Bab 18

142 1 0
                                    

Selepas sahaja majlis sambut menantu selesai dahlia, iskandar dan adik adiknya menuju ke tempat penggambaran mereka berdua. Setelah jam hampir menujukkan pukul 6.30 petang baru lah mereka pulang ke rumah manakala ibu dan ayahnya sudah pulang lebih awal dari mereka "boleh tahan besar jugak rumah awak ye.. dah lama mana rumah ni?" Tanya Dahlia yang dari tadi liar melihat setiap sudut ruang rumah keluarga suaminya itu. "Sama je macam rumah awak besar.. ermm dalam 3 tahun macam tu." Balas iskandar dengan mata memandang keatas untuk mengingati kembali usia rumah itu. Dahlia mengangguk.. Nurin dan Nadhirah dari tadi berjalan dibelakang suami isteri itu saling bercuit cuit manja.. "tak caye pulak adik yang angah dah khawin.. kak long bila lagi? Bosan adik tunggu" bisik adiknya. "Lambat lagi lahh.. bakal suami kak long tengah busy sekarang carikan duit untuk masa depan kitorang.. adik apa tahu, nanti dia datang naik kapal terbang milik dia.. tak main laa kereta kereta nii.." balas Nurin dengan yakin. "Elehh.. berangan lebihh.. biar adik carikan je lah untuk kak long.. nak?" Usik Nadhirah..

" Haa angah.. boleh la angah bawak isteri angah masuk bilik, rehat.. nampak penat je muka korang lepas habis majlis sambut menantu tadi" pelawa Datin Alia yang baru muncul di ruang tamu itu.. "baik umi.. abi mana?" Tanya Iskandar. "Abi ada dalam bilik, rehat.. biasa lah dah berumur cepat penat" balas Datin Alia. "Kitorang naik dulu ye umi" kata Dahlia sopan. "Erm, naik naik.. pergi mandi rehatkan diri.. buat apa yang patut.. nanti turun makan malam sikit ye" pesan Datin Alia.. "korang berdua pun sama naik bersihkan diri" arah Datin Dahlia kepada Nurin dan Nadhirah. "Baik umi"
***

"saudara semua dah balik ke umi?" Tanya dahlia yang dari tadi tak ternampak mana mana keluarga besar iskandar. "Haah.. esokkan hari kerja" jawab Datin Alia yang sedang menuangkan air kepada Dato Hadi. "Ouhh" balas Dahlia.. "mana iskandar?" Tanya Dato Hadi. "Dia masuk tandas tadi, Dahlia dah nak tunggu dia tapi dia suruh Dahlia pergi dulu sebab dia takut umi dengan abi tunggu lama" jawab Dahlia serba salah. "Ouhh.. sakit perut ke?" Tanya Dato Hadi lagi. "Taklah. Berlawanan dengan tu" balas Dahlia tersengeh..  "Dahlia cuti berapa minggu kali ni?" Tanya Nurin yang duduk berhadapan dengan Dahlia di meja makan. "Seminggu je kak long. Sebab haritu dah ambik cuti seminggu" balas Dahlia dengan senyuman manis. dahlia yang baru sahaja menjadi salah satu ahli keluarga itu cuba selesakan dirinya dengan mereka. Nurin mengangguk.. "alaa kak ngah sambung lah sikit lagi cuti.. boleh luang masa dengan kitorang lama sikit" pujuk Nadhirah yang umurnya seperti sama dengan Adib..

"haaa pujuk apa tuu?" tiba tiba iskandar muncul. "Mana ada pujuk.. kitorang tengah mengumpat angah la. Kan?" Jawab Nadhirah. Dahlia ketawa kecil. "Dah dah. Jom makan" ajak Datin Alia
***

"Erm abi umi, is dah bincang dengan Dahlia.. is ingat nak pindah rumah is selepas habis seminggu ni..  rumah is beli baru ni.. dekat dengan rumah umi abi dan dekat jugak dengan rumah ibu abah.. biar adil sikit.." beritahu is yang baru menghirup milonya itu.. "ohhh.. okey lah tuu.. kan bang?"jawab Datin Alia. "Erm okey" balas Dato Hadi tersenyum.. dia tak kesah apa pun yang nak dilakukan Iskandar yang dah jadi suami orang tu asalkan mende baik.. lagi pun sebab memang itu yang dia nak supaya iskandar dapat belajar menjadi suami yang baik dalam menanggung semua benda sebagai seorang yang bergelar suami.. iskandar melihat Dahlia dengan senyuman..
***

"Awak, jauh lagi ke? Kenapa nak kene tutup mata? Takut lah" tanya Dahlia yang sedang berjalan macam bayi yang baru pandai berjalan kerana matanya ditutup dengan kain merah. Itu semua kerja iskandar.. katanya nak bagi kejutan. "Nak dekat dah, mestilah.. ni kan kejutan.. lagi pun kenapa nak takut?" Tersengeh iskandar yang sedang menolak Dahlia dari belakang.

"Ye lah mana lah tahu awak nak masukkan saya dalam longkang" balas Dahlia. 'ouh masuk dalam longkang ye' bisik iskandar yang tersengeh jahat kerana mendapat idea untuk mengenakan Dahlia. "Awak, kenapa belok kiri kanan banyak sangat.. berliku sangat ke jalan nak ke rumah kita.. keee.. awak kenakan saya yeee!" Geram pulak Dahlia. Iskandar ketawa terbahak bahak.. " okey okey. Dah sampai.. sayang dah ready dah? Abang buka ikatan penutup mata ni, bila abang kira 123 baru sayang bukak mata ye" arah iskandar.. Dahlia mengangguk.. "1.. 2...3.. open your eyes!" Terpegun Dahlia melihat rumah didepan matanya itu.. "waaa cantiknya awak.. ni rumah awak ke?" Tanya Dahlia yang terpergun dengan rumah itu.. "hesh awak ni.. rumah kita la" jawab iskandar sambil memegang tangan dahlia erat. "Jom kita masuk" iskandar menarik Dahlia pantas menuju pintu rumah.

 "Jom kita masuk" iskandar menarik Dahlia pantas menuju pintu rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana SetiaWhere stories live. Discover now