"cantik tak pemandangan dia?" Tanya iskandar.. "waa cantiknya abang.. jom ambik gambar.. boleh buat kenangan ni" Dahlia terus mengeluarkan telefonnya.. banyak jugak gambar yang diambil.. "cantikkan" iskandar tersenyum melihat keindahan malam itu.. dahlia turut jatuh cinta dengan suasana malam itu.. iskandar memandang wajah dahlia yang sedang khusyuk melihat keindahan malam kuala terengganu.. "sayang.. abang harap kita akan bahagia selalu.. sampai bila bila.. abang harap sayang akan selalu cintakan abang walau apa pun jadi.. dan abang nak sayang tahu yang abang sayang sangat sangat dekat sayang.. abang harap sayang percaya dekat abang.. sayang boleh buat semua tu?" Iskandar memegang tangan dahlia erat.. "kenapa abang cakap macam ni.. abang kalau nak tahu, abang lah yang sayang cintakan selama ni.. dari dulu sampai sekarang.. sayang tak pernah tak cintakan abang.. sayang percaya kan abang.. sayang percaya yang abang mampu buat kita bahagia sebab sayang percaya yang Allah dah tentukan jodoh yang terbaik buat sayang.. tapi abang kene ingat, kepercayaan ni berharga.. sikit saja yang terguris terus hilang sedikit kepercayaan tu.." Dahlia menatap mata iskandar dalam..
"Sayang tahu tak.. dengan adanya kesetiaan kita akan bahagia selalu. Sayang akan setia dengan abang walau apa pun jadi?" Tanya iskandar.. "sebelum ni sayang selalu setia dengan abang.. tapi kesetiaan itu kadang bergantung dengan keadaan.. sebab kesetiaan itu berharga, perit jika tersalah beri.. tapi sayang percaya abang takkan buat sayang terluka dan sayang akan cuba untuk selalu setia dengan abang... Walau apa pun jadi" jawab dahlia.. iskandar memeluk dahlia lalu mencium kepala dahlia.. air mata iskandar tidak dapat ditahan lagi..
"Kenapa abang menangis.. hey malu orang tengok nanti.. abang ada masalah ke?" Tanya Dahlia.. "abang mintak maaf kalau abang ada lukakan hati sayang atau akan lukakan hati sayang satu hari nanti.. tapi sayang kene ingat pada masa tu, sayang lah yang abang sayang sangat sangat.. dan cintakan sangat.. abang taknak kehilangan sayang.. i love u sayang" iskandar menggenggam tangan dahlia kuat dengan tangisan air matanya itu.. dahlia terdiam.. 'kenapa dia cakap macam tu? Mesti dia sorok kan sesuatu dengan aku.. lepastu dia taknak bagitahu aku sebab taknak aku terluka ni?' kini difikiran dahlia sudah ligat memikirkan apa yang berlaku dekat suaminya itu.. "okey abang.. abang istighfar banyak banyak.. jangan nangis macam ni.. sayang tahu abang sayangkan sayang.. sayang pun sayangkan abang.. abang, apa kata kita balik, kita bincang elok elok hal ni okey? Dah jom.. abang jangan lah hati lembik macam ni.. tak handsome tau.. dah.. jom balik, biar sayang drive kali ni.." pujuk Dahlia.. Dahlia memimpin iskandar untuk keluar dari bangunan drawbridge itu memandangkan Iskandar kelihatan begitu down..
***"Okey abang nak air tak?" Tanya Dahlia.. Iskandar diam.. "okey, abang duduk sini dulu.. abang tengok la tv dulu ke.. sayang pergi buat air kejap.." dahlia terus menuju ke dapur.. ketika itu, dahlia merasakan suasana homestay tersangat lah hening.. senyap tiada apa apa bunyi.. masing macam out of mood..
***Dahlia meletakkan satu mug milo dihadapan iskandar. Iskandar hanya merenung mug itu.. "okey, sayang rasa abang ada nak cakap sesuatu dengan sayang dari tadi.. apa tu? Cuba abang cerita dekat sayang" dahlia memandang iskandar ditepinya, berharap iskandar mahu ceritakannya.. iskandar diam.. "abang? Cuba abang share, bila abang share baru sayang tahu apa masalah abang" pujuk Dahlia.. dahlia memandang iskandar tidak berkelip..
"tak.. takde apa apa" itu sahaja yang dijawab iskandar.. iskandar langsung tidak mahu memandang dahlia.. dahlia sedikit kecewa.. sedangkan dulu, masing masing dah janji akan cerita setiap masalah yang dihadapi.. "ouh okey..takpe lah kalau abang tak nak cerita.. tapi abang kene ingat, dulu kita dah janji yang kita akan share apa saja masalah yang kita ada.. tapi takpe.. abang fikir lah dulu.. sayang nak masuk bilik.. nak rehat" dahlia bangun tinggal iskandar..
***
Iskandar yang sudah hampir 10 minit mendiamkan diri disitu akhirnya masuk kedalam bilik apabila teringat pesan ibu mertuanya.. jika ada masalah bincang elok elok.. iskandar duduk dikatil tanpa dahlia sedari.. "sayang" panggil iskandar.. dahlia menoleh lalu bangun menuju ke iskandar.. "abang sebenarnya.. ada masalah.. tapi abang harap dahlia percayakan abang.. macam yang kita cakap tadi.." kata iskandar sambil memegang tangan dahlia, taknak biarkan dahlia tinggalkannya jika ketika itu dahlia kecewa.. "apa dia abang?" Tanya dahlia.."Perempuan yang pregnant haritu, nama dia farah.. dia kawan satu projek dengan abang dulu.. kitorang tak lah rapat mana.. kitorang dah lama tak jumpa.. dah berbulan dah.. tapi haritu dekat kedai makan, dia jumpa abang.. dan dia cakap.. yang anak dalam kandungan dia tu... Anak abang" cerita iskandar.. waktu itu hati dahlia berkecai hanya Tuhan yang tahu.. Dahlia terduduk di depan iskandar lalu ditekup mulutnya.. air matanya mula mengalir.. iskandar pun turun dari katil lalu duduk berlutut dihadapan Dahlia.. "sayang.. sumpah.. abang tak tahu apa pun.. abang tak pernah sentuh dia.. percaya lah cakap abang.. abang tak tahu kenapa dia cakap tu anak abang.. sayang percayalah.. abang tahu sayang terkejut.. abang pun terkejut sayang.. sayang percayakan abang kan?" Iskandar peluk Dahlia.. "Allahuakbar.." Dahlia menangis teresak esak..
"Abang.." dahlia menggelengkan kepalanya.. iskandar memegang kepala dahlia.. "sayang.. sayang tengok mata abang.. sumpah abang tak pernah sentuh dia.. sayang percayakan abang kan? Sayang, abang takutt.. abang takut kalau semua tahu hal ni.. mesti diorang tak percayakan abang.. abang takut.. farah nak abang khawin dengan dia.. abang taknak.. abang sayangkan sayang.. abang perlukan kepercayaan sayang.." iskandar berdiri lalu pergi ke tingkap.. menangis seorang diri..
Dahlia bangun mendekati iskandar lalu dipeluknya.. "sayang percayakan abang" ucap dahlia.. "abang takut" balas iskandar.. "abang.. dah.. sayang percaya abang.." peluk dahlia erat___________
Maaf kepada pembaca 'Kerana Setia', kerana saya tidak dapat update cerita ini secepat yang mungkin atau erti kata lain, buat masa sekarang..kerana kali ini handphone saya terbanyaklah masalah. Saya akan cuba untuk update secepat yang boleh.. tapi saya mohon maaf jika saya lambat..😊🥺🙏
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...