Chapt. 19

129 26 15
                                        

Shawn dan Nedely terus menuju ke tempat duduk mereka. Sewaktu mereka mula melangkah masuk ke kelas tadi, semua penghuni di dalam Kelas Perfectus itu memandang ke arah mereka berdua. Sebaik sahaja Nedely melabuhkan punggung di atas kerusi, dia lalu didatangi oleh tiga orang pelajar perempuan.

"Hei, kau dua orang tak tahu ke yang ahli kumpulan korang Kelas Excelle tu takda sihir? Atau kau dua orang dah kena tipu hidup-hidup?" soal pelajar perempuan yang berambut merah tiba-tiba.

Nedely terpinga-pinga sementara Shawn buat tidak endah sahaja. Bagaimana pelajar ini boleh tahu tentang Ayuni dan Ian? "Err...jap, korang ni siapa? Maaflah saya tak kenal semua lagi pelajar kelas ni." Nedely bertanya kembali.

"Hish!" bentak gadis itu. "Aku Eara Hyuri, pemilik sihir cinta." Eara memflipkan rambutnya dengan penuh lagak.

"Eh, cepat-cepat kenalkan diri. Boleh dia tak kenal kita," ujar pelajar perempuan berambut kelabu. "Nama aku Noelle Vamper, pemilik sihir graviti." Seusai berkata-kata, Noelle segera menyiku seorang lagi temannya yang berambut merah jambu. Kalut sungguh.

"Saya Beth Jadwick, pemilik sihir buih." Beth memperkenalkan diri dengan lebih sopan berbanding Eara dan Noelle.

"Mana mamat tu? Mana dia?" soal Noelle kalut.

"Tu." Beth menjuihkan bibirnya ke suatu sudut di mana seorang pelajar lelaki sedang membaca buku.

"Hei, kau mari sinilah!" panggil Noelle sebelum pelajar lelaki berambut perang itu datang kepada mereka.

"Apa dia?" soalnya perlahan.

"Eh, kenalkan diri kaulah! Kita kena bagitahu kumpulan kita dekat semua orang," marah Eara.

"Aku Darrel Silver, pemilik sihir lekatan." Darrel memperkenalkan dirinya dengan suara yang ingin keluar dengan tidak sahaja.

"Okay..." Hanya itu yang dibalas Nedely. "Erm... macam mana korang tahu yang kawan kami tu takda sihir?"

"Apa maksud soalan kau ni? Apa memang kau dah tahu atau kau tak percaya kami?" tanya Eara agak geram.

"Ah, tak kisahlah dah tahu ke, tak percaya ke... tapi dari mana korang tahu?" desak Ayuni.

Eara menjulingkan matanya. "Adalah." Suaranya kedengaran begitu gedik.

"Sudahlah," suara Shawn tiba-tiba. "Kalau kau tak bagitahu maknanya kau tipu. Kau fitnah." Ternyata Shawn sebenarnya tertarik dengan isu itu.

Eara menjegilkan biji matanya. "Kau cakap aku tipu?!"

Noelle tiba-tiba mencelah. "Eee... geramnya aku kau ni. Kau nak bukti kan? Tu ada senior Tahun 3 dengar perbualan kawan kau tu dengan Pengetua Iduna. Semalam pengetua panggil kawan kau kan? Ha, puas hati?" Marah benar nampaknya gadis berambut paras bahu itu.

Nedely terus memandang Shawn. Tahulah dia kini bagaimana cerita tentang Ayuni dan Ian itu boleh diketahui pelajar-pelajar lain. Patutlah mereka menjadi tumpuan ramai sejak tadi. Sekarang dia terfikir bagaimanakah keadaan kawannya itu sekarang?

"Untuk pengetahuan korang semua, memang kami dah tahu pun. Ada masalah ke?" Shawn bersuara bersahaja.

Eara menggenggam tangannya dengan geram. "Habistu, korang boleh terima jer orang yang takda sihir?"

"Pada saya, mereka taklah teruk sangat kan? Tapi, mereka unik," ujar Beth perlahan.

"Tengok, kawan kau pun boleh terima. Kenapa pulak kau nak meradang tak tentu pasal ni?" Shawn terus memprovok gadis itu.

Nedely cuma menggeleng kepala tidak mahu masuk campur. Eara sudah merenung tajam ke arah Shawn dengan perasaan marah. Shawn pula membalas renungan gadis itu dengan senyuman sinis. Tiba-tiba...

"Muah..."

Membulat terus mata Nedely. "Eara, kenapa awak bagi flying kiss dekat kawan sa..." Nedely terkaku seketika demi sahaja terpandang Shawn yang memandang tepat ke arah Eara dengan riak kosong. Anak mata lelaki itu sudah sedikit pudar.

"Shawn? Hei, kenapa ni? Bangunlah!" Nedely menampar-nampar pipi Shawn.

Nedely terus memandang tajam ke arah Eara. "Hei, awak dah sihir kawan saya yer?!"

Nedely menghentak tangannya ke meja dan ingin berdiri. Namun, Darrel tiba-tiba menyentuh meja dan kerusi Nedely menyebabkan tangan dan punggung gadis itu tidak dapat bergerak. Badannya seperti digam pada kerusi dan meja.

"Eh, apa ni?" Nedely meronta-ronta.

Beth dan Noelle mengangkat tangan ke atas tanda mereka tidak terlibat.

"Hahaha..." Eara ketawa gedik. "Cari pasal dengan aku lagi."

Eara lalu melihat Shawn yang masih lagi dipukau. Dia tersenyum jahat.

"Eh, awak nak buat apa tu?" tanya Nedely cemas.

"Hihihi... hei seksi, kiss saya cepat," ujar Eara gedik kepada Shawn.

Shawn perlahan-lahan merapatkan wajahnya ke wajah Eara.

"Jangan buat macam tu!!" jerit Nedely penuh amarah. Dia terus menggoncang-goncang meja dan kerusinya.

"Selamat pagi semua." Sir Arya melangkah masuk ke kelas.

Semua pelajar terus bergegas ke tempat masing-masing. Eara terus melepaskan sihirnya dan begitu juga Darrel. Sebelum berlalu, Eara sempat mengenyit mata kepada Shawn.

Shawn yang baru tersedar masih terpinga-pinga. "Aku terlelap ke? Maaflah aku memang selalu mengantuk pagi-pagi macam ni."

Nedely terus menepuk dahi.

•••••

"Hari ni, kita sambung lagi sejarah pahlawan lagenda Waltfield, Roman Nova." Miss Fiona memandang Ian sekilas.

"Miss, bukan sejarah tu dah tamat ke semalam?" soal seorang pelajar perempuan.

"Oh, belum lagi. Sebenarnya saya tak cerita lagi kisah yang menariknya."

Ian dan Ayuni berpandangan antara satu sama lain. Mereka terus bersemangat untuk mendengar sejarah itu. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.

Miss Fiona memulakan cerita. "Sebenarnya, perjuangan Roman Nova untuk menentang Heraku tidaklah bersendirian. Tetapi, dia mempunyai seorang pembantu. Orang yang sangat penting, yang menyalurkan semangat dan kekuatan kepada Roman. Siapa dia?"

Miss Fiona memandang ke setiap wajah para pelajarnya. "Kamu pernah dengar... gadis luar?"

Para pelajar terus berbisik antara satu sama lain dan menggeleng kepala tanda tidak tahu. Ayuni pula sudah terkejut apabila sekali lagi mendengar frasa itu disebut. Dia lantas memandang Ian di sebelahnya.

"Gadis luar ini, ialah seorang gadis yang datang dari dunia lain, bukan warga Waltfield."

Jantung Ayuni terus berdegup laju.

"Dan dia... tiada sihir."

Demi sahaja perkatan tersebut keluar daripada mulut Miss Fiona, serta-merta mata-mata yang ada di dalam kelas itu berpaling ke belakang. Atau lebih tepat lagi ke arah Ian dan Ayuni.

"Kenapa kamu semua pandang mereka berdua?" soal Miss Fiona sambil tersenyum.

"Miss, mereka dua orang takda sihir." Seorang pelajar lelaki terus bersuara.

"Jadi? Apa yang kamu fikir?"

Masing-masing tidak menjawab soalan tersebut sebaliknya sekadar menjongket bahu.

"Baiklah, lepas rehat nanti semua diminta berada di padang latihan ya. Tolong tepati masa. Tetapi..." Miss Fiona memandang ke hujung kelas. "Ian dan Ayuni sila ke perpustakaan. Saya ada tugasan lain untuk kamu."

Ayuni dan Ian sekadar berpandangan antara satu sama lain.

Bersambung.....

Awak Ada Saya!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang