BAB 12

148 3 0
                                    

"hari ni, saya benarkan awak cuti sekarang, ikut awaklah nak dating mana asalkan tempat tak sunyi.. tapi jangan sampai maghrib. Petang tu saya nak dia dah siap mandi dah dekat rumah saya.. bukan rumah awak ye.. Jangan bagi dia bawak kereta dia, dann.. esok pagi saya nak awak ambik dia datang office sebab kereta dia ada dekat sini. Ingat! ni bukan saya greenlightkan awak untuk dating dengan anak saya lepas ni, kali ni je peluang ni. Ingat lagi satu, anggap ni adalah saya nak uji awak dan kalau awak buat apa apa dekat anak saya.. siap.." tudiaaa berjelar Dato Amir memberi ujian sekaligus warning. "Okey saya pergi dulu. Dahlia apa apa call abah" Dato Amir menepuk bahu Iskandar lalu meninggalkan mereka berdua.

"So.. awak suka tak bunga tu?" Iskandar mula bersuara. Dahlia seperti kaku mahu membalas lalu hanya melemparkan senyuman yang teragak agak. "Okey.. tadi abah ermm sorry, maksud saya Dato dah bagi.... Kita nak pergi mana?" Soal Iskandar seperti tiada apa apa yang berlaku. 'ni mimpi ke? Bukan ke Adam yang.. Ya Allah aku pun satu tak tanya ibu dah kenapa?' bebel Dahlia dalam hati.. "erm hantar aku balik je lah" beraku kau masih lagi digunakn, ye lah mengejut jadi susah untuk biasakan diri. "Erm, okey macam ni, apa kata sekurang kurangnya kita pergi lepak dekat satu tempat je. Lepas tu saya hantar awak balik? Kita makan aiskrim?" Cadang Iskandar. "Erm" balas Dahlia
***

"Ye ma, Dahlia tu tak berpunya lagi. Iye.. minggu lepas saya dah jumpa Dahlia.. dia ca... kap... Ma nanti Adam call balik. Ada hal. Okey Assalamualaikum" Adam mematikan talian dengan ibunya. Berkecai hati Adam melihat Iskandar bersama Dahlia.
***

"Okey, pagi esok saya ambik awak tau. Lagi satu, cakap dekat mak awak, saya tak sempat nak borak sebab saya ada janji dengan kawan jauh saya nak jumpa saya. Okey? Saya pergi dulu" Pesan Iskandar sebaik sahaja pintu keretanya ditutup. "I love u Dahlia" ucap Iskandar. Merah muka Dahlia dibuatnya. "Erm" jawab Dahlia hambar. Iskandar menekan butang menaikkan cermin keretanya.

Selapas kereta Iskandar hilang dari pandangannya, Dahlia mula mengangkat langkah untuk masuk ke kawasan dalam pagar rumahnya yelah, si Iskandar tu hantar kat luar pagar..malu nak masuk dalam ni kejap.. sebab nak jumpa kawan. 'yang aku ni tak puas hati kenapa? Tadi kan main kekok dengan dia.. eh tapi.. haritu dia cakap family dia bankrup lepas tu macam mana dia ada BMW lepas tu nak urus semua bab majlis ni. Ni mesti dia sorok sesuatu dari aku ni' satu perasaan pelik timbul dihati Dahlia.

'ping!'
Dahlia berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar ejin kereta seperti kereta milik Adam lalu menoleh kebelakang. "Haih mamat ni, dia tak nak turun ke?" Dahlia mendekati kereta Adam lalu mengentuk cermin tingkap kereta. "Kau tak nak turun ke?" Soal Dahlia sebaik sahaja tingkap kereta diturunkan Adam. Adam menoleh. "Lelaki tadi siapa? Kenapa nampak macam dia mesra dengan awak?" Kelihatan muka Adam mula tegang. "Adam.. saya mintak maaf. Saya takde niat pun nak mainkan perasaan awak" Dahlia cuba memujuk Adam yang kelihatan kecewa dengan Dahlia. "Kecewanya saya Dahlia" Adam menggelengkan kepalanya.. "Adam, maafkan saya" lembut suara Dahlia memujuk Adam

Kring kring
"Hello ibu"-Dahlia
"Ibu ada dekat tingkap ni, ibu nampak Dahlia tengah cakap dengan orang dalam kereta. Siapa? Iskandar?"-Datin Damia
"Bukan. Adam"-Dahlia
"Hmmm... Okey macam ni ajak Adam masuk dalam, biar ibu jelaskan dekat dia. Nanti kamu masuk bilik kamu" -Datin Damia.
"Okey ibu" -Dahlia
Dahlia mematikan panggilan itu.

"Ibu saya nak jumpa awak" Dahlia bagitahu Adam yang masih dalam kereta itu. Adam menggelengkan kepalanya. "Adam please jangan macam ni. Ibu saya dah nampak dah awak. Ibu saya tahu kenapa ni semua terjadi. Ibu saya nak terangkan semua ni dekat awak. Tolong.. masuk..." Pujuk Dahlia. "Kenapa tak awak je yang terangkan dekat saya?" Adam memandang mata Dahlia dalam. Dahlia mengeluh. "Please" balas Dahlia.
***

"Dahlia jangan risau, ibu dah terangkan semuanya dekat dia. Dia okey je tu" Datin Damia menyedapkan hati Dahlia.. "erm okeylah macam tu.. harapnya begitu lah.. okey lah ibu, Dahlia nak masuk bilik tidur dulu." Dahlia bangun dari sofa lalu menuju ke tangga.
***
Bib satu mesej masuk. 'Adam!' cepat cepat Dahlia menekan notifikasi itu.
"Saya mintak maaf. Saya tak sepatutnya salah faham dengan awak. Ibu awak dah bagitahu semuanya dekat saya. Sorry"-Adam
"Takpe menda dah lepas. Saya pun minta maaf sebab saya dah mainkan hati awak"- Dahlia
"Tak. Awak tak salah. Saya yang lambat. Sepatutnya saya cepat. Tapi takpe, awakkan memang sukakan dia kan. Saya tahu yang awak sukakan dia dari dulu lagi. Saya faham. Semoga awak bahagia dengan dia"-Adam
"Thanks"-Dahlia
"Dahlia, thankyou sebab awak sudi bukakan hati awak buat saya haritu walaupun peluang tu sekejap. Saya hargai awak. Thankyou very much. Awak sorang yang samgat baik. Jumpa nanti di majlis"-Adam
"Okey.. thankyou adam untuk semuanya. Kita kawan"-Dahlia.

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now