Chapt. 24

152 27 19
                                    

"Eh, korang, kami pergi jumpa pengetua dulu ya," Ayuni dan Ian berdiri sesudah menghabiskan makanan.

Shawn dan Nedely mengangguk sahaja. Sebaik sahaja Ian dan Ayuni ingin berlalu, sekali lagi Hadric muncul di hadapan mereka. Senyuman sinis terpapar di wajah pelajar senior itu.

"Huh... inilah pelajar yang akademi sanjung sangat tu? Anak Roman Nova, dengan perempuan yang datang entah dari ceruk mana ni."

Kesabaran Ian semakin menipis melihat seniornya itu terus-terus mengganggu. Dia bimbang kalau dia tidak boleh mengawal kesabarannya dan bertindak biadab.

"Aku tengok kau ni lembik semacam jer, huh! Aku nak tengok jer apa yang kau mampu buat," cemuh Hadric lagi.

Shawn dan Nedely sudah berada di sisi Ian dan Ayuni.

"Ada lagi yang kau nak cakap?" soal Ian sudah bertukar bahasa panggilan. Sekarang memang sudah hilang rasa hormatnya kepada pelajar senior itu.

"Cits... dah pandai melawan ya? Huh, aku tunggu jer kau nanti. Aku nak tengok jer apa yang kau boleh buat waktu kejohanan minggu depan." Hadric kemudian beredar meninggalkan empat pelajar itu yang tertanya-tanya.

Kejohanan apa yang dimaksudkan Hadric? Tidak mahu membuang waktu memikirkan perkara yang diperkatakan oleh senior itu, Ayuni dan Ian terus menuju ke bilik pengetua di bangunan pentadbiran.

"Masuk." Pengetua Iduna memberi keizinan setelah Ian mengetuk pintu.

"Oh, Ayuni, Ian, bagus kamu datang. Tak perlulah saya nak panggil."

Ayuni dan Ian sedar bahawa kehadiran mereka memang sedang dinanti-nantikan oleh wanita itu.

"Sebelum itu, apa tujuan kamu berdua datang jumpa saya?"

"Urm... kami berdua nak tahu semua benda yang patut kami tahu," beritahu Ayuni terus kepada tujuannya.

Pengetua Iduna melepaskan nafas berat. "Baiklah, nampaknya sudah tiba masa untuk kamu berdua tahu. Pertamanya Ayuni, awak masuk ke Waltfield memang ada alasannya. Tiada sesiapa yang bawa awak ke sini, tiada sesiapa yang seru melainkan takdir. Takdir Waltfield itu sendiri yang telah membawa kamu ke dunia ini, apabila nasib Waltfield berada dalam bahaya dan seorang pahlawan baru akan muncul. Dan, kamu yang terpilih, Ayuni."

Pengetua Iduna menelan liur sebelum menyambung lagi. "Dan, Ian Nova. Sudah lama saya cari kamu. Kalau kamu nak tahu, tujuan utama saya menubuhkan akademi ini adalah untuk mencari kamu. Sayalah yang menubuhkan akademi ni beberapa tahun setelah kematian ayah kamu, kerana saya percaya Roman Nova meninggalkan zuriat dan suatu hari dia akan datang ke sini. Dan, seperti jangkaan saya, awak di sini sekarang."

Melihat Pengetua Iduna yang berdiam, Ian bersuara. "Jadi, apa yang perlu kami buat? Apa yang berlaku sebenarnya?"

"Sebenarnya, Heraku juga sedang mencari kamu, Ian. Dendamnya pada Roman tidak pernah hilang. Sekarang, dia sedang merancang untuk memusnahkan Waltfield. Dia kuat, Ian. Tiada sesiapa yang mampu kalahkan dia, melainkan kamu, pemilik sihir suci dengan bantuan Ayuni."

"Heraku masih hidup?" soal Ian agak terkejut.

"Err... kita tak pernah diberitahu kan kalau Heraku dah mati. Maknanya dia masih hidup," ujar Ayuni.

Ian mengangguk faham. "Tapi, apa sihir saya?"

Pengetua Iduna tersenyum. "Itu kamu tak payah risau. Nanti kita akan sama-sama tahu. Sekarang, tugas kamu berdua adalah berlatih dan terus berlatih agar kamu terus kuat. Menentang Heraku bukan perkara remeh."

Melihat Pengetua Iduna yang banyak tahu tentang Heraku dan ayahnya, Ian jadi terfikirkan sesuatu. "Err... Pengetua cam saya hari tu sebab wajah saya ada iras Roman Nova kan? Macam mana Pengetua tahu segala-gala pasal ayah saya dan Heraku? Sedangkan dalam buku-buku sejarah tidak banyak yang tercatat."

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now