"Yuni!" Ian cemas mendengar jeritan Ayuni.
Keadaan terus menjadi gempar. Masing-masing begitu terkejut. Mereka menekup mulut tidak percaya apa yang dilihat. Sementara seluruh tubuh Ayuni menggeletar ketakutan. Lehernya kini dipegang oleh Minnercules menggunakan sisi hujung jubah.
"Tak mungkin!" Itulah yang keluar daripada mulut Jane Charlos.
Sir. Arya dan Sir. Donnie juga kelihatan terkejut manakala Miss Fiona tersenyum puas. Mereka semua segera mendekati Ayuni yang keras kejung di situ.
"Siapa nama kamu?" soal Jane.
"A-Ayuni Afya," jawab Ayuni tergagap-gagap.
"Minnercules dah pilih kamu! Kamu pun... gadis luar?"
Ayuni mengangguk.
Semua pelajar termasuk Sir. Arya dan Sir. Donnie terperanjat. Mereka tidak percaya apa yang mereka lihat. Ayuni tidak tahu ingin bereaksi bagaimana.
"Sekarang, pakailah. Minnercules dah pilih kamu, Ayuni. Nampaknya kehadiran kamu di sini memang mempunyai tujuan."
Ayuni teragak-agak namun memberi juga ruang untuk Minnercules menyarung sendiri pada tubuhnya. Demi sahaja jubah itu dipakainya, Ayuni terus merasakan aura yang lain. Dia rasa sangat selesa dan apa yang penting dia rasa selamat!
"Kenapa kau?!" jerit satu suara lunak. Dilihat Eara sedang menggenggam tangannya dengan wajah yang kemarahan. "Kenapa kau yang takda sihir ni dipilih Minnercules?! Kau tak layak!" Eara terus meluru ke arah Ayuni.
Ian bertindak pantas dengan berdiri di menghadang Ayuni. Namun, tiba-tiba sahaja muncul sepasang tangan daripada permukaan lantai dan memegang kedua-dua kaki Eara. Gadis itu terus jatuh tersungkur. Eara meronta-ronta untuk melepaskan pegangan tangan itu.
Melihat keributan yang dibuat oleh rakannya itu, Noelle dan Beth terus menenangkan Eara yang tidak berpuas hati dengan Ayuni itu. Namun, Eara tetap melawan.
Miss Fiona yang sedang menggunakan sihirnya terhadap Eara itu menggelengkan kepala sebelum berpaling ke arah Sir. Arya. "Arya, pelajar awak kan? Tolong kawal dia."
Sir. Arya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal seraya tersengih. Beliau pun mengeluarkan gelung corak sihirnya dan menggerakkan tangannya. Lalu keluar tulisan yang panjang pada seluruh tubuh Eara sebelum gadis itu kaku tidak bergerak. Hanya mata sahaja yang berkelip-kelip.
Mereka pun bergerak ke tingkat lima. Eara yang telah diikat tubuhnya dengan sihir pengikat Sir. Arya terpaksa dibawa oleh Beth yang diapungkan menggunakan sihir buihnya. Di tingkat lima hanya terdapat satu sahaja barang sihir kuno yang semestinya begitu berharga.
"Para pelajar WWA sekalian, inilah Sanctus." Jane memperkenalkan barang sihir itu dengan bangga.
Para pelajar begitu teruja melihat barang itu. Sepanjang hidup mereka, iniah kali pertama mereka lihat barang itu kerana semuanya sudah tahu bahawa barang itu telah pupus sama sekali. Ianya merupakan sebuah grimoire lama!
"Pelajar sekalian, Sanctus merupakan satu-satunya grimoire suci yang berjaya diselamatkan dan disimpan sehingga sekarang. Grimoire yang lain semuanya telah dihapuskan oleh Heraku. Sanctus... grimoire yang dimiliki oleh pahlawan lagenda Waltfield, Roman Nova."
"Woah...!"
"Hebatnya!"
"Tak sangka macam ni rupa grimoire."
"Hebatlah grimoire Roman Nova!"
Macam-macam pujian dan kekaguman keluar daripada para pelajar.
Jane meneruskan ceritanya. "Walaupun Sanctus berjaya dimiliki oleh orang lain, mereka tidak akan dapat menggunakannya. Sebagaimana yang kamu semua lihat..." Jane menunjukkan ke arah grimoire yang terbuka itu. "Halamannya kosong, tiada tulisan. Sebenarnya, ada mantranya, tetapi ianya tidak kelihatan, halimunan. Beginilah sifat grimoire suci, hanya pemilik sihir suci yang dapat menggunakan Sanctus. Atau... pewaris Roman Nova."
"Wah... hebatnya!"
"Roman Nova tu ada pewaris ke?"
"Tapi, beliau tak berkahwin kan?"
"Eh, tapi Maria Hani tu sekadar pembantu sahaja ke?"
Berbagai persoalan meniti dari bibir ke bibir. Ian merenung Sanctus dengan tajam. Dia dapat merasakan sesuatu pada grimoire lama itu. Ayuni menyedari tingkah Ian yang pelik itu tetapi dibiarkan sahaja.
Ian pula semakin mendekati Sanctus. Mungkin inilah peluangnya untuk menjawab segala persoalannya selama ini. Dia tekad untuk membuktikan adakah dirinya Ian Nova, pewaris Roman Nova?
"Kamu jangan sentuh!!" tempik Jane.
Tetapi sudah terlambat. Ian terus meletakkan tapak tangannya ke atas bukaan grimoire itu. Semua yang ada di situ menjadi cemas kecuali Ayuni, Nedely, Shawn dan Miss Fiona.
"Kenapa kau sen..." kata-kata Jane terhenti saat melihat Sanctus mula terapung. Grimoire itu perlahan-lahan mengeluarkan sinar dan bercahaya. Seluruh ruangan itu menjadi terang dek cahaya biru daripada grimoire itu. Helaian-helaian Sanctus terbelek sendiri dengan laju sebelum ianya tertutup. Ian perlahan-lahan memegang Sanctus dan saat sahaja tangannya menyentuh kulit grimoire itu, dia merasakan suatu kekuatan muncul di pergelangan tangannya. Namun tiada apa-apa yang kelihatan. Rasa itu hadir seketika cuma sebelum keadaan kembali kepada sedia kala.
Semua mata-mata yang memandang terkesima. Mereka sangat tidak percaya melihat apa yang berlaku. Para pelajar sudah berbisik sesama sendiri dan keadaan menjadi gempar. Ayuni, Shawn dan Nedely juga tidak percaya. Langsung tidak disangka bahawa Ian adalah indinvidu sebagaimana yang mereka fikir. Jane terus menerpa ke arah Ian.
"Siapa nama kamu?"
Ian memandang tepat ke arah Jane sambil tangannya memegang Sanctus. "Ian."
"Ian apa?"
Ian menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
"Ian Nova," beritahu seseorang. Rupa-rupanya Miss Fiona yang bersuara. Beliau memandang Ian sambil tersenyum.
Pelajar-pelajar lain terperanjat tidak terkata. Roman Nova, pahlawan lagenda yang telah menyelamatkan semua sihir di Waltfield menggunakan sihir sucinya. Sekarang pewaris pahlawan itu ada dalam kalangan mereka. Namun, adakah pewarisnya sedemikian rupa?
"Apha?! Ghi-a hakda he-hir!!!" jerit Eara di dalam buih Beth dalam keadaan kaku.
"Tak mungkin dia! Dia ni takda sihir!"
"Roman Nova tu lagenda, takkan anak dia takda sihir?"
Segelintir pelajar tidak dapat menerima apa yang dilihat dan didengar mereka.
Ayuni, Nedely dan Shawn terus menghampiri Ian. Mereka tersenyum bangga. Shawn memeluk bahu Ian erat.
"Aku dah agak dah," ujar Shawn mesra.
"Tak sangka kawan saya ni pewaris lagenda!" Nedely berkata dengan begitu teruja.
"Tapi, apa makna semua ni? Saya gadis luar yang dah dipilih Minnercules, awak Ian Nova pewaris Roman Nova." Ayuni memandang Ian sebelum memandang Shawn dan Nedely juga. "Ayah awak pun ada gadis luar jugak yang dipilih Minnercules, Maria Hani. Maknanya, itu memang mak awak, Ian! Mak awak pun dari dunia saya jugak!"
Nedely dan Shawn mula terfikirkan sesuatu.
"Korang, korang tak rasa ke yang ni maksudnya..." Nedely memandang Shawn seketika.
"Takdir yang sama berulang kembali!" ujar Shawn dan Nedely serentak.
Bersambung.....
P/s : Sorry sangat-sangat yer kalau rasa hambar...huhuhu.
YOU ARE READING
Awak Ada Saya!
FantasiaAyuni Afya gadis yang lemah-lembut. Tetapi yang paling dominan adalah LEMAH. Dia seorang gadis yang lemah, kurang keyakinan diri dan mudah dibuli. Bagaimana dia ingin menjelaskan perasaannya kepada Si Crush? Dengan keberanian yang tidak seberapa, Ay...