H - 29

221 21 5
                                    

"Atuk ini lah jisoo yang taehyung ceritakan pada atuk pada siang tadi"

taehyung dan jisoo berdiri didepan myungsoo sambil pegang tangan.

"Oh, ini lah jisoo, cantik orang nya sebab itu lah cucu atuk ni tergila-gila kan?"

kata myungsoo dan senyum. Taehyung pun turut senyum.

"Come here and give me warm hug my future grandchild in-law"

myungsoo buka tangan nya untuk berpeluk dengan jisoo.

taehyung lepas tangan dari jisoo
dan memberi hint ke jisoo untuk berpeluk dengan myungsoo.

jisoo dan myungsoo berpeluk. Keluarga taehyung dari orang yang baik.

"Welcome to this family dear, please make our taehyung happy in his life and atuk percaya jisoo boleh bahagia kan taehyung"

senyuman dari wajah jisoo terus kendur, boleh ke dia bahagia kan taehyung? adakah mereka berdua akan hidup bahagia.

🌷H🌷

One week later,

Taehyung dan jisoo telah jadi pasangan suami isteri yang sah.

First night mereka di rumah parents jisoo. Jisoo minta taehyung untuk tidur semalam di situ sebelum pindah ke rumah taehyung atau lebih tepat lagi rumah mereka berdua.

Di dalam bilik jisoo, pada pukul 10:30 malam.

Taehyung duduk hujung katil sambil menunggu jisoo keluar dari toilet.

Jisoo keluar dari toilet, dia nampak taehyung masih belum tidur.

"Kenapa tak tidur lagi?"

tanya jisoo, dia berjalan menuju ke meja make up untuk sapu cream pada muka sebelum tidur.

"Saya tak tahu nak tidur mana?"

jawab taehyung. Nak ke jisoo tidur satu katil dengan dia? jisoo sudi ke sebab tu lah dia menunggu jisoo keluar dari toilet dan bertanya.

"Katil tu kan besar, awak tidur lah situ. Saya tak kejam nak suruh awak tidur atas lantai"

balas jisoo.

Taehyung naik atas katil. Hari ini hari paling letih buat dia melayan tetamu walaupun tak ramai.

Mereka jemput orang yang dekat dan rapat saja. Majlis perkhawinan mereka tak terlalu besar atau terlalu mewah, sedang-sedang je.

Siap sapu cream pada muka, jisoo naik katil. Taehyung tidur sebelah sana dan jisoo sebelah sini. Mereka berdua tidur membelakangi satu sama lain.

"Saya janji saya tak akan paksa awak untuk lakukan hubungan intim suami isteri. Saya tahu awak terpaksa terima saya kan?. Saya beri masa pada awak. Saya hormat keputusan awak. Saya akan tunggu awak sampai hati awak terbuka untuk saya dan menerima saya dalam hidup awak"

kata taehyung penuh nekad. Jisoo gerak sikit kepala dia pandang taehyung.

"Thank you awak kerana telah faham dan hormat saya. Saya akan berusaha untuk buka kan hati saya untuk awak. Saya tak janji tapi saya akan berusaha"

balas jisoo terharu. Dia rasa sangat bertuah kerana dapat bertemu lelaki sebaik taehyung.

Taehyung senyum dan tak lama kemudian dia tertidur.

To be continued.....

🌺🌺🌺

Jangan lupa tekan bintang di bawah ni...

Sorry kalau ada typos ataupun silap.

Thank you....

    👇
    👇
    👇

HUSBAND Where stories live. Discover now