Sebaik sahaja mereka tiba di akademi, berita tentang Ayuni, gadis luar yang dipilih Minnercules dan Ian Nova, pewaris Roman Nova terus tersebar ke segenap pelosok akademi dan menjadi perbualan hangat. Terdapat pelbagai reaksi daripada para pelajar. Ada yang teruja, ada yang ragu-ragu, ada yang cemburu dan tidak kurang juga yang langsung tidak mengambil endah.
Mereka berempat terus menuju ke kediaman mereka. Ian dan Ayuni belum bersedia lagi untuk berdepan dengan para pelajar yang lain. Bagaimanakah tindak balas mereka nanti?
Ayuni dan Ian terus merebahkan tubuh ke atas sofa sementara Nedely pergi ke bilik air dan Shawn menuju ke ruang dapur. Sedang Ayuni melepaskan lelah, Minnercules yang tertindih bergerak-gerak. Ayuni terus bingkas berdiri.
"Sorry, sebab tindih awak." Tidak tahu patut atau tidak, tetapi Ayuni tetap meminta maaf.
Ayuni memberi ruang untuk melepaskan Minnercules yang tersarung kemas pada tubuhnya. Setelah terpisah, Minnercules pun terapung dan mengelilingi ruang tamu itu seolah-olah ingin menunjukkan perasaan gembira dan bebas. Mungkin dia sudah begitu bosan terkurung sahaja di dalam Waltfield Great Muzium selama berpuluh tahun.
Shawn menyertai dua orang rakannya itu dan disusuli oleh Nedely yang baru keluar daripada bilik.
"Jadi, macam mana sekarang?" Shawn duduk di atas sofa.
"Macam mana apa?" soal Ian.
"Sekarang ni, kau dah dapat grimoire yang sekarang ni orang tak guna dah. Yuni pulak ada Minnercules. Jadi, macam mana?"
Ian terdiam dan begitu juga Ayuni.
"Saya cuma terfikir satu jer." Nedely mencelah. "Awak sihir apa ya, Ian?"
Ian segera mengambil Sanctus dan dibukanya. Memang benar grimoire itu kosong, tiada apapun yang tertulis walaupun satu huruf.
"Ian, saya rasa esok kita kena jumpa dengan Pengetua Iduna. Saya yakin beliau tahu semuanya. Sebab saya rasa kemunculan saya di dunia ni bukan saja-saja, kebetulan dan bukan jugak tak sengaja. Melainkan memang ada urusan untuk saya," ujar Ayuni bersungguh-sungguh.
"Aku setuju. Aku rasa ada sesuatu yang disorokkan Pengetua Iduna. Aku tengok beliau pun pelik, macam ada aura gelap macam tu." Shawn menyatakan pendapatnya.
Nedely sekadar mengangguk sahaja.
•••••
Pada pagi itu, Pengetua Iduna memanggil Sir. Arya, Sir, Donnie dan Miss Fiona ke biliknya. Wajah Pengetua Iduna bersinar sahaja.
"Saya begitu bersyukur sebab matlamat saya dah tercapai. Sekarang, tanggungjawab ada pada kamu bertiga untuk betul-betul mendidik pelajar Tahun 1. Lebih-lebih lagi kita sekarang ada Ian Nova dengan gadis luar tu. Mereka berdua perlu dikembangkan dengan betul kerana tugas mereka nanti sangat berat. Nasib Waltfield yang seterusnya berada di tangan mereka."
"Macam mana dengan Ian Nova? Apa kita nak buat dengan Sanctus sedangkan dia takda sihir," soal Miss Fiona.
Pengetua Iduna ketawa kecil. "Takkanlah kamu pun berfikiran kolot macam tu."
Miss Fiona tersipu malu. Sir. Arya menahan tawa sementara Sir. Donnie menggeleng kepala sahaja.
"Ian ada sihir. Cuma... perlukan sedikit dorongan."
"Dorongan yang macam mana tu, bos?" soal Sir. Donnie kurang faham.
"Hmm... mungkin sihirnya akan keluar bila keadaan terdesak, dia berasa terancam atau sesuatu yang seumpama itu," beritahu Pengetua Iduna.
Sir. Arya segera mengangguk. "Saya faham. Jadi, apa kita nak buat? Saya rasa Ian takkan berdepan dengan situasi itu kalau dia sekadar berada di akademi."

ANDA SEDANG MEMBACA
Awak Ada Saya!
FantasíaAyuni Afya gadis yang lemah-lembut. Tetapi yang paling dominan adalah LEMAH. Dia seorang gadis yang lemah, kurang keyakinan diri dan mudah dibuli. Bagaimana dia ingin menjelaskan perasaannya kepada Si Crush? Dengan keberanian yang tidak seberapa, Ay...