Chapt. 18

160 28 10
                                    

"Ap-apa maksud Pengetua dengan Ian No-Nova?" soal Ian tergagap-gagap.

Pengetua Iduna tersenyum. "Nampaknya banyak benda yang kamu tak tahu."

"Pengetua, macam mana pulak Pengetua tahu yang saya bukan dari Waltfield?" Ayuni turut dihujani dengan pelbagai persoalan.

"Jawapan saya mudah, sebab takdir yang sama sekarang berulang." Pengetua Iduna mengambil sebuah fail di hujung mejanya sebelum fail itu dibuka.

"Apa maksud takdir yang sama?" soal Ian pula.

Namun Pengetua Iduna membiarkan soalan itu berlalu begitu sahaja.

"Nama... Ian. Sihir... tiada?" Pengetua Iduna melihat ke halaman sebelah pula. "Ayuni Afya... sihir juga tiada." Fail itu lalu ditutup.

"Ian... Ayuni." Pengetua Iduna memandang wajah Ayuni dan Ian bersilih-ganti. "Saya memang tak jangka yang kamu akan masuk ke WWA tahun ni," ujarnya yang khusus ditujukan kepada Ian. "Dan lagi tak dijangka yang kamu datang dengan gadis luar."

Ayuni dan Ian saling memandang antara satu sama lain.

"Pengetua, apa sebenarnya yang nak diberitahu kami? Kami memang tak faham," soal Ian menagih penjelasan.

Pengetua Iduna tersenyum. "Saya betul-betul bangga dan tidak menjangkakan bahawa salah satu matlamat saya dah tercapai. Sekarang tujuan WWA ditubuhkan sudah tercapai sepenuhnya."

"Pengetua, tolong beritahu kami apa yang patut kami tahu," desak Ayuni.

"Masih terlalu awal lagi, gadis luar." Pengetua Iduna menekankan perkataan 'gadis luar' itu. "Masih banyak yang kamu berdua perlu belajar. Sekarang, kamu boleh kembali ke kelas. Terima kasih kerana datang berjumpa saya." Pengetua Iduna berdiri sebagai tanda hormat.

Walaupun masih kebingungan, Ayuni dan Ian tetap menapak keluar setelah mengucapkan ucapan terima kasih.

"Bersedialah untuk menghadapi takdir kamu, Ian Nova dan gadis luar." Senyuman nipis tersungging di bibir merah Pengetua Iduna.

•••••

Ian bersandar pada jeriji beranda di luar rumah. Fikirannya tidak tenang sejak keluar daripada bilik pengetua tadi. Ayuni duduk di atas sofa sambil melihat sahaja Ian yang termenung jauh. Nedely yang baru keluar daripada bilik terus merapati Ayuni.

"Yuni, kenapa dengan awak dua orang ni? Nampak pelik jer," soal Nedely yang menyedari perubahan perangai dua orang rakannya itu.

"Ned, awak belajar tak sejarah sihir di Waltfield hari ni?" soal Ayuni kembali.

Nedely lantas mengangguk.

"Okay, awak ada belajar tak pasal Roman Nova dengan Heraku, putera bunian kegelapan tu?"

"Ya, ada. Tu kan wajib, kenapa?"

"Soalan saya lagi, awak ada tahu apa-apa tak mengenai frasa 'gadis luar'?"

"Erm... ada."

"Hah?! Apa yang awak tahu?!" soal Ayuni bersemangat.

Ian yang berdiri di beranda turut mendekati Ayuni dan Nedely. Ternyata dia memasang telinga mendengar perbualan dua orang gadis itu.

"Err... awaklah. Awak kan gadis luar," jawab Nedely bersahaja.

"Ned!" Ayuni menampar lembut bahu Nedely.

Ian pula sudah menggenggam rambutnya dan dikusut-kusutkan. "Erghh... sakitnya hati gue!"

"Kenapa dengan dia tu? Meroyan mati anak kucing ke? Atau senggugut?" soal Shawn tiba-tiba yang entah datang dari mana. Di tangannya terdapat sekeping roti yang telah digigit.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now