Semua pelajar baharu bergerak menuju ke bangunan asrama sebagai kediaman sementara. Pada malam ini mereka akan mendapat satu bilik setiap seorang sebagai bilik sementara kerana mereka akan tinggal sebilik empat orang berdasarkan kumpulan yang akan ditentukan esok.
Para pelajar berhenti di hadapan gerbang masuk ke kawasan asrama. Sir. Donnie nampaknya berdiri menghadap ke arah para pelajar.
"Hai, selamat petang semua. Saya Donnie Long, pemilik sihir pengubah suai. Dan, saya juga merupakan warden asrama WWA. Sekarang, saya benarkan kamu semua masuk ke bilik masing-masing dan boleh berehat. Satu bilik setiap seorang, dan nombor bilik berdasarkan nombor kamu. Malam ini kamu rehat cukup-cukup, kerana esok bakal bermula hidup kamu sebagai pelajar Waltfield Wizard Academy. Jadi, tahniah." Sir. Donnie menamatkan ucapan ringkasnya sebelum melepaskan para pelajar masuk ke asrama.
Para pelajar pun berpusu-pusu masuk ke asrama. Ayuni berjalan bersama-sama Ian dan Nedely. Ayuni tersenyum apabila teringatkan tingkah Ian seusai perlawanannya dengan Nedely tadi. Semasa mereka melangkah keluar gelanggang untuk memberi laluan kepada perlawanan seterusnya, Ian terus menyerang Nedely. Dia begitu marah atas tindakan bahaya gadis itu. Cepat-cepat Ayuni menjelaskan perkara sebenar dan memberitahu bahawa Nedelylah yang membantu menyelamatkan Ian di Pekan Dullmist tempoh hari. Namun begitu, Ian tetap tidak berpuas hati dengan Nedely.
"Yuni, kita berpisah kat sini hari ni. Jumpa esok," ujar Nedely yang ingin berlalu ke biliknya.
Bilik Ayuni dan Nedely berlainan blok. Terdapat dua blok dan setiap blok mempunyai tiga tingkat yang setiap satunya diisi 10 bilik.
"Okay, kalau lapang datang jelah bilik saya, nombor 59," balas Ayuni pula.
Mereka pun berpisah sebelum menuju ke bilik masing-masing. Bilik Ian dan Ayuni hanya bersebelahan. Jadi, senanglah kalau mereka ada apa-apa urusan. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, terlopong Ayuni melihat bilik tersebut. Ruangnya tidaklah terlalu sempit dan tidak juga terlalu luas. Terdapat sebuah almari pakaian, meja solek, meja belajar dan sebuah katil bujang. Terdapat juga bilik air di dalam bilik itu. Sekali pandang seperti bilik hotel pun ada.
Melihat sahaja katil yang tersedia, terus mengantuknya datang secara tiba-tiba. Tanpa membuang masa, Ayuni terus melompat naik ke atas katil sebelum bergolek-golek riang.
"Ah, nikmatnya! Dah berapa hari aku tak dapat katil. Asyik tidur atas rumput tepi sungai bawah langit jer."
Puas bergolek-golek, Ayuni bangkit sebelum membuka almari pakaian.
"Wow... lengkap semuanya. Alatan mandi, tuala, baju, seluar... erm, ni mesti uniform akademi," omel Ayuni sendirian seraya nembelek-belek pakaian yang disediakan.
"Tapi... takda kain tudung." Ayuni berfikir-fikir untuk menyelesaikan masalahnya itu.
Akhirnya, Ayuni mengambil keputusan untuk mandi terlebih dahulu.
•••••
Malam sudah menjelma. Puas berbaring di atas katil, Ayuni bangkit. Disebabkan dia langsung tidak terasa untuk tidur, sekarang masanya untuk menyelongkar segenap ruang bilik ini. Dia menuju ke meja solek sebelum lacinya dibuka.
"Uh?" Sekeping kertas bersaiz A4 menarik perhatian Ayuni.
Ayuni terus mengambil kertas itu yang ternyata terdapat beberapa helai kertas kosong di bawahnya. Kertas paling atas pula terdapat ruang kosong yang perlu diisi. Berkerut terus dahi Ayuni memikirkannya.
Nama : __________________
Nombor : ____________________
YOU ARE READING
Awak Ada Saya!
FantasyAyuni Afya gadis yang lemah-lembut. Tetapi yang paling dominan adalah LEMAH. Dia seorang gadis yang lemah, kurang keyakinan diri dan mudah dibuli. Bagaimana dia ingin menjelaskan perasaannya kepada Si Crush? Dengan keberanian yang tidak seberapa, Ay...