H - 19

239 22 4
                                    

Joohyun masuk kedalam bilik jisoo.

Jisoo sedang bersandar pada headboard sambil menangis. Dia masih lagi bersedih.

"Berhenti lah menangis, kau menangis air mata darah pun, dia takkan kembali ke pangkuan kau lagi"

Kata joohyun kesian tengok keadaan adik nya itu.

"Dan sekarang ni kau pergi pakai pakaian yang molek sikit, basuh muka lepastu ikut aku turun bawah, kawan kau datang"

Sambung joohyun.

"Kawan?"

Soal jisoo. Sejak bila dia ada kawan. Dia mana ada kawan selain seokjin dan nayeon tapi nayeon tak ada di korea, dia di finland sekarang ni.

"Yela kawan kau"

"Maksud kau nayeon?"

"Bukan"

Dahi jisoo berkerut kalau bukan nayeon siapa lagi, takkan seokjin pula, dia dah tinggalkan jisoo.

"Jangan banyak tanya, pergi bersiap sekarang, aku tunggu kau ni"

Joohyun landing buntut nya atas tilam empuk jisoo.

Jisoo pergi toilet dan berpakain yang molek sebelum turun dari bawah bersama joohyun.

"CEO taehyung dah berapa lama kenal anak saya jisoo?"

Soal jiyoung. Dia teruja apabila salah satu anak dara nya berkawan dengan  cucu kim nyungsoo, orang yang paling kaya di korea selatan.

Taehyung tergelak kerana ayah jisoo panggil dia CEO.

"Uncle, panggil saya taehyung je, tak perlu panggil saya CEO. Saya kenal jisoo baru-baru ni je"

Semasa jisoo turun dari tangga, dia terdengar ayah nya berborak dengan seseorang lelaki, jisoo pandang lelaki tersebut, memandang kan lelaki tu duduk mengadap ke tangga.

Kebetulan taehyung juga terpandang kearah jisoo. Jisoo membesarkan mata nya dan mereka saling berpandangan.

"Kim taehyung"

Bisik jisoo, dia masih ingat pada taehyung, lelaki yang bersama dengan dia pada pagi tadi.

Taehyung beri senyuman pada wajah nya. Jisoo senyum sikit.

"Macam mana dia tahu rumah aku? apa dia buat dekat sini"  

"Hah tu dia, jisoo dah sampai. Jisoo mari sini duduk bersama kami"

Kata jiyong kepada anak nya sudah sampai di ruang tamu. Jisoo duduk sebelah ayah nya.

"Kenapa jisoo tak bagitahu papa yang jisoo berkawan dengan taehyung ni?"

Soal jiyong.

Jisoo sepantas pandang taehyung, mereka berkawan ke? Dia baru je berkenalan dengan taehyung pagi tadi.

Jisoo hanya tersenyum kecil pada ayah nya.

Yoona keluar dari dapur membawa minuman untuk mereka.

Joohyun duduk sebelah yoona.

"Taehyung sii, apa tujuan awak datang ke sini?"

Soal jisoo, dia nak sangat tahu kenapa taehyung di sini di rumah nya. Apa alasan taehyung datang ke rumah dia?

Taehyung berhenti menghirup coffee dan letak atas meja.

"Saya datang sini dengan membawa hajat"

Taehyung berhenti bercakap, semua orang di ruang tamu itu termasuk jisoo sedang memandang taehyung.

"Di saksi kan oleh uncle, aunty, kakak awak dan awak sendiri jisoo"

Taehyung berhenti sekali lagi dan pandang mereka nervous.

Jisoo kerut kan dahi nya, ada apa dengan lelaki asing di depan dia ni menggunakan saksi-saksi bagai.

"Jisoo, saya tahu kita baru je kenal tapi saya tetap nak tunai kan hajat saya. Kim jisoo sii sudi kah awak jadi isteri saya, peneman hidup saya dan saya janji akan bahagia kan awak?" 


To be continued.....

🌺🌺🌺

Jangan lupa tekan bintang di bawah ni...

Sorry kalau ada typos ataupun silap.

Thank you....

    👇
    👇
    👇

HUSBAND Where stories live. Discover now