mengangkat tangan kirinya lalu menuju ke sink untuk mencuci tangannya.
***"Cik Dahlia.. saya nak balik dah.. Encik Iskandar.. kalau nak honeymoon ke, boleh la datang dekat terengganu.. cantik jugak pemandangan" sempat lagi Shafiee promote Terengganu Darul Iman. "Emm InShaAllah. Hati hati balik tu jauh" Iskandar cuba melayan Shafiee dengan baik walau ada sedikit perasaan cemburu. Ye lah dia mengaku Shafiee tu handsome, putih, lepastu nampak sangat baik mestilah perempuan mudah cair. Lagi lagi isterinya saja yang kenal Shafiee tu..
"sorry encik Iskandar.. saya tahu yang encik iskandar mesti tertanya saya siapa.. jadi saya tak nak awak salah faham.. saya kawan Dahlia dekat terengganu. Kami kenal dekat situ.. Saya dah tahu dia nak nikah haritu, so encik Is jangan salah faham ye. Harap encik is sudi lah kawan dengan saya jugak" Shafiee memperkenalkan dirinya. "Ehh takde hal bro. Boleh boleh.. panggil Is je.. takyah encik" iskandar menepuk bahu Shafiee. "Okey lah is, Dahlia, kene gerak dah ni. Semoga bahagia bro" Shafie bersalaman dengan Iskandar lalu meninggalkan mereka berdua.
"Macam mana? Okey tak? Ke nak saya tutup muka awak yang cover malu tu?" Sindir Dahlia. Iskandar tersengeh malu.
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...