Cuaca di Kuala Terengganu sangat baik ketika itu.. Dahlia berdiri sambil memeluk tubuh di satu tanah lapang sambil melihat kemegahan Drawbridge itu.. Ingatannya masih kuat teringatkan apa yang berlaku antara dia dan Iskandar di Drawbridge itu.. "Leyaa.. awok wat(buat) mende sini?" Tegur Shafiee dari belakang.. terkejut Dahlia.. "bile sampai? Dop kabo(tak beritahu) pun.." tanya Iskandar.. "semalam.. hahaha sorry.. saya datang tak plan pun" jawab Dahlia sedang cover perasaan.. "ohh tido lain ke? Dop tido kat chalet saya kerje ork?" Soal Shafiee.. Dahlia menggeleng sambil senyum.. "hahaha sorry.. apelah aku ni tanye gitu.. ikut ye ar nok tido mane pung.. ingat kat Terengganu ni chalet tu je ke ade?" Bebel hati Shafiee
"Iskandar mane?" Tanya Shafiee.. tiba tiba bulu romanya naik.. sampai kepala rase seriaunya.. "ermm tt-tak de" jawab Dahlia sedikit tersangkut.. Shafiee memandang Dahlia, semakin lame semakin badannya rasa sesuatu.. "kenapa pandang macam tu" tanya Dahlia.. "leya lame mane doh mari sini?" Tanya Shafiee serius.. "dalam nak masuk seminggu" jawab Dahlia.. "Leya takmboh(tak nak) balik gi ke?" Tanya Shafiee.. "Ermm..." Dahlia tidak tahu apa yang perlu dijawabnya.. "babpe(kenape) takmboh balik?" Tanya Shafiee lagi.. "kenapa awak sibuk nak tahu?" Tanya Dahlia hairan.. "awok baloh(gaduh) ke?" Tanya Shafiee tidak menjawab soalan Dahlia tadi.. Dahlia mengangkat kaki ingin meninggalkan Shafiee.. "leeya" panggil Shafiee tapi Dahlia mengendahkannya.. "Allahuakbar" itu yang keluar dari mulutnya.. sebenarnya Shafiee ini mempunyai kemampuan dapat merasakan atau dapat melihat sesuatu benda itu.. dulu abangnya, tapi sejak abangnya mendapatkan rawatan ustaz lalu ianya turun kepada Shafiee..
***Beberapa minit selepas solat dan berdoa kepada Sang Pencipta agar memberinya petunjuk yang sebenar buatnya untuk membaiki rumah tangganya yang hancur itu, tiba tiba matanya terasa mengantuk yang amat.. Dahlia tanpa membuang masa pun terus tidur. Baru beberapa saat dia terus terlelap..
"Sayang, bile nak balik? Abang takut"
"Sayang, abang tak boleh buat apa apa sayang"
"Sayang, abang tak boleh lawan"
"Sayang, percayakan abang"
"Sayanggg!! Jangan lariiiii""Abang?" -Dahlia
"Kau tanam ape tu?" -Dahlia
"Aku tanam benih bunga"- unknown
"Eh dah keluar bunga" -Dahlia
"Tapi kenapa buruk sangat?" Dahlia
"Buruk?"- unknown (tersengeh dengan sengihan menakutkan)
Unknown tiba tiba hilangDahlia mencari cari orang itu tidak kelihatan lalu memandang tanaman itu.. bulu romanya naik lalu memandang ke hadapan..
"Rumah? Kenapa aku ada kat rumah aku dan Iskandar? Tadi aku dekat lain.." Dahlia perlahan lahan memandang kebawah, pada tanaman itu tadi.. terkejut Dahlia.. "Allahuakbar!!!" Jerit Dahlia.. Tanaman itu bukan lagi bunga tapi sesuatu yang menakutkan yang cuba menyerang Dahlia.. "Allahuakbar!!! Tolongggg!!" Jerit Dahlia
"Sayanggg, jangan lariii!! Abang takut!! Abang tak boleh lawan.. abang sayangkan sayang" jeritan iskandar kedengaran, namun Iskandar tidak muncul muncul.. "kau takkan hidup bahagia dengan dia" kasar suara itu
"Allahuakbar!!! Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim." Dahlia terkejut dari mimpi ngerinya itu terus beristighfar acap kali.. jantungnya berdegup laju.. berpeluh Dahlia
Bip! Satu mesej masuk
"Ade bende saye nok kabo kat awok" - Shafiee
****"Sayang, bile sayang nak balik? Abang rindukan sayang" bisik hati Iskandar sambil menilit cincin Dahlia..
"Ape yang kita nak buat ni?" Tanya Dato Amir.. Keluarga Iskandar dan Dahlia berkumpul di ruang tamu rumahnya Iskandar untuk membincangkan keadaan Iskandar yang semakin hari semakin pelik.. "saya rusing dengan iskandar.. dia kalau kita cakap tentang topik biasa dia okey.. tapiii kalau cakap pasal Dahlia, mula mula okey lepastu tiba tiba jadi marah tak tentu pasal" jawab Datin Alia.. "Adib rase macam ada yang tak kene dengan Iskandar" celah Adib.. "tak kene? Maksud Adib?" Tanye Dato Hadi.. semua tumpukan Adib.. "Adib tak berani nak jawab.. Tapi Adib rasa kita perlu rawat Iskandar.. rawat cara Islam" jawap Adib.. "Kak long tahu sorang ustaz ni.. nanti kak long bawak dia datang sini" beritahu Nurin..
***"Ape yang awak nak cakap tu?" Tanya Dahlia.. "saya cadangkan lebih baik kalu awok balik rumoh awok derah.. ade sesuatu yang dop kene pada iskandar" pesan Shafie.. terkejut Dahlia.. "ape maksud dia ni? Ade kaitan ke dengan mimpi aku semalam?" Detik Dahlia.. "maksud awak?" Tanya Dahlia ingin tahu dengan lebih jelas.. "sebenarnya haritu mase saye jupe awok kat Drawbridge tu, saya dapat rase sesuatu.. sesuatu yang dop kene antara awok dengan Iskandar yang boleh buat awok dua orang baloh.. macammm.." serba salah Shafiee nak bagitahu.. "ada orang yang buat sesuatu dekat rumah tangga saya?" Tanya Dahlia berdasarkan apa yang dia faham dalam mimpinya semalam.. terkejut Shafiee.. "semalam saya mimpi sesuatu yang pelik.. dia tanam sesuatu dekat rumah kitorang" jawab Dahlia apabila melihat Shafiee terkejut mendengar jawapannya tadi.. "Astaghfirullahalazim" Shafiee beristighfar mendengarnya.. kadang mimpi itu adalah petunjuk.. "mungkin ini pentunjuk yang Allah berikan dekat aku" fikir Dahlia..
"Saya nak balik sekarang" ujar Dahlia.. "kejap.. awak naik kereta awak datang sini?" Shafiee kenal Dahlia.. Dahlia memang suka pandu kereta datang Terengganu.. Dahlia mengangguk.. "saya rase kali ni awak dop leh (tak boleh) balik sorang.. sebab sekarang risikonya tinggi untuk jadi sesuatu bila kita tahu pasal tu.. sy rase lebih baik saya dgn adik puang saya akan temankan awak balik, dia pandai sket dari saya bab ni.. pasal kerja sy awok jangan bimbang.. saya akan mitok cuti emergency" ujar Shafiee.. "kalau macam tu, kite kena bersiap sekarang.. takut nanti lewat sampai.. ke sana dalam 4 jam.. sekarang pukul 4 petang.." ujar Dahlia.. "okey" Shafiee dan Dahlia bergegas pulang untuk bersiap apa yang patut..
***"Abang, Ayu rasa baik kita berhenti RnR.. solat jamak maghrib dan Ishak.. sekaligus kita doa supaya perjalanan kite selamat.." cadang Ayu.. "okey kat papan tanda tadi dah nak dekat RnR tu" ujar Shafiee.. sudah nak dekat 10minit tapi still tak jumpa jumpa RnR.. "bukan tadi papan tanda tunjuk dah dekat ke RnR? Kenapa tak sampai dari tadi?" Tanya Dahlia sambil memandang Shafiee yang sedang duduk di depan memandu keretanya itu.. "Mari kita baca ayat Kursi" ajak Ayu.. mulut masing masing berkumat kamit membace ayat kursi.. mereka ibarat lalu di tempat yang sama sudah hampir 5 kali.. 30 minit kemudia mereka akhirnya sampai di RnR.. lega hati mereka..
***"Akak.. Ayu harap Akak kuat nak lawan bende ni.. dia senang nak kalahkan kita kalau kite lemah..satu je Ayu nak pesan.. Ingat, ape pun jadi.. Ingat Allah.. bergantung harap pada Allah.."pesan Ayu ketika usai solat.. "InShaAllah Ayu.." jawab Dahlia
"Okey? Semua dah ada? Jom.. dah pukul 9.. pukul 11 jugak ni sampai.. kite kene cepat" ujar Shafiee..
***Sorry lame sket dop update😕.. bulan puase ni nafsu tidur tu kuat hahahaha🤪😂.. maaf kalau ada yang menunggu🙏🏻😁 nok abih doh cite ni, dalam 1 or 2 bab lagi🧐🙂 mitok maaf skali lagi deh🙃
YOU ARE READING
Kerana Setia
RomanceMengisahkan kisah cinta diantara Dahlia dan Iskandar dimana rumah tangga mereka diuji oleh dua orang ketiga, Farah dan Adam.. . "Kenapa Farah ada dekat sini?" -Dahlia "Dia isteri saya yang sah. Saya minta maaf" -Iskandar . "Kak Leya saya minta maaf...