Chapt. 15

149 24 6
                                    

Semua pelajar Tahun 1 berkumpul di Dewan Winter sambil masing-masing memegang kertas.

"Selamat pagi, semua. Sekarang saya minta kamu semua serahkan borang dan lakaran yang perlu kamu selesaikan semalam." Seorang guru perempuan berambut ungu membuat pengumuman.

Para pelajar pun menyerahkan kertas masing-masing. Ayuni dan Ian menyerahkannya serentak. Kebetulan guru wanita itu melihat ke arah ruangan sihir Ayuni. Membulat terus mata guru yang nampak masih muda itu. Dia terus mengangkat kepala untuk melihat empunya borang itu. Namun, Ayuni dan Ian lebih pantas bertindak dengan awal-awal lagi melarikan diri.

"Baiklah, sementara kami selesaikan sedikit urusan di sini, kamu semua bolehlah berkenalan antara satu sama lain dahulu," ujar guru itu sebelum melakukan beberapa kerja dengan dibantu oleh Sir. Donnie dan seorang lagi guru lelaki yang berambut jingga.

Ayuni melilau-lilau di situ sambil diiringi oleh Ian. Ayuni sebenarnya mencari-cari kelibat Nedely. Sedang Ayuni melingas ke kiri dan ke kanan, nasibnya kurang baik apabila dia terlanggar seorang pelajar lelaki menyebabkan dia hampir terjatuh. Tetapi, reflek Ian pantas dengan segera menyambut gadis itu.

"Yuni, awak ni asyik langgar orang jer. Cliche betul." Setepek Ayuni terkena dengan Ian.

"Oi, kau buta ke main langgar-langgar orang ni?!" herdik seseorang.

Barulah Ayuni dan Ian sedar bahawa adegan perlanggaran itu telah menimbulkan kemarahan pihak yang dilanggar.

"Err... maafkan saya! Saya tak sengaja, betul saya tak sengaja." Bersungguh Ayuni memohon maaf.

Namun, lain pula reaksi pelajar itu. Dia merapati Ian dan Ayuni dengan diiringi tiga orang lagi pelajar lelaki.

"Oh, kau dua orang ni bukan yang kalah teruk semalam tu ke?" Lelaki itu ketawa sinis.

"Kau," lelaki itu melihat ke arah Ian. "Sihir kau lemah sangat ke sampai menyerah kalah?" Kata-katanya itu disambut hilai tawa rakan-rakannya.

"Kau pulak," Ayuni pula yang dipandang. Pelajar itu memandang Ayuni atas bawah. "Makhluk sesat mana entah kau ni dengan bungkus seluruh badan." Terus berderai tawanya dan rakan-rakannya.

Ayuni tersentap. Sepanjang dia berada di Waltfield, tiada sesiapa pun yang pernah mempersoalkan tentang pakaiannya. Tetapi kenapa pelajar ini tiba-tiba menimbulkan isu tersebut? Ian pula menjadi berang dengan kenyataan pelajar itu. Terus dia menolak tubuh pelajar itu dengan kuat.

"Jaga sikit mulut kau tu!"

Namun tindakan Ian itu hanya mengundang padah apabila dia dipegang oleh rakan-rakan pelajar lelaki itu.

"Hoi, aku tak sentuh kau pun la! Lagipun perempuan ni yang langgar aku dulu!" Pelajar itu ingin memberikan tumbukan ke perut Ian.

"Ian!" jerit Ayuni cemas.

Tiba-tiba, lengan lelaki itu dipegang oleh seseorang sebelum sempat dia melayangkan penumbuknya. Kemudian daripada genggaman tangan itu keluar asap-asap nipis. Pelajar itu segera menarik tangannya lantas menggosok-gosok lengannya yang kemerahan. Pedih.

"Pergi, kalau tak nak dapat masalah!" arah lelaki itu tegas menyebabkan empat pelajar lagak gangster itu segera beredar ke tempat lain.

Ian dan Ayuni sebenarnya terkelu kerana pelajar lelaki yang datang mengawal keadaan itu ialah lawan Ian semalam. Pelajar lelaki berambut merah dan biru. Pelajar itu kekal dengan wajah bekunya.

"Aku Shawn Nephtis, pemilik sihir haba," ujar pelajar itu.

"Err... aku Ian."

"Dan, sihir?" soal Shawn. Memang perkara itulah yang ingin dia tahu sejak semalam.

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now