Iskandar melambai lambaikan tangannya apabila melihat Dahlia sedang mencari cari dirinya. "Dahlia!" Dahlia menuju ke arah Iskandar dengan senyuman. Iskandar membalas senyuman itu dengan manis. Ye ini lah lelaki yang Dahlia menaruh harapan terhadapnya dari dulu sampai sekarang.
"Okey kerja hari ni?" Iskandar menekan meja itu dengan menyilamkan tangannya di atas meja itu sambil merenung Dahlia. "Okey!" Angguk Dahlia.. "kau?" Tanya Dahlia pula. "Ermm aku dah tak kerja. Asal asal aku kerja dengan ayah aku.. syarikat tu okey je tiba tiba satu hari kitaorang kene tikam belakang. Kitorang bankrup.." Iskandar mengacau air milo sejuknya itu dengan hambar.
"Kau bahagian akauntankan. Apakata kau pergi jumpa ayah aku, setahu aku jawatan tu ada kosong." Dahlia baru teringat yang ada jawatan kosong di syarikatnya. Sedikit demi sedikit ketawa Iskandar dikeluarkan. "Sebenarnya aku jumpa kau ni nak cakap aku dapat kerja satu syarikat dengan kau!! Aku dah jumpa dah ayah kau.." terkejut Dahlia apabila Iskandar mengangkat kedua tangannya horeyy. Ingatkan nak pukul. Terkejut aku
"Ayah kau cakap aku handsome. Then dia cakap aku boleh jadi menantu dia" iskandar mengangkat keningnya. Poyonya. 'biar betul' detik hati Dahlia gembira. "Tapi takkan aku nak khawin dengan kau kan?" Iskandar menyedup air minumannya. Hati Dahlia mula terguris. "Erm betul lah tu" jawab Dahlia hambar. Iskandar mencuri curi pandang Dahlia yang kelihatan tidak gembira.
***"Assalamualaikum" Dahlia pulang dengan wajah penat tidak perasan ada tetamu di ruang tamunya. "Dahlia, mari sini.." Datin Damia memanggil Dahlia yang kepenatan itu memandangkan ada tetamu. "Ni Adam datang" sambung Datin Damia.. 'adam?' Dahlia membulatkan matanya lalu menuju ke ibunya.
"Dahlia, aku datang nak merisik kau. Ni cincin" adam menghulurkan cincin yang sama seperti sebelum ini. Datin menggelengkan kepalanya melihat adam melakukan seperti itu. "Sorry." Dahlia naik ke bilik meninggalkan Adam yang terpinga pinga dengan ibu dan ayahnya. "Macam ni la Adam kalau awak berkenan dengan Dahlia awak datang merisik dia dengan cara yang betul" nasihat Dato Amir dengan baik. "Betul kata Dato. Kita ikut adat kita" senyum Datin Damia.
***Dahlia merebahkan badannya keatas katil lalu menekup mukanya dengan bantal.
'Bib' satu mesej masuk. Dahlia mencapai telefonnya dan menekan butang buka mesej itu lalu membaiki posisinya."Awak marah saya ke?" -Adam
"Tak, terkejut je dengan cara awak"- Dahlia
"Saya mintak maaf saya tak patut merisik awak macam tu"-Adam
"Its okay. Lain kali jangan ulang"-Dahlia
"Dahlia saya ikhlas sukakan awak. Kalau saya merisik awak, awak terima saya tak?" -Adam
"Dahlia?"-Adam"Apa aku nak jawab. Perlu ke aku terima dia? Tapi aku sukakan Iskandar. Ya Allah selfish ke aku ni tak fikirkan perasaan dia. Tapi aku ada hak buat pilihan hidup aku" soalan itu dibiarkan oleh Dahlia. Dia memerlukan sedikit masa.
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...