Ayuni bersimpuh ayu manakala Ian sudah selesa berbaring beralaskan rumput hijau yang lembut itu. Angin malam yang dingin mengelus kulit mereka berdua.
"Sejuklah kat atas ni," rungut Ayuni perlahan.
"Yuni."
"Ya?"
"Kalau awak ada masalah, bagitahu saya terus."
Ayuni menjeling sesaat wajah Ian yang nampaknya ralit merenung langit malam. "Kenapa? Awak boleh selesaikan semua ke?"
"Saya tak nak awak tanggung sorang-sorang. Kalau awak gembira, ketawalah depan saya. Kalau awak sedih, menangislah depan saya. Kalau awak marah, marahlah depan saya."
"Kalau saya... takut?"
"Berlindunglah dekat belakang saya," balas Ian tanpa memandang ke arah Ayuni.
Kini, lidah Ayuni kelu. Dia tidak tahu apa yang ingin diperkatakan. Hatinya begitu tersentuh dengan kebaikan Ian yang jelas keikhlasannya. Dia sangat terharu. Tanpa dapat ditahan, sebiji mutiara jernih menitis jua.
"Ian..." Esakan Ayuni semakin kedengaran. "Terima kasih sebab ada dengan saya. Saya ni memang lemah. Saya tak dapat pertahankan diri sendiri. Saya selalu ketakutan. Terima kasih sebab ada dengan saya."
"Shh... jangan nangis dah." Ian bangkit daripada baringnya. "Awak faham tak apa yang saya nak sampaikan tadi?"
Ayuni menggeleng sambil menyapu air matanya yang masih lagi mengalir lesu.
"Maksudnya, awak tak perlu lagi takut. Sebabnya... awak ada saya!" Ian bersuara ceria seraya menjentik perlahan kepala Ayuni.
"Auch, sakitlah!" Ayuni berpura-pura marah.
"Dah, tak nak la nangis lagi. Jom kita tengok bintang-bintang kat atas tu. Tak malu ke dia tengok awak nangis?" Ian kembali berbaring.
Ayuni mengesat sisa air matanya sebelum turut sama berbaring. Ayuni tidak mahu lagi berbicara. Dia sekadar merenung kerlipan-kerlipan bintang di langit yang tidak putus-putus itu. Sungguh cantik dan begitu mendamaikan.
Ayuni mengiring ke kanan lalu wajahnya bertentang dengan wajah Ian. Dia bernafas lega apabila mendapati lelaki itu sudah terlena. Peluang ini dia gunakan untuk menatap wajah Ian dalam-dalam. Kulit wajahnya cerah namun agak comot dan berminyak. Wajah yang tipikal untuk orang susah sepertinya. Hidungnya agak mancung dengan kening yang nipis dan tersusun. Alis matanya yang sedikit panjang dan melengkung memang menarik.
Baru Ayuni perasan bahawa Ian sebenarnya agak kacak namun terlindung dek penampilannya yang langsung tidak terurus.
Tiba-tiba Ian membuka matanya. "Ha, tertangkap sudah!"
"Awak jahat!!!"
•••••
Beberapa buah kereta lembu bergerak masuk ke dalam pekan. Ayuni dan Ian masih lagi tercegat di pinggir jalan menghadap ke pintu masuk pekan.
"Apa nama tempat ni?"
"Tu, tengoklah papan tanda tu." Ian menjuihkan bibirnya ke suatu arah.
"Pekan Boosthill. Okay, so kita memang nak masuk ke ni?" Ayuni bercekak pinggang.
"Yalah... kita cari makanan. Awak tak lapar ke?"
"Lapar jugak. Tapi, awak ada duit ke?"
Ian terus tersengih. "Hehe... tulah masalahnya. Saya memang takda duit langsung ni."
"Dahtu...?"
"Apa kata kalau kita masuk jer dulu? Pastu baru la kita fikir apa nak buat."
"Baiklah kalau macam tu." Ayuni melepaskan nafas berat.
YOU ARE READING
Awak Ada Saya!
FantasiaAyuni Afya gadis yang lemah-lembut. Tetapi yang paling dominan adalah LEMAH. Dia seorang gadis yang lemah, kurang keyakinan diri dan mudah dibuli. Bagaimana dia ingin menjelaskan perasaannya kepada Si Crush? Dengan keberanian yang tidak seberapa, Ay...