Ayuni bergerak perlahan-lahan kembali ke katil. Jiwanya berkecamuk. Ian menderita? Hatinya mula menangis. Tangisan hatinya mula melahirkan mutiara-mutiara jernih di tubir matanya. Akhirnya Ayuni menangis teresak-esak. Dia duduk di atas katil sambil menekup mukanya dengan tangan.
Nedely yang melihat Ayuni menangis secara tiba-tiba menjadi panik. "Yuni? Kenapa ni? Kenapa awak nangis ni? Saya mintak maaf sebab tertengking awak tadi." Dia segera merapati Ayuni dan memegang bahu gadis itu.
"Kawan saya... apa maksud awak dia menderita? Saya tak... tak nak dia menderita lagi. Dia dah banyak menderita," ujar Ayuni dalam tangisan.
Nedely turut melabuhkan punggung di sisi Ayuni. Tangannya menggosok-gosok belakang gadis itu.
"Nedely, beritahu saya. Beritahu saya apa yang mereka nak buat dengan kawan saya?!" desak Ayuni tegas.
"Kalau awak nak tahu, pekan ni... pekan homoseksual," jawab Nedely sebelum berpaling ke arah lain.
Ayuni menekup mulutnya dengan tangan. Sekarang dia rasa seperti ingin mencarut sahaja. Sekarang dia sudah dapat agak apa nasib Ian. Cumanya dia tidak dapat membayangkan apa yang akan dilakukan terhadap Ian.
Ayuni menyapu kasar air matanya dengan belakang tangan sebelum turun dari katil. "Nedely, kenapa tak cakap awal-awal? Saya tak kira terlambat atau tak, saya nak pergi selamatkan kawan saya! Kalau awak tak nak tolong saya biar saya buat sendiri!" Ayuni terus menuju ke pintu.
"Yuni!" panggil Nedely menyebabkan langkah Ayuni terhenti.
"Awak mampu ke lawan mereka semua? Kami kaum perempuan memang menderita kat sini. Kalau boleh memang kami nak hapuskan golongan yang macam ni, tapi kami tak mampu. Semua lelaki kat pekan ni gay. Lepas tu mereka semua kuat-kuat. Saya bimbang kalau awak pulak yang tercedera nanti." Nedely bersungguh-sungguh menasihati Ayuni.
"Apa guna sihir yang korang ada kalau tak guna? Kalau awak tak berani, biar saya yang berhenti jadi lemah. Saya tak nak lagi jadi pengecut! Saya nak selamatkan kawan saya. Biarlah saya menggadaikan nyawa saya sekalipun, sebab dia juga pernah menggadaikan nyawanya demi saya!" tegas Ayuni langsung tidak gentar dengan amaran Nedely.
"Tapi, apa sihir awak?"
Ayuni terdiam seketika sebelum menjawab. "Tak kisahlah sihir apa yang saya ada. Yang penting saya akan berdepan dengan lelaki-lelaki jahat tu!Saya akan berjuang demi sesuatu yang berharga bagi saya!"
Ayuni terus menuju ke pintu.
"Ayuni, tunggu!"
Sekali lagi Ayuni berpaling ke belakang.
"Betul ke awak nak selamatkan kawan awak?"
Ayuni menggenggam tangannya dengan yakin. "Betul!"
Nedely melepaskan nafas berat. "Baiklah, saya tolong awak."
Ayuni terus meluru ke arah Nedely dan tubuh gadis itu dirangkul erat. Nedely sekadar menarik senyum dan membalas pelukan Ayuni. Sudah lama dia tidak merasakan pelukan mesra seumpama ini.
"Terima kasih, Nedely."
•••••
Sekarang langit sudah bertukar menjadi jingga. Kawasan pekan itu juga sudah agak lengang. Di tepi lorong yang agak gelap, Ayuni dan Nedely berjalan perlahan-lahan. Mereka pun berhenti di hujung lorong itu dan memandang ke suatu arah.
"Tulah tempat mereka 'menyeksa' orang-orang luar. Maksud saya orang lelaki luar," ujar Nedely separa berbisik seraya menuding ke arah sebuah rumah batu yang tidak dplaster.
Dari rumah itu jelas kedengaran gelak ketawa dan sorak-sorai suara-suara garau. Ayuni sendiri sudah meremang mendengar paduan suara besar yang menggerunkan itu. Tiba-tiba...
YOU ARE READING
Awak Ada Saya!
FantasiAyuni Afya gadis yang lemah-lembut. Tetapi yang paling dominan adalah LEMAH. Dia seorang gadis yang lemah, kurang keyakinan diri dan mudah dibuli. Bagaimana dia ingin menjelaskan perasaannya kepada Si Crush? Dengan keberanian yang tidak seberapa, Ay...