Chapt. 09

154 29 9
                                    

Boomm!!!

Sebaik sahaja pintu dibuka, Ayuni dan Ian terus tercampak keluar kesan daripada momentum letupan itu. Namun, rasa sakit tidak dihiraukan sebaliknya dengan serta merta Ayuni memapah Ian untuk berlalu.

"Mana kau nak lari, budak?!"

Ayuni tidak mahu berpaling ke belakang lagi biarpun suara itu kedengaran begitu hampir. Apa yang dia tahu dia mesti membawa Ian keluar dari pekan ini sekarang juga. Sekarang dia perlu menuju ke arah Barat rumah tersebut yang mana terletaknya sebuah kandang kuda. Dia akan menunggang salah seekor daripada kuda-kuda itu untuk lari daripada tempat terkutuk ini.

"Dapat kau! Hahaha!!"

Larian Ayuni yang memapah Ian itu serta-merta terhenti apabila tudungnya ditarik oleh lelaki lanun itu. Namun, ianya seketika cuma apabila pegangan lelaki itu terlucut.

"Yuni, pergi cepat!! Saya akan cuba halang dia!!" Rupa-rupanya Nedely yang menghalang lelaki itu.

'Terima kasih, Nedely.' Ayuni meneruskan lariannya bersama-sama Ian.

Nedely sudah pun tercungap-cungap kepenatan. Tidak mahu berputus asa, dia menghasilkan benang-benang halus lalu mengikat tubuh lelaki lanun itu. Ikatan itu tidak bertahan lama apabila seutas demi seutas terputus sebelum terungkai semuanya. Lelaki lanun itu pula menolak kedua-dua tapak tangannya menghala ke arah Nedely lalu terhasil gelombang yang agak kuat. Impak gelombang tersebut telah menolak tubuh kurus Nedely sehingga menghempas dinding rumah di situ.

Nedely mengesat bibirnya yang berdarah. Nampaknya lelaki ini terlalu kuat untuk dia lawan. Dia pun terpaksa menggunakan teknik yang sangat dia tidak suka kerana akan melukakan lawannya. Nedely mendepangkan tangannya seluas-luasnya lalu diangkat ke atas. Dia kemudian menjatuhkan tangannya ke bawah dengan laju secara bersilang. Lalu keluar benang-benang yang halus di sekeliling tubuh lelaki lanun itu. Benang-benang itu pula menusuk ke dalam daging di bahagian tangan lalu menembusi ke bahagian sisi badannya. Ya, benang-benang Nedely sedang menjahit tangan lelaki itu pada badannya.

Lalu keluar pula benang-benang halus daripada permukaan dinding di belakang lelaki itu. Benang itu melilit pada tubuhnya lalu ditarik rapat ke dinding dan diikat di situ. Jeritan kesakitan bergema ke segenap pelosok pekan. Nedely mendecit sedikit lalu menggerak-gerakkan jemarinya. Hasilnya benang-benang pada tubuh lelaki itu bergerak ke bahagian mulut. Tanpa amaran benang itu menusuk ke bibir lelaki lanun itu. Kini mulutnya terjahit dan tidak mampu lagi menjerit.

Nedely memandang lelaki itu tanpa perasaan. "Saya mintak maaf, tapi saya dah penat." Nedely terus meninggalkan tempat itu.

Setibanya di kandang kuda, Ayuni mencari kuda dengan ciri-ciri yang telah diberitahu Nedely. Setelah menjumpainya, Ayuni terus mendapatkan kuda tersebut.

"Tapi..." Ayuni terfikirkan sesuatu. "Ian, saya tak pandai tunggang kuda."

"Hmm..."

"Ian, please. Saya tahu awak kuat. Boleh tak awak bantu saya untuk tolong awak? Saya tak mampu buat sorang-sorang," ujar Ayuni sambil memandang tepat ke wajah Ian yang terlentok di bahunya.

"Na-naik dulu ku-kuda ni," ujar Ian berbisik. Penat.

Ayuni mengikut sahaja arahan Ian. Dengan bersusah payah, dia menaikkan Ian dulu ke atas belakang kuda itu kemudian barulah dia naik dengan kedudukan Ian di belakangnya.

"Okey, lepas tu?"

Ian masih lagi meletakkan kepalanya di bahu Ayuni sehingga membuatkan gadis itu berasa kekok.

"Bagi ta-tali tu."

Sebaik sahaja tangan lelaki itu mencapai tali yang dimaksudkan, dia melakukan sesuatu yang Ayuni tidak tahu. Kuda itu tiba-tiba meringkik dengan kuat sebelum berlari keluar menyebabkan Ayuni menjerit kecil.

•••••

Ayuni membaringkan Ian di atas rumput dan membetulkan tubuh lelaki itu agar lebih selesa. Hari ini sungguh hari yang memenatkan. Malang. Ayuni mengeluh berat. Dia mengerling ke arah kuda yang dibiarkan begitu sahaja tidak bertambat. Sumpah, semenjak dia berada di Waltfield sudah banyak perkara yang tidak pernah dia buat dia lakukan di sini termasuklah menunggang kuda. Nasib baiklah kuda ini sangat jinak dan begitu mudah dikendalikan.

Kini, mereka hanya bertemankan beberapa ekor kelip-kelip sahaja. Suasana sunyi sepi beralunkan bunyi cengkerik dan deruan air sungai di hadapan mereka. Angin malam terasa begitu sejuk sekali. Ayuni menghadap pula ke arah Ian yang sudah tidak sedarkan diri. Barulah Ayuni teringat perihal Ian yang sudah tidak berbaju. Sedangkan dirinya yang tertutup satu badan boleh dicengkam kedinginan malam, inikan pula lelaki itu. Ayuni perlu lakukan sesuatu.

Melihat nafas Ian yang sangat perlahan, Ayuni bertambah bimbang. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk menyentuh dahi lelaki itu. Walaupun teragak-agak, dia tetap memegang dahi Ian.

"Ya, Allah! Panasnya!" Ayuni menjadi kalut. Dia merasa di bawah tengkuk Ian pula. "Alamak, Ian demam! Apa aku nak buat ni?"

Dia pun segera membasahkan kain sapu tangannya dengan air sungai. Kain itu diperah sedikit sebelum dia mencuci luka-luka pada badan Ian. Di dada dan perut lelaki itu penuh luka-luka berbirat akibat dilibas dengan sesuatu. Runtun hatinya melihat luka-luka tersebut. Walaupun tiada lain niatnya kecuali hanya ingin membantu, pipi Ayuni tetap juga menjadi merah.

Melihat badan Ian yang agak berotot yang sesuai dengan usianya, tidak mungkin gadis sepertinya tidak berasa malu. Tambahan lagi Ayuni tidak pernah mempunyai kawan lelaki, apatah lagi ingin serapat ini. Walaupun hatinya agak getar, dia meneruskan perbuatannya. Wajah Ian juga dibersihnya darah-darah kering.

Dia kembali semula ke sungai untuk membersihkan kain itu yang dipenuhi darah. Setelah itu dia meletakkan kain basah itu di atas dahi Ian. Ayuni berharap agar demam Ian cepat kebah. Dalam keadaan sebegini tiada apa sangat yang mampu dia lakukan untuk merawat lelaki itu.

Sekarang Ayuni memikirkan pula tentang kondisi Ian yang langsung tidak berselimut itu. Terfikir juga untuk dia menghidupkan unggun api, tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya. Akhirnya Ayuni merebahkan tubuhnya di samping Ian.

"Sorry, Ian sebab tak dapat nak selesakan awak. Kalau sekarang kat rumah bolehlah saya buatkan bubur, pastu bagi awak makan panadol. Tapi, kita kat sini sekarang. Saya memang bergantung kepada awak, awak kena kekal kuat," ujar Ayuni perlahan dalam keadaan mengiring menghadap ke arah lelaki itu.

Ayuni berfikir-fikir seketika. "Berapa umur awak erk? Nampak macam sebaya saya jer awak ni." Ayuni tersenyum.

Ayuni berkata-kata mengikut kata hati. Lagipun bukan lelaki di sebelahnya itu boleh dengar pun. Ayuni lalu menelentang menghadap langit nan luas.

"Pukul berapa sekarang?"

Ayuni terdiam dan matanya terbuntang luas. Dia segera bangkit dan memandang lelaki itu. Jelas di matanya Ian yang sedang tersenyum sumbing.

"Awak jahat, awak jahat, awak jahat!" Ayuni memukul-mukul dada lelaki itu.

"Auch...! Sa-sakit."

"Padan muka!" Ayuni memasang wajah cemberut. Pipinya automatik menjadi merah apabila teringatkan bebelannya tadi yang mungkin didengar oleh Ian.

Ian tersenyum melihat tingkah lucu Ayuni itu. "Awak ni comellah."

"Tak payah nak bergula sangatlah."

"Hehe... pukul berapa sekarang?" tanya Ian sekali lagi.

Ayuni segera melihat jam tangan yang melingkari pergelangan tangannya. Sejak dia sampai di Waltfield, inilah kali pertama di melihat jam. "Pukul 12 dua minit. Kenapa?"

Ian tersenyum lebar. "Selamat hari lahir untuk saya!"

Ayuni memasang wajah terkejut. "Hari ni hari lahir awak?"

"Ya, sekarang umur saya dah 17 tahun."

"Ouh... saya muda setahun daripada awak."

"Laa... 16 tahun? Saya ingatkan budak 7 tahun, yelah dah selalu nangis." Ian tersengih lagi.

Pap!

Bahu Ian terus ditampar Ayuni.

"Apa ni pukul-pukul? Saya tengah demam ni tau."

"Laa... demam lagi? Saya ingatkan dah kebah, yelah dah mulut kalah mak nenek." Ayuni memulangkan paku buah keras.

Bersambung.....

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now