Bab 17

138 2 0
                                    

"Adib, pergi kentuk pintu bilik kakak kamu, cakap dekat dia ibu ajak makan sarapan sama sama." Arah Datin Damia yang sedang membetulkan apa yang patut di meja makan. Adib yang memang berperangai malas untuk naik tangga itu terpaksa jugak menaikki tangga untuk mengejutkan kakaknya itu. "Hmmmm dah khawin pun tetap nak harapkan orang nak kejutkan. Baik takyah khawin. Malas lah nak naik tangga niii" sambil menaiki tangga sambil itulah Adib membebel. "Ibu dengar Adibb." laung ibunya.. Dato Amir hanya ketawa mendengar bebelan Adib itu.

"Kakakkkk! Kau buat apa lewat sangat, kitorang tunggu ni nak sarapan" teriak adiknya dari luar bilik. Dahlia terus menuju ke pintu lalu memulas tombol pintu. Tersengeh Dahlia melihat adiknya yang muka sudah masam mencuka. "Hehe.. korang makan lah dulu, kakak nak tunggu abang is bersiap kejap" tersengeh sengeh kakaknya.. "ahh takde maknanya. Ibu cakap dia nak sarapan sama sama. Cepat sikit. Aku naik lelah lelah tahu tak.." jawab Adib dengan muka tidak puas hati.

"Sayanggg hantarkan abang tuala.. abang lupa lah nak ambik tadi sebelum mandi.. alang alang tu mari lah join mandi dengan abang!!" laung Iskandar dari bilik air. Bulat mata mata Dahlia. 'iskandarrrrrrr.. kenapa? Kenapa?' bisik hati Dahlia. "Aku rasa aku bersalah sebab panggil kau.." adib menepuk dahinya lalu menggeleng. "Hehehe.. lupakan pasal tadi. Cakap dekat ibu abah kejap, 3 minit" balas Dahlia dengan muka yang sudah merah itu. "Hmm.. aku rasa kau tolong lah pakaikan abang is tu baju.. mana tahu cepat sikit kan" sempat lagi Adib mengusik Dahlia lalu pergi dengan ketawa terbahak bahak. Dahlia menutup pintunya lalu mencapai tuala. "Iskandarrrrrr!" Jeritnya.. iskandar dalam bilik air itu ketawa riang.. "hahahahah sorry sayang abang sengaja." Laung iskandar.
***

"Ha turun pun korang. Jom makan" Dato Amir yang dari tadi membaca surat khabar melipat surat khabar itu dengan cepat. "Sorry lambat" Iskandar meminta maaf dengan sopan. Adib tersengeh melihat iskandar. "Takpe biasa lahh tuu.. mesti lepas solat subuh tertidurkan.. kesian penat" jawab Datin Damia..  Dahlia dan iskandar duduk dikerusi hadapan Adib dan Datin Damia. "Macam mana kakak, dah ada isi?" Tanya adib selamba sambil mengangkat kening. Dahlia terus menyepak kaki Adib dibawah meja tanpa disedari Iskandar dan yang lain. Datin Damia terus menepuk lengan Adib. "Hesh apa ni tanya macam tu.. tak baik laa.." marah Datin Damia lembut. "Dah berapa lama tak cuci otak adik oi? Gatal" jeling Dahlia. dato amir dan iskandar saling berpandangan dengan sengehan.
***

"Sedapnya mee goreng ibu tadi. Banyak is makan sampai tak larat nak naik tangga" puji iskandar yang sedang menyandar di sofa ruang tamu itu. "ye ke. Terima kasihlaa.. Dahlia pun pandai buat mee goreng macam ibu buat.. boleh lah is makan mee goreng tu bila bila nanti" beritahu Datin Damia yang sedang gembira melihat mereka berdua. Adib dan suaminya sudah pergi melakukan kerja yang mereka perlu siapkan selepas makan sarapan tadi.. jadi dua insan tu je lah yang dia boleh borak bersama waktu tu. "La ye kee. Boleh la sayang buatkan untuk abang lepas ni.. nanti abang makan banyak banyak yang sayang buat.. tapi kalau abang gemuk nanti sayang jangan tinggal abang ye" iskandar memandang wajah isterinya itu yang cantik berseri. "Taklah" jawab Dahlia tersenyum. Iskandar mencubit pipi Dahlia..

"semoga korang happy sampai bila bila... Boleh la lepas ni bagi ibu cucu cepat cepat sikit.." usik ibunya.. dahlia kelihatan malu.. 'layak ke aku jadi seorang ibu sekarang?' detik hati Dahlia.. "InShaAllah tak lama lagi!" Semangat pula Iskandar menjawabnya.. Dahlia berkelip kelip melihat Iskandar. 'lelaki' detik Dahlia. " Ibu nak pesan ni...kalau apa apa jadi.. ada masalah ke dalam rumah tangga, bincang elok elok ye.. jangan bergaduh.. sama sama jadi air.. jangan dua dua jadi api.. ingat Allah.. doa yang baik baik" pesan ibunya serius. "InShaAllah" balas Dahlia dan Iskandar serentak.. "Dahlia.. kamu tinggal sini seminggu jee, lepastu kamu ikut suami kamu pulak la balik rumah ibu mertua kamu.. jangan homesick pulak ye" usik Datin Dahlia.. "dengar tuu.. ikut sua... Miii" kini Iskandar mula nak beraksi..

Kerana SetiaWhere stories live. Discover now