Chapt. 16

158 25 16
                                        

Para pelajar Tahun 1 dibawa untuk meneroka seluruh kawasan akademi. Sir. Arya, Miss Fiona dan Sir. Donnie mengiringi para pelajar dan memberitahu setiap tempat yang ada di akademi termasuklah perpustakaan, muzium mini, padang latihan dan bangunan pentadbiran. Namun begitu, tempat yang paling mengujakan para pelajar semestinya colloseum, iaitu arena pertarungan sebenar pelajar Waltfield Wizard Academy.

"Di sinilah akan diadakan perlawanan tahunan untuk menentukan kedudukan pelajar WWA. Pada tahun ini, kamu semua juga akan melalui perlawanan ini. Tapi, lambat lagi. Masih banyak lagi yang kamu perlu belajar," terang Sir. Arya ringkas.

Mendengar ucapan Sir. Arya itu, sudah terdapat segelintir pelajar yang bersemangat untuk menghadapi perlawanan itu.

Setelah itu, mereka dibawa pula untuk melihat kelas mereka. Sewaktu masuk ke bangunan akademik itulah mereka bertembung dengan pelajar-pelajar Tahun 2, 3, 4 dan 5. Atau lebih tepat lagi senior-senior mereka. Para pelajar junior itu begitu seronok dan teruja melihat bakal-bakal penyihir hebat Waltfield itu.

Ayuni sendiri kini baru merasakan bahawa dirinya berada di dunia lain apabila melihat pelajar-pelajar yang memakai pakaian atau sut pahlawan yang begitu gah. Rasa seperti berada di dalam dunia anime pun ada.

"Pelajar semua, yang ni Kelas Perfectus, diikuti Kelas Victoria dan Kelas Excelle. Di sinilah kamu akan belajar mulai... esok," ujar Sir. Donnie.

"Oh, sebelum tu, untuk pengetahuan kamu semua, Sir. Arya ialah guru Kelas Perfectus..."

"Waaa...!!!" Belum sempat Miss Fiona habis berbicara, beberapa orang pelajar perempuan Kelas Perfectus menjerit kesukaan. Kuat benar aura guru lelaki itu.

Miss Fiona menjeling laju ke arah Sir. Arya dan guru lelaki itu hanya berpaling ke arah lain sambil bersiul.

"Ehem, ehem... Sir. Arya guru Kelas Perfectus, Sir. Donnie guru Kelas Victoria dan saya guru Kelas Excelle," sambung Miss Fiona lagi.

"Baiklah semua, sampai sini sahaja program kamu hari ni. Sekarang kamu boleh balik ke asrama, lihat bilik kamu. Untuk makluman, mulai hari ini sehinggalah kamu tamat belajar di sini, kamu akan tinggal bersama-sama ahli kumpulan kamu. Jadi, hari ni kamu bolehlah berkenalan dengan lebih rapat lagi, kemas bilik dan buat apa yang patut. Dalam bilik kamu sudah disediakan buku panduan WWA, baca dan hadamlah. Faham?" beritahu Sir. Arya serba-sedikit tentang asrama.

"Oh, untuk bilik, ikut nombor yang diberi sewaktu pembahagian kumpulan pagi tadi. Sekarang, boleh bersurai."

Para pelajar mula beredar ke asrama. Ayuni berjalan bersama-sama Ian, Nedely dan Shawn. Ayuni sekarang mula terfikir-fikir bagaimanakah kehidupannya pada hari yang mendatang sebagai pelajar Waltfield Wizard Academy. Bukan ini tujuannya mengembara di Waltfield melainkan mencari cara untuk kembali ke dunianya.

•••••

"Woah...!" Itulah yang terlepas daripada mulut mereka sebaik sahaja membuka pintu bilik.

Bilik ini sebenarnya bukanlah bilik sebaliknya ianya sebuah rumah! Terdapat ruang tamu yang sederhana, empat buah bilik yang telah dilengkapi dengan bilik air dan terdapat ruang dapur juga. Mereka begitu kagum melihat ruang itu yang semalam hanyalah bilik-bilik kecil. Sekarang, ia telah diubah oleh Sir. Donnie menjadi blok-blok rumah pula.

"Korang, jom kita pilih bilik," ajak Nedely teruja sebelum terus menerjah ke pintu bilik pertama selepas pintu utama.

Ayuni pula semestinya memilih bilik di sebelah bilik Nedely. Shawn memilih bilik di hadapan bilik Nedely sementara Ian bilik yang terakhir iaitu di hadapan bilik Ayuni. Setelah melihat-lihat bilik masing-masing, mereka lalu berkumpul di ruang tamu. Masing-masing merenung antara satu sama lain.

Awak Ada Saya!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang