Chapt. 28

151 28 12
                                        

"Sekarang kita nak pergi mana dulu? Eceh, tanya macam banyak tempat jer kita nak pergi kan? Padahal saya bukannya tahu pun kota ni." Ian menyoal dan mentertawakan dirinya sendiri.

"Tulah."

Ayuni dan Ian berjalan-jalan di pinggiran jalan utama Kota Brickmilve yang agak sesak itu. Nedely dan Shawn mereka tidak tahu ke mana. Sewaktu mereka keluar daripada akademi tadi, dua orang itu masih lagi tidak keluar. Harap-harap tidak pecahlah rumah tu bila mereka balik nanti.

"Ian, saya rindu la dekat Jellybean. Kita jenguk dia nak? Lagipun saya nak bagi duitlah dekat Abang Louis," usul Ayuni tiba-tiba.

Ian laju sahaja bersetuju. "Tapi, awak tak kisah ke kalau Jellybean bergedik dengan saya nanti?"

"Eh, eh. Kenapa pulak saya nak kisah? Biarlah dia, dia kan betina, ada perasaan pulak tu. Lainlah kalau jantan, ha yang tu memang saya larilah."

Ian ketawa kecil. "Baiklah kalau macam tu."

Mereka terus melajukan langkah menuju ke bangsal kuda yang dijaga oleh Louis itu. Dari kejauhan sudah kelihatan Louis yang termenung di atas kerusi. Ian dan Ayuni berpandangan sebelum melajukan lagi langkahnya.

Menyedari kehadiran Ian dan Ayuni, Louis terus berdiri dan menarik senyuman yang ternyata dipaksa. "Hai, korang datang ni nak ambik Jellybean ke?"

Ian bersalam dengan Louis dan berpelukan seketika. "Takdalah bang, kami datang nak jenguk jer."

Ayuni memerhatikan sahaja wajah Louis yang sepertinya menyembunyikan sesuatu.

"Bang, abang ada masalah ke? Kalau abang ada masalah bagitahulah. Mana tahu kalau kami boleh bantu," soal Ayuni tidak betah menyimpan persoalan itu.

Louis tidak terus bersuara. Wajahnya memang jelas mengatakan bahawa dia mempunyai masalah yang membebankan kotak fikirannya. "Erm... sebenarnya isteri saya sakit. Saya memang nak bawak dia dapatkan rawatan tapi... ah takpalah. Nantilah saya usahakan." Louis mencuba menutup galau dihatinya dengan mengukirkan senyuman.

"Tapi apa, bang? Bagitahu jer. Kalau kami mampu kami tolong," desak Ian.

"Haih... kos rawatan memang mahal dekat kota besar ni. Setakat ni saya tak mampu lagi nak bawak isteri saya dapatkan rawatan."

Ayuni dan Ian jatuh kasihan. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Berapa bang duit yang abang perlukan?" soal Ayuni ingin tahu.

"Dalam... 5000 Digre."

Ayuni dan Ian agak terkejut mendengar amaun itu. Tetapi, Louis dalam kesusahan dan mereka mesti tolong. Ayuni dan Ian sekarang masing-masing mempunyai 4000 Digre yang diberikan oleh akademi. Memang setiap pelajar WWA akan diberikan 4000 Digre setiap tahun.

"Takpa bang, kami boleh tolong."

Kemudian Ayuni dan Ian masing-masing mengeluarkan 2500 Digre dan diserahkan kepada Louis. Louis pula agak teragak-agak untuk menerima duit tersebut.

"Be-betul ke ni?"

"Ya, bang. Ambiklah, abang seorang yang sangat baik. Abang layak dapat kehidupan yang lebih baik. Kami harap isteri abang cepat sembuh. Terima kasih tolong kami hari tu." Ayuni bersuara lembut.

Louis begitu terharu dan tiada lain ucapan yang mampu dia ucapkan selain ucapan terima kasih.

"Boleh kami tengok Jellybean?"

Louis segera membenarkan mereka masuk ke bangsal Jellybean. Kuda itu meringkik dan melompat galak apabila melihat kedatangan Ian dan Ayuni.

"Oh, Jellybean! Makin gemuk ya awak sekarang." Ian menggosok-gosok kepala Jellybean.

Awak Ada Saya!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang