Hari demi hari Dahlia melihat agenda manis mereka.. ye,, walaupun Iskandar itu terpaksa berkhawin dengan Farah tapi itu tak bermakna yang Iskandar tak akan jatuh cinta dengan Farah.. Dahlia sudah dapat melihat yang Iskandar semakin hari semakin berubah.. Dahlia seperti sedikit terabai.. Tapi Dahlia tetap kuatkan dirinya demi rumah tangganya dan juga anaknya.. Belum ada masa yang sesuai lagi untuk Dahlia bagitahu Iskandar tentang kandungannya..
Usai solat subuh, Dahlia terus pergi ke dapur untuk membuat sarapan.. Sarapan yang dimasak Dahlia adalah makanan kegemaran Iskandar, mee goreng.. Teringat pula kenangan manis mereka sewaktu awal perkhawinan mereka, Iskandar sangat suka dengan mee goreng ibunya.. "aku harap Iskandar suka lah mee goreng ni" Tersenyum Dahlia. Dahlia cepat cepat naik ke atas untuk memanggil Iskandar dan Farah sarapan.. sebaik sahaja dia ingin mengentuk pintu bilik mereka.. Dahlia terdengar suara manja Farah.. "abang jangan laa.. hahaha.. nanti baby ni kata apa pulak".. "alaa gurau je, takkan baby nak kata apa pula dekat ayah dia kan" lembut suara Iskandar..
pintu bilik mereka tidak tertutup kemas membuatkan Dahlia boleh melihat sedikit ruang bilik itu.. Apa yang Dahlia nampak, Iskandar sedang mencium Farah.. berkecai hati Dahlia.. peritnya dugaan dimadukan.. Dahlia semakin hari semakin tidak tahan dengan mereka berdua.. sedih, tidak adil.. sudah berhari Iskandar seperti mengabaikannya.. Dahlia terkaku di depan pintu bilik mereka, termenung nasib.. Iskandar bangun dari katil lalu membuka pintu luas.. "eh Dahlia.. dah lama berdiri kat sini?" Tanya Iskandar.. Dahlia terkejut dari termenung.. "abang izinkan saya keluar dari rumah ni?" Sapp tiba tiba ayat itu terkeluar dari mulutnya.. "keluar? Kenapa?" Tanya Iskandar.. Dahlia tidak mahu menunjukkan dirinya seorang yang lemah jadi dia terpaksa menipu Iskandar..
"saya nak pergi bercuti dengan kawan saya.. kalau ikutkan kami kene bawak suami, tapi saya faham awak mesti nak jaga Farah kan?.. 3 hari je".. "bile?" Tanya iskandar lagi.. "kalau ikutkan petang nanti bertolak tapi saya nak keluar sekarang sebab nak beli barang keperluan sikit" jawab Dahlia tipu lagi.. Dia tak sanggup untuk melihat agenda manis mereka lagi.. "okey" balas iskandar.. " terima kasih.." Dahlia terus bersalam dengan Iskandar lalu pergi ke biliknya untuk mengemas baju.. "Dahlia! Awak tak balas lagi soalan saya.. sejak bila awak berdiri disini?" Tanya iskandar. "Ouh.. baru je.. saya nak panggil korang berdua makan.. pergilah..saya masak mee goreng.. saya dah makan tadi.. saya pergi bersiap dulu ye" Dahlia jawab dengan sedikit gagap.. Farah yang sedang membawa perut sarat itu pun pergi berdiri di sebelah iskandar.. "kenapa bang?" Tanya Farah.. "entah. Jom makan" iskandar memimpin Farah..
Dahlia hanya perhatikan mereka berdua di sebalik pintu bilik sewaktu mereka menuruni tangga.. "iskandar betul betul jaga Farah yang sedang mengandung tu.. bila aku boleh bagitahu dia pasal kandungan aku ni? Dia asyik sibuk, takde masa dengan aku, selalu tidur di bilik Farah.. kesiannya anak aku belum dapat kasih sayang ayahnya" Dahlia mengusap perutnya yang masih lagi belum kelihatan tanpa sedar air matanya jatuh..
***Dahlia membuat keputusan untuk menginap di hotel.. kebetulan sewaktu dia menginap di hotel itu bersendirian, alahan mengandungnya semakin membuat buat.. selalu saja muntah dan pening.. tiada langsung selera makan.. Dahlia baringkan dirinya di atas katil lalu menekan butang on tv.. Iklan aiskrim dikaca tv itu telah mengusik Dahlia.. terus Dahlia rasa mengidamkan aiskrim tapi dia sangat tidak larat.. dia tiada pilihan, Dia terus call Irdina suruh belikannya aiskrim..
***Dindong
Dahlia cepat cepat melihat siapa didepan pintunya lalu membuka pintu.."Sampai pun.. masuk lah.. nak aiskrim" Happy sungguh Dahlia.. "lambat betul kau jalan" ejek Irdina.. "aku tak larat la" balas Dahlia yang sedang berjalan menuju katil sambil mencekak pinggangnya.. Irdina menggeleng lalu meletakkan makanan dia ats meja.. "aiskrim?" Tanya Dahlia.. "takdenye.. kau kene makan ni dulu.. mak aku masakan untuk kau.. kau tu macam aku tak tahu.. mesti kau dah muntah banyak kan so kau kene lah makan ni dulu" pujuk Irdina.. " kau ni kan.. baik aku tak payah panggil kau" merajuk pulak Dahlia.. "okeyy kau jangan lah merajuk.. lepas kau makan ni kau makan lah aiskrim sepuas kau.. kau ingat aku tak beli ke?" Irdina mengeluarkan sebekas aiskrim orea lalu meletakkannya ke dalam peti.. tersengih Dahlia
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...