Chapt. 10

182 34 12
                                        

"Ian."

"Ya?"

Ayuni memandang tepat ke wajah Ian. "Selamat hari lahir!" ujar Ayuni penuh kelembutan.

Ian terdiam. Wajahnya kini bertukar riak dan Ayuni tidak dapat mentafsir maksud di sebalik riak wajah itu.

"Ian, awak okay ke ni?"

Tiba-tiba Ian tersengih. "Kalau saya nak nangis boleh tak?"

"Hah?! Kenapa pulak?"

"Yuni, dah 10 tahun takda orang ucap selamat hari lahir untuk saya. Terakhir saya sambut waktu umur saya lima tahun, mak saya buatkan kek. Biarpun kek tu kecik sebab mak tak mampu, tapi tulah hadiah yang sangat berharga. Lepas mak takda, setiap tahun, saya akan sorang-sorang jer. Macam sekarang, duduk di tepi sungai, berbumbungkan langit malam, tengok kelip-kelip. Lepastu, saya ucapkan selamat hari lahir untuk diri sendiri. Tapi malam ni, saya ada aw-awak yang..." Ian mula sebak. Dia memejam mata rapat.

"Ian, awak tak boleh nangis!" tegas Ayuni. "Nangis tu milik saya sorang jer. Saya tak izinkin awak ambik nangis saya. Saya nak awak kuat, kalau saya ada awak... awak pun ada saya jugak sekarang. So, saya tak bagi awak nangis." Ayuni cuba menegaskan suaranya walau hakikatnya dia yang ingin menitiskan air mata mendengar kisah Ian.

Ian tersengih seraya mengesat matanya yang terasa pedih. "Baiklah, saya tak nangis. Saya akan jadi kuat untuk awak," kata Ian.

"Ian, saya takda hadiah tau nak bagi dekat awak," ujar Ayuni perlahan.

Ian memandang wajah lembut Ayuni. "Awak tahu tak, saya jumpa awak nilah hadiah paling bernilai yang saya tak pernah jangka."

Ayuni semakin dihambat rasa syahdu. Matanya berair sedikit. "Tapi, saya ada sesuatu untuk awak."

"Betul ke? Apa dia?" soal Ian teruja.

"Okay, saya nak awak tengok bintang-bintang kat atas. Jangan tengok saya."

"Baik, pastu?" Ian nenuruti perintah. Dia merenung bintang-bintang di langit dalam keadaan terbaring.

"Hari ini hari ulang tahunmu,
Bertambah satu tahun usiamu,
Ku doakan bahagia selalu untukmu,
Tercapai segala cita-citamu.

Selamat ulang tahun kuucapkan untukmu,
Semoga bahagiakan mengiringi langkahmu,
Tiada yang bisa kuberi hanyalah doa dan rasa cinta,
Yang tulus dariku tuk dirimu." Ayuni melantunkan lagu tersebut sambil memandang lurus ke arah sungai.

Seusai menyanyi, dia berpaling ke arah Ian. Terkejut Ayuni apabila melihat Ian yang ralit memandang ke arahnya. Dan, mata lelaki itu nampak berkaca disuluh cahaya bulan.

"Awak jahat tau! Kan saya dah suruh awa..."

"Terima kasih." Ian memberikan senyuman yang cukup manis. "Terima kasih untuk hadiah ni."

Ayuni tersenyum malu.

"Tapi suara awak macam budak umur 10 tahun bila nyanyi." Terus meletus tawa Ian.

"Ian...!!!"

•••••

"Awak dah betul tak apa-apa ni?" Ayuni masih lagi risau dengan kesihatan Ian.

"Ya, awak janganlah risau sangat. Saya dah biasa kenalah, lagi teruk pun pernah." Ian membasuh mukanya dengan air sungai.

Ayuni mencebik. "Eleh, kalau dah biasa macam mana boleh sampai demam?"

Ian lantas tersengih. "Badan saya nak bermanja dengan awaklah tu. Hehe..."

Ayuni mendengus tetapi pipinya tetap menjadi merah. Malu.

"Okay, sekarang kita nak pergi mana?" Ayuni mendekati kudanya yang sedang meragut rumput.

Ian menggosok-gosok kepala kuda tersebut menyebabkan kuda itu meringkik manja. 'Ish, gediknya! Jantan ke betina ni?' soal hati Ayuni.

"Erm... kita pergi hilir sungai." Ian melompat naik ke atas belakang kuda. "Mari." Ian menghulurkan tangan kepada Ayuni.

"Err... saya duduk depan ke belakang?" soal Ayuni teragak-agak.

"Depanlah."

Ayuni tidak terus bersuara. 'Kalau aku duduk depan, aku akan berada dalam pelukan dia. Kalau aku duduk belakang pulak, aku yang akan peluk dia. Aduh, macam mana ni? Dua-dua tak elok.' Ayuni berperang di dalam hati.

"Yuni? Fikir apa tu?"

"Ish, kejaplah!" Ian pula yang dimarahi gadis itu. Ayuni menyambung bermonolog. 'Kalau aku duk depan, dia pasti akan peluk aku walaupun aku rela atau tak. Kalau kat belakang, aku ada pilihan sama ada nak peluk dia atau tak. Okey, titik.'

"Okay, awak. Saya nak duduk belakang."

Ian memandang Ayuni dengan wajah 'betul ni?'. "Hmm, suka hatilah."

Dengan bantuan Ian Ayuni naik ke atas belakang kuda dan dia duduk dalam keadaan menyisi. Konon-kononnya nampak ayu. Ayuni agak tidak stabil dan dia nampaknya terpaksa berpegang pada 'sesuatu', dan satu-satunya 'sesuatu' yang ada di situ ialah Ian.

'Aduyai, kenapalah makhluk kuda ni takda benda pemegang macam motorsikal tu?' rungut Ayuni di dalam hati.

"Ian... awak takpa ke tak pakai baju ni?" soal Ayuni yang sangat tidak selesa berdamping dengan lelaki yang tidak berbaju itu.

"Kenapa? Awak ada masalah ke? Saya selesa jer macam ni," jawab Ian bersahaja.

"Awak memanglah selesa. Tapi saya yang tak..."

Belum sempat Ayuni menghabiskan ayatnya, Ian menyentak tali kuda lalu kuda itu terus berlari. Ayuni yang tidak bersedia terdorong ke belakang akibat pecutan itu. Kesannya secara automatik Ayuni terpeluk badan Ian dan lelaki itu ketawa lepas.

"Saya benci awakkk...!!!"

•••••

Setelah lebih kurang tiga jam berjalan, akhirnya mereka tiba di satu jalan bertanah merah yang lurus. Kawasan tersebut langsung tiada pokok dan ini bermakna mereka akan terkena pancaran cahaya matahari secara terus. Angin berhawa panas bertiup perlahan yang menerbangkan debu-debu tanah.

Ayuni sudah tidak bermaya di atas belakang kuda. Perutnya sudah mendendangkan pelbagai irama rancak meminta untuk diisi. Dalam keadaan lemah dan ditambah dengan kepanasan, Ayuni melentokkan kepalanya di belakang Ian. Dia sudah tidak kisah sama ada lelaki itu berbaju atau tidak. Bahkan badan yang berpeluh juga dia tidak hiraukan. Sungguh otaknya separa waras sekarang.

"I-an... sa-saya... lapar..." Ayuni meleret-leretkan suaranya.

Ian tidak menjawab. Sebaliknya, dia memberhentikan kuda yang sedang berjalan perlahan. Kebisuan Ian itu mengundangkan tanda-tanya di benak Ayuni. Dia mengangkat kepalanya secara paksa.

"Ian... ada apa ni?"

"Awak nampak tak apa yang saya nampak?"

Ayuni pelik. "Nampak apa?"

"Tu, kat depan sana." Suara Ian kedengaran riak keterujaan.

Ayuni menjengah kepalanya untuk melihat ke arah yang dimaksudkan. Di kejauhan, dapat Ayuni lihat sesuatu yang tinggi tersergam. Bangunan pencakar langit! Terdapat juga pantulan-pantulan cahaya yang datang daripada kepingan cermin yang membina bangunan-bangunan itu. Ayuni juga turut menjadi teruja.

"Adakah itu bandar?" tanya Ayuni tidak sabar.

Ian pantas mengangguk. "Pegang kuat-kuat."

Ayuni terus memegang bahu Ian. Ian lalu menyentak tali kuda dengan bersemangat sekali. Dengan ringkikan yang agak kuat, kuda itu terus memecut laju ke hadapan. Kini, keletihan dan kelaparan yang mereka tanggung dirasa berkurang sedikit. Mungkin terlalu teruja barangkali untuk memasuki bandar besar itu.

Bersambung.....

P/s : Sorry yer kalau Am ada salah guna perkataan, istilah atau apa-apa jer. Sebab ada certain things yang Am tak tahu apa nama dia. Malas pulak tu nak search google...lol. Apapun, enjoy reading. Kalau rasa best silalah votment yea...TQVM :D

Awak Ada Saya!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang