Chapt. 27

137 26 4
                                    

Pengetua Iduna telah memanggil Miss Fiona, Sir. Arya dan Sir. Donnie ke biliknya sebaik sahaja kejohanan berakhir. Terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan guru-guru itu.

"Kita semua menyaksikan pertarungan antara Ian dengan Hadric tadi. Tapi, kita tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Sihir apakah yang Ian miliki? Saya tak pernah tengok jenis sihir yang seperti itu. Tapi, saya dapat rasakan aura itu sangat kuat," ujar Pengetua Iduna.

"Kami pun dapat rasa aura yang besar tu. Ke mana Ian dan Hadric hilang? Kita tidak nampak portal, gerbang teleportasi ataupun apa-apa yang membawa mereka pergi ke tempat lain." Dahi Sir. Donnie berkerut.

"Ya, Ian seolah-olah telah membawa Hadric pergi ke dimensi yang lain. Dekat situ dia telah melawan Hadric namun tak menjejaskan dunia yang sebenar." Miss Fiona mengutarakan pendapatnya.

Pengetua Iduna berfikir seketika. Kata-kata guru wanita itu ada logiknya. "Dimensi. Mungkin masuk akal juga."

"Apa kata kalau kita tanya sendiri Hadric apa yang dia lalui? Apa yang telah Ian lakukan padanya?" usul Sir. Arya pula.

Pengetua Iduna lantas bersetuju dengan cadangan itu. Mereka kemudian telah memanggil keempat-empat Penyihir Elit Bintang WWA.

"Hadric, boleh kamu bagitahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada kamu?" soal Pengetua Iduna terus kepada tujuannya.

Wajah Hadric nampak tidak senang dengan soalan tersebut. "Saya tak berapa pasti, tapi mula-mula tu tiba-tiba keadaan sekeliling menjadi serba putih. Tiada pergerakan manusia tapi masih lagi colloseum. Saya kemudian terpisah jauh daripada Ian dalam sekelip mata. Dan dalam sekelip mata jugak saya rapat dengan Ian. Kemudian badan saya seolah-olah berada dalam ruang yang sangat sempit. Ruang kat situ seolah-olah tidak terbatas di bawah kawalan budak tu."

Empat orang guru itu terus menanti cerita daripada anak muridnya itu. Apabila dilihat Hadric diam dengan muka yang seolah-olah memikirkan sesuatu yang menakutkan, Miss Fiona bersuara.

"Lagi? Apa jadi lepas kamu hilang kali kedua tu?"

"Lepastu, keadaan sekeliling semuanya kaku seakan-akan masa diberhentikan. Lepas tu, badan saya tiba-tiba menjadi lemah dan... saya menjadi tua. Tapi, lepas tu saya bertukar pula menjadi saya yang kanak-kanak. Seolah-olah dia boleh kawal masa jauh ke hadapan dan ke belakang."

Pengetua Iduna dan tiga orang guru itu mula berfikir. Tidak lama selepas itu Pengetua Iduna mengeluarkan kesimpulan yang masih lagi kurang pasti.

"Kalau berdasarkan cerita Hadric ni, saya rasa sihir Ian adalah sihir dimensi ruang dan masa. Sungguh sihir yang menakjubkan. Dia boleh memanipulasi ruang dan masa sesuka hati, tetapi tidak membawa kesan kepada dunia sebenar. Hanya melibatkan orang yang dibawanya ke dimensi tersebut."

Miss Fiona, Sir. Donnie dan Sir. Arya sepertinya bersetuju dengan pendapat Pengetua Iduna. Setelah itu, perbincangan ringkas itu pun selesai.

•••••

Hari-hari selepas kejohanan itu hanya diisi dengan sesi latihan dan latihan oleh kumpulan Ayuni dan kumpulan Eara. Mereka perlu betul-betul menyiapkan diri untuk mereka menjalankan misi di Hutan Jewelbonia nanti. Dalam mereka lapan orang, hanya Ayuni dan Ian sahaja yang sudah tahu apakah perkara yang bakal mereka lakukan. Mereka telah disuruh untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan Shawn, Nedely, Eara, Beth, Darrel dan Noelle.

Kini, tinggal sehari sahaja lagi sebelum mereka dikehendaki bertolak ke Hutan Jewelbonia. Dan pada hari ini, pihak akademi telah memberi rehat yang istimewa kepada mereka iaitu mereka dibenarkan keluar bersiar-siar di Kota Brickmilve. Ayuni dan Nedely melompat kegembiraan apabila mendapat khabar tersebut. Sudah tentu mereka teruja kerana sudah berminggu-minggu mereka terkurung di situ dan tambahan pula mereka tidak pernah lagi meneroka satu Kota Brickmilve. Ian juga sangat teruja sebenarnya tetapi tidak ditunjuk kerana tidak mahu kalah dengan Shawn yang nampak lebih bersahaja.

Mereka bersiap-siap di dalam bilik masing-masing. Sebaik sahaja Ayuni keluar daripada bilik, dia terkejut apabila Ian juga kebetulan baru sahaja keluar daripada bilik. Dan apa yang lebih mengejutkan ialah apabila mereka memakai pakaian yang senada warnanya. Warna biru lembut.

"Woa...!" Nedely yang baru keluar sudah tersengih-sengih. "Dah sepakat ke? Dah agak dah korang dua orang ni memang ada apa-apa."

"Jangan nak pandai-pandailah!" Ayuni pura-pura marah.

Shawn merapati Ian dengan riak yang mencurigakan Ayuni. Apa pula yang ingin dilakukan lelaki itu?

Shawn berbisik dekat dengan Ian. "Kawan, aku ada tahu satu tempat ni, romantik sangat kat situ. Sesuai untuk kau luah perasaan nanti. Perempuan ni senang jer tahu, tapi kau kena pandai..."

Ayuni bercekak pinggang. "Saya dengarlah! Macam bagus jer kan? Dia tu pun tak pernah ada awek, sedap mulut nak ajar orang."

Shawn memandang Ayuni dengan kening terangkat. "Eh, eh. Aku dengan Nedlah. Kau apa tahu?"

"Apa???!!!" Nedely bertempik kuat sehingga bergegar satu rumah.

"Oh... cakap dekat orang sedap ya. Dia pulak dalam diam-diam..." Ayuni tersengih kemenangan.

Nedely yang geram lantas mengeluarkan gelung corak sihirnya. Dia lalu mengeluarkan bebenangnya daripada lantai dan lantas mengikat tubuh Shawn.

Shawn tidak melawan. "Wow, ganas! Aku suka... aku rela diikat untuk kau seorang."

Bokk!!

Satu tumbukan padu melekat pada wajah Shawn menyebabkan hidungnya berdarah sedikit.

"Yuni, Ian, jom!!! Tinggalkan mamat perasan tu. Nampak jer macam senyap, beku tapi... erghhh!!!" Nedely tidak dapat menghabiskan ayatnya.  Dia terus keluar daripada rumah dan pintu dihempas kasar.

Ayuni dan Ian tersengih-sengih sesama sendiri. Ian berpaling ke arah Shawn yang masih lagi terikat.

"Kawan, nak aku tolong ke?" soal Ian dengan nada sedikit mengejek.

Shawn tidak bersuara. Wajahnya terdongak ke atas dengan darah meleleh sedikit dari hidungnya.

"Biarlah. Saya yakin nanti Ned akan datang balik. Dia tu mahu tapi malu." Ayuni tersenyum mengenangkan telatah rakannya itu.

"Jom," ajak Ian sebelum mereka sama-sama keluar daripada rumah meninggalkan Shawn bersendirian.

Apabila mereka tiba di hadapan asrama, kelihatan Nedely yang berdiri sambil berpeluk tubuh. Apabila terpandang sahaja Ayuni dan Ian berdua tanpa Shawn, terus Nedely merapati mereka.

"Mana Shawn?"

Ayuni tersenyum sengaja ingin mengusik. "Kan dia cakap dia rela diikat hanya untuk awak. Sekarang ni dia dalam rumah lagilah."

Nedely menggepal buku lima. "Mamat tu kan, memang.... erghh!!" Dia kemudian berlari masuk ke asrama kembali.

"Kami pergi dulu ya!" laung Ian dan Nedely sekadar mengangkat tangan.

Masuk sahaja Nedely, keluar pula Eara, Noelle, Beth dan Darrel. Empat sekawan itu lantas merapati Ian dan Ayuni. Eara memandang Ayuni dengan pandangan gedik.

"Huh, nak keluar dating ke?" soal Eara dingin.

"Kenapa? Ouh, awak jelous yer..." Ayuni sengaja ingin membuatkan Eara meradang. "Yalah, kitakan ada teman lelaki, untuk kita sorang jer. Orang tu pulak, kongsi tiga. Ish, tak naklah kita macam tu."

Sedar dirinya dimaksudkan, Darrel mengerling Ayuni sekilas. Eara menjadi geram. Iri melihat Ayuni dan Ian yang begitu rapat itu, Eara segera meraih tangan Darrel. "Eh, aku pun adalah. Untuk aku sorang jugak."

"Hei, Darrel ni aku punyalah." Noelle meraih tangan Darrel yang sebelah lagi sebelum bermulanya sesi tarik-menarik. Beth tergeleng-geleng melihat tingkah kawan-kawannya itu.

Akhirnya, aksi tarik-menarik itu dimenangi oleh Eara. "Darrel, jom naik balik kita tukar baju yang sedondon."

Ayuni lantas menekup mulut menahan gelak. Tidak disangka bahawa bajunya yang senada dengan Ian juga dicemburui oleh gadis itu.

Bersambung.....

Awak Ada Saya!Where stories live. Discover now