H - 18

246 23 3
                                    

Taehyung masuk bilik, dia datang dari bawah, dia baru je siap makan malam.

Taehyung ternampak kotak cincin tadi diatas katil. Pulang je dari pejabat tadi, taehyung terus letak kotak tu diatas katil.

Taehyung pergi mengambil kotak cincin tu.

Wajah jisoo terbayang didalam fikiran nya. Taehyung dah fikir masak-masak dia nak memperisterikan jisoo sebelum dia kehilangan jisoo.

Taehyung tak boleh hidup tanpa jisoo disisi nya.

Taehyung nak jisoo jadi isteri nya dan membahagiakan jisoo dengan cara nya tersendiri.

Pada malam ni juga, taehyung pergi melamar jisoo di depan parents jisoo. Terima atau tak, itu taehyung tolak ketepi asalkan dia mencuba dulu.

Taehyung letak cincin tu atas katil balik dan pergi ke closet untuk bersiap-siap nak pergi ke rumah jisoo.

Siap berpakain yang smart (Seluar jeans, baju t-shirt berwarna putih didalam dan coat berwarna hitam diluar). Taehyung keluar dari closet ambil cincin dan keluar dari bilik.

Sampai je di ruang tamu, taehyung tersempak dengan suga, suga baru je nak balik ke rumah nya selepas dinner dekat situ.

"Mr taehyung nak kemana? nak saya bawa kan ke?"

Soal suga. Dia nampak taehyung berpakain yang smart seperti hendak keluar.

"Its okay, awak boleh balik, saya nak pergi ke sesuatu tempat dan saya boleh drive sendiri"

Jawab taehyung dan dia pergi dari situ tinggal kan suga di belakang.

Taehyung masih bawa kereta buggati nya seperti pagi tadi, surat jisoo tadi masih dalam kereta itu.

Dalam perjalanan ke rumah jisoo, taehyung berhenti di sebuah tokoh bunga, dia membeli bunga mawar berwarna merah untuk jisoo.

Taehyung berharap jisoo suka bunga mawar tu.

🌷H🌷  

"Jisoo mana? tak dinner bersama kita ke?"

Soal jiyoung ayah kepada jisoo dan Joohyun. Dia tak nampak anak bungsu nya di meja makan bersama mereka.

Joohyun menoleh ke jiyoung dan jawab.

"Jisoo tak sihat pa, sebab tu lah dia tak turun bawah makan bersama kita"

"Sakit? sakit apa?"

Soal jiyoung lagi ingin tahu.

"Kata nya pening kepala sikit"

Yoona yang menjawab.

"So jisoo dah makan belum?"

"Wahai suami Ku yang tercinta yoona seorang ni, awak jangan risau saya dah suruh anak sulung awak ni pergi hantar makanan untuk anak bongsu kita tu"

"Yela-yela isteri Ku yang tercinta"

Kata jiyoung dengan suara yang super romantik.

Joohyun duduk disitu rasa nak meloya mendengar kemanisan antara jiyoung dan yoona.

🌷H🌷

30 minutes later,

Jiyoung, yoona dan juga joohyun duduk di ruang tamu menonton drama korea.

'Ting tong, ting tong'

Loceng rumah berbunyi tanda tetamu datang. Mereka bertiga semua pandang kearah pintu utama.

"Joohyun bangun pergi buka pintu, tengok siapa yang datang tu"

Arah jiyoung kepada anak sulung nya itu. Tanpa bantah joohyun bangun dari sofa dan pergi ke pintu.

Taehyung diluar rasa nervous sambil pegang bunga pada tangan kanan nya.

Pintu terbuka dari dalam, taehyung senyum pada seseorang perempuan di depan nya.

Joohyun pandang taehyung dari bawah ke atas.

"Boleh tahan juga handsome jejaka ni"

Joohyun mula cair tengok wajah ketampanan taehyung.

"Ini rumah kim jisoo ke?"

"Yes ini rumah jisoo, encik ni siapa?"

Kata joohyun laju.

"Haa... saya kim taehyung, kawan kepada jisoo"

Balas taehyung sikit gagap. Dia dan jisoo berkawan ke? Pagi tadi baru je dia berkenal dengan jisoo.

Dahi joohyun berkerut, sejak bila jisoo ada kawan lelaki selain seokjin, kenapa dia tak tahu pun tentang taehyung sebelum ni dan kenapa jisoo tak bagi tahu dia yang dia ada kawan lelaki setampan taehyung ni.

"Silakan masuk"

Suruh joohyun jemput masuk.

Taehyung tanggalkan kasut dan masuk kedalan. Taehyung ikut Joohyun dari belakang pergi ke ruang tamu.

"Papa, mama kawan jisoo datang"

Kata joohyun setelah sampai di ruang tamu.

Jiyoung dan yoona berpaling ke arah joohyun dan taehyung.

"Uncle, auntie"

Tegur taehyung senyum ikhlas dan bongkok kan badan nya nya tunjuk hormat kepada kedua-dua ibu bapa jisoo.

"Silakan duduk"

Pinta jiyoung.

"Joohyun, pergi panggil jisoo turun"

Suruh yoona pada joohyun. Joohyun pun apa lagi pergi lah panggil jisoo untuk turun bawah.

"Terima kasih"

Kata taehyung malu-malu, dia duduk depan jiyoung dan yoona.

Yoona bangun untuk pergi ke dapur untuk membancuh air untuk taehyung.

To be continued.....

🌺🌺🌺

Jangan lupa tekan bintang di bawah ni...

Sorry kalau ada typos ataupun silap.

Thank you....

    👇
    👇
    👇

HUSBAND Where stories live. Discover now