"ha dah sampai dah.. bagus tak lambat. Lulus" Dato Amir menepuk bahu Iskandar. "Tq. Erm Dato saya nak bincang dengan Dato pasal kerja saya sekarang. Dato free tak?" Tersenyum manis Iskandar di pagi hari. "Erm Abah, Dahlia masuk pejabat dulu ea" Dahlia meninggalkan ruang umum itu selepas ayahnya mengangguk. "Okey, jom masuk bilik saya" Dato Amir melangkah ke arah biliknya dan diikuti Iskandar.
***"Okey mulakan" tenang sahaja nada Dato Amir. "Haritu saya dah jelaskan kepada Dato' dan ayah saya tentang hal yang sebenar kenapa saya pilih tempat ni untuk berkerja waktu kita bertiga dekat restoran.. then dato setuju nak tolong saya. Dan saya dah janji nak gantikan tempat saya dengan kawan baik saya selepas saya selesai. Dato pun dah tengok hasil kerja kawan kan? Dato pun suka. So saya rasa dah sampai masa saya nak letak jawatan macam yang saya jelaskan sebelum ni. So saya terima kasih atas segala pertolongan Dato" serba salah jugak Iskandar nak mengucapkan kata kata itu. Bagi dia itu satu kerja yang bodoh. Menyesal pun ada jugak rasanya sebab buat kerja ni semata mata nak dapatkan Dahlia. Yelah, orang tempat kerja ialah tempat untuk orang nak serious.. nasib bakal ayah mertuanya faham iskandar yang penakut berterus terang dengan Dahlia.
Dato Amir ketawa kecil "Is is. Nasib saya ni sempoi. Hmm. Lepas ni saya taknak kamu jadi penakut lagi. Sebab saya taknak suami anak saya tak dapat jadi hero buat dia.. okey, esok kamu dah boleh bawak kawan kamu tu jumpa saya. Hmm.. Tapi, macam mana pulak dengan masalah kamu pergi tipu Dahlia yang kamu bankrup? Saya tak nak kamu koyakkan hati anak saya.. kalau tak siap kamu.. jadi pandai lah kamu ye. Tu lah pandai sangat menipu. Tanggung ye " Dato Amir mengecilkan matanya. Telan air liur Iskandar dibuatnya.
***"Cik Dahlia boleh tak kita jumpa? Dekat cafe biase kite meeting tu. Saya ada benda nak cakap ni. Lepas waktu kerja"- Qamel
"Ouh okey.."-Dahlia
Dahlia menekan butang send mesej.
***"Qamel? Ada apa ye?" Dahlia menghampiri Qamel yang sedang sibuk melihat handphonenya. "Duduk dulu. Order lah nak air apa?" Qamel mempersilakan Dahlia bekas kekasihnya untuk duduk. Dahlia sedikit tidak selesa. "Takpa, saya dah minum air yang Iskandar bagi kat saya tadi sebelum balik" Dahlia menolaknya sopan. "Tahniah dah nak nikah dah" Qamel tersenyum.
'silap aku lepas dia dulu. Cantiknya kau Eya. Takpe nak buat macam mana. Dia jodoh orang' bisik hati QamelDahlia turut membalas dengan senyuman. "Okey saya nak bincang sikit pasal projek kita ni." Qamel memulakan perbincangan. "Ouh sikit je kan.. boleh boleh" Dahlia sudah bersedia mendengar apa saja masalah projek yang perlu ditangani mereka berdua untuk kali ini. Selepas beberapa minit berbincang akhirnya mereka dapat selesaikannya. "Sorry lah Eya sebab ambik waktu lepas kerja awak. Sebab tadi saya busy sangat. Kebetulan saya tak boleh tangguh masalah ni ke hari lain" serba salah pula Qamel
Dahlia hanya tersengeh apabila panggilan mesranya 'eya' ketika dalam dilema cinta mereka dahulu disebutkan oleh Qamel sebentar tadi. "Erm maksud saya Cik Dahlia" Qamel cuba membetulkan semula apa yang disebutnya. "Sokay. " balas Dahlia pantas. "Awak boleh panggil saya Leya je lepas ni" Dahlia cuba selesakan dirinya. "Sebenarnya saya nak bagitahu awak apa yang terjadi sebenarnya dulu sampai saya mintak putus. Saya tahu awak tertanya tanya kenapa. Saya betul betul minta maaf" Qamel mengambil kesempatannya untuk bagitahu semuanya.
Dahlia kedengaran sedikit mengeluh. "Sebenarnya saya ..." Qamel teragak agak untuk beritahunya. "Sarah.." Dahlia menyampuk lalu memandang Qamel. Qamel kelihatan terkejut. "Sebenarnya awak cintakan Sarah waktu tu? Dan awak nak dapatkan dia so awak tinggalkan saya" sambung Dahlia tahan malu. 'bodohnya aku dulu layan zaman cinta monyet. Sepatutnya waktu tu aku sibuk study' bisik hati Dahlia. "Saya minta maaf" Qamel akhirnya meminta maaf seperti betul apa yang diberitahu Dahlia.
"Takpelah Qamel. Menda dah lepas. Saya pun dah tahu lama dah pasal ni. Saya nak terima kasih sebab awak ajar saya untuk tidak mudah jatuh hati dengan seseorang dan satu lagi tak buat benda haram tu lagi. Kalau awak nak tahu tu first dan last saya couple. Thankyou. Dah lupakan pasal ni.. kita mula dengan benda yang baru." Dahlia memaafkan Qamel dengan penuh ikhlas. "Tq too" Qamel mula lega. "Welcome. Okey la. Saya nak kene balik dah ni. Apa apa just tell me okey. Bye Assalamualaikum" Dahlia bangun dari kerusinya. "Waalaikumussalam" jawab Qamel senyum. Dahlia pun beredar dari situ
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...