Chapt. 05

219 32 30
                                        

Ayuni dan Ian makan buah jambu dengan begitu berselera sekali. Entahlah pernah dibuat orang atau tidak bersarapan dengan buah jambu. Tapi, apa yang mereka hiraukan. Dalam keadaan darurat sebegini, tolak kayu dengan batu sahaja. Apa-apa makanan halal yang lain, semua disapu tidak kiralah sedap atau tidak.

"Erk...!" Ian bersendawa besar.

"Euw... tak sopanlah!" Ayuni melempar sisa jambu dan tepat mengenai pipi lelaki itu.

Ian hanya ketawa sahaja melihat Ayuni yang sedang marah.

"Sekarang, jom kita mengembara!" Ian berdiri di tepi sungai sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas.

"Erm... Ian? Saya tak nak mengembara. Saya nak balik."

Ian berpaling ke arah Ayuni. "Yuni, kalau saya bagitahu sesuatu awak jangan gelabah erk. Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak cari jalan keluar ke dunia awak tu."

"Apa?! Habis tu..." Ayuni memegang pipinya dan ditekan kuat.

"Sebab tulah saya cakap mengembara. Sambil kita mengembara, kita cari jalan untuk hantar awak balik. Boleh?"

Ayuni memandang tepat dalam mata Ian. "Hurm... okeylah."

"Yohoo... tak sabarnya! Jomlah." Ian pula yang terlebih teruja.

"Sekarang ke?" soal Ayuni kaget.

"Yalah. Dahtu bila lagi?"

"Yalah, yalah. Hish, orang lain ada masalah dia pulak yang over," bebel Ayuni.

Ian buat tidak dengar sahaja. "Eee... tak sabarnya. Dahlah aku tak pernah keluar dari desa ni..."

"Apa?!"

Ian terus memandang wajah Ayuni. "Apa, apa?"

"Awak tak pernah keluar dari desa ni? Habis tu macam mana awak nak tolong saya?" Membulat terus mata Ayuni.

Ian menggaru kepalanya yang menambahkan lagi kekusutan rambutnya. "Hehe... kan saya dah cakap mengembara. Kita jalan jelah ke mana pun."

"Haih... baiklah, saya ikut jer awak asalkan..."

"Asalkan saya ada dengan awak?" Ian tersengih sambil menjongketkan keningnya dua kali.

"Apa-apa jelah. Jom, kita nak mula arah mana ni?" Ayuni mengalah.

"Okey, sekarang kita susur je dulu sungai ni. Saya pun tak tahu ke mana sungai ni akan bawak kita."

Kemudian Ian dan Ayuni memulakan perjalanan mereka sehelai sepinggan tanpa ada apa-apa bekalan ataupun petunjuk.

•••••

Matahari sudah tegak meninggi di atas kepala. Ayuni dan Ian masih lagi berjalan merentasi sebuah padang yang luas. Dengan panas yang terik, langkah Ayuni semakin perlahan.

"Penatnya... ha-haus..."

Ian memandang gadis itu sebelum tersenyum. "Ala... kesiannya. Nak saya dukung ke?"

"Jangan nak mengadalah. Saya boleh jalan lagi."

"Hehe... awak tahan erk. Tu nampak hutan kat depan sana tu? Kita sampai sana nanti, kita rehat dulu."

"Hurm... yelah..." ujar Ayuni meleret-leret.

Dia terus menggagahkan kaki untuk melangkah. Dah tak jauh dah. Sikit sahaja lagi. Sesampai sahaja di bawah pokok yang teduh, Ayuni terus jatuh terduduk.

"Hah... letihnya! Saya dahaga!"

Ian duduk bersandar pada sebatang pokok. Dia juga sangat letih dan dahaga sebenarnya. Tetapi, tidak ditunjukkan kepada Ayuni. Dia sudah berjanji untuk membantu gadis itu, jadi dia perlulah nampak meyakinkan.

Awak Ada Saya!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang