Jujur Dahlia rasa tidak selesa bila dapat tahu Qamel tu bekas 'kenalan'nya dahulu. Tapi apa yang dapat Dahlia lakukan, dia terpaksa untuk cuba menyelesakan dirinya untuk berkerjasama dengan Qamel.
"Okey la kalau cik Dahlia dah setuju dengan cadangan saya. Saya pergi sambung kerja saya ye" Qamel beredar dari bilik Dahlia dengan semangat yang berkobar kobar apabila cadangan bernasnya itu diterima oleh Dahlia. Anak mata Dahlia hanya mengekori kemana Qamel pergi sehingga hilang dari pandangannya.
Flashback
Seperti biasa, Dahlia akan membuka facebooknya setiap kali balik sekolah untuk melihat mana tahu ada mesej dari Qamel.. ye lah kan masing masing sekolah lain.. masing masing tak pernah jumpa, namun ikatan itu menjadi kerana kawan mereka memperkenalkan Dahlia dengan Qamel. Ye lah kawannya tahu Dahlia sedih melihat Iskandar ketika itu yang sedang gembira bercinta dengan perempuan pilihannya. So kawannya mencadangkan Qamel buatnya.. 'aku boleh buktikan aku tak perlu iskandar' detik hati DahliaKali ini Dahlia menekan mesej daripada Qamel
"Saya nak putus"- Qamel
"Kenapa?"- Dahlia
Qamel tidak menjawab persoalan Dahlia.
"Its okay kalau awak nak putus jugak"- Dahlia
"Erm"- Qamel
***Beberapa tahun kemudian.
"Eh Sarah, kau mesti kenal Qamel. Kau kan satu skolah rendah dulu dengan dia." Kebetulan pula Dahlia mula kenal rakan Qamel. "kenal" sarah melayankan sahaja Dahlia ketika itu. "Aku sebenarnya pelik.. kenapa dia mintak putus dengan aku haritu. Kau tahu tak kenapa?" Dahlia kini memandang sarah dengan serius.Sarah yang mendengar setiap bait percakapan Dahlia mula berubah reaksi mukanya. Seperti ada menyorokkan sesuatu. "La korang pernah bercinta ke?" Sarah mula berlakon tenang.
***"Zara, kenapa dengan Sarah tu? Bila aku tanya dia pasal ex aku, muka dia terus berubah." Kini Dahlia membuat keputusan untuk tanya Zara iaitu rakan karib Sarah. "Sebenarnya, sarah ada cakap yang waktu kau tanya pasal qamel, dia sedang bercinta dengan qamel. Tapi dia mintak putus dengan Qamel bila dia tahu rupanya Qamel mintak putus dengan kau semata mata nakkan dia. Dia tak nak kau kecewa bila kau tahu yang Qamel curang dengan kau.. lagi lagi dia punca qamel mintak putus dengan kau" terang Zara satu persatu dengan jelas.
Flashback tamat
'Bodohnya aku dulu, aku bercinta dengan orang yang aku tak cinta dan orang tu pun tak cinta kan aku. Semata mata aku nak buktikan yang aku tak cintakan iskandar.' omel hatinya.
"Dahlia.. lia!" Irdina yang dari tadi memanggilnya akhirnya menepuk meja pejabat Dahlia kuat kuat supaya Dahlia sedar kehadirannya. "Y.. e.. ehemm.. ye?". Dahlia membaiki suaranya yang serak. "Kau fikir apa sampai nak bercantum kening tu" irdina menggelengkan kepalanya.. "takde apa lah. Kenapa kau masuk bilik aku ni?" Tanya Dahlia yang sedang membaiki penampilannya. "Iskandar ada call aku, dia cakap nak jumpa kau lunch nanti. Dekat cafe BG katanya." "Ouh okey." 👌
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...