Ayuni, Ian, Nedely dan Shawn terus menoleh. Maka terlihatlah tiga orang pelajar senior menuju ke arah mereka. Pelajar senior yang biadab itu mengacip gigi kemarahan.
"Korang kalau tak kacau aku tak boleh ke?!"
"Sudah, Hadric. Berhenti!" marah senior perempuan yang berambut hijau muda.
"Isaac, lepaskan kaki aku ni," arah Hadric kepada senior yang berambut merah jambu.
Pelajar yang dipanggil Isaac itu pun melepaskan cengkaman simen pada kaki Hadric dan Shawn dan simen itu kembali ke bentuk asal lantai dewan. Hadric pun terus beredar dengan wajah bengang. Apabila melihat Ayuni yang menyapu-nyapu bajunya yang terkena makanan itu, senior perempuan itu terus mendekatinya.
"Awak tak apa-apa?"
Ayuni lantas tersenyum. "Saya tak apa-apa kak, makanan tumpah sikit jer."
"Eh, korang. Aku mintak maaf yer bagi pihak Si Hadric tu. Dia tu memang panas baran tak tentu pasal sikit," ujar senior lelaki berambut kuning memohon maaf bagi pihak rakannya itu. "Aku Foster Billfrost, pemilik sihir ledakan."
"Saya Ayara Dorothy, pemilik sihir gelatin." Kakak senior itu memperkenalkan diri.
Ayuni, Ian, Nedely dan Shawn turut memperkenalkan diri.
"Aku Isaac Emsworth, pemilik sihir partikel. Kitorang semua pelajar Tahun 5," ujar senior yang terakhir itu.
"Err... yang tadi tu?" soal Ian ingin tahu.
"Oh, tu Hadric Killsmith, pemilik sihir ilusi. Ah, korang jangan ambil kisah sangatlah apa yang dia cakap tu. Ada sebab la tu kenapa pihak akademi buat macam-macam untuk korang pelajar Tahun 1 tahun ni. Dia tu jer yang cemburu lebih." Isaac menyelitkan tawa di hujung kata-katanya.
"Terima kasih bang, akak sebab datang selamatkan keadaan." Ayuni mengucapkan terima kasih dengan penuh sopan.
"Takpa, memang tanggungjawab kami pun. Kalau takda apa-apa lagi, kami beredar dululah," Ayara mewakili rakan-rakannya meminta izin untuk mengundur diri.
Mereka pun berpisah. Ayuni, Ian, Nedely dan Shawn menyedari bahawa perbualan mereka dengan pelajar-pelajar Tahun 5 itu tadi sepertinya menarik perhatian semua pelajar di dewan makan. Kenapa mereka semua bereaksi sebegitu?
•••••
"Baik, rehat lima minit," ujar Pengetua Iduna sedikit kuat.
Ayuni dan Ian pun terus berhenti berlawan sebelum ke tepi gelanggang. Tekak yang kering dan haus perlu dibasahkan. Ayuni termengah-mengah kelelahan. Pengetua Iduna berjalan mendekati mereka dengan wajah yang ceria sebelum melabuhkan punggung di bangku di sisi Ayuni.
"Macam mana setakat ni berada di akademi?" soal Pengetua Iduna mesra.
"Kami baik-baik jer," balas Ayuni.
Pengetua Iduna perasan bahawa Ian seperti ingin menyuarakan sesuatu. "Ian, apa yang ada dalam kepala kamu tu?"
"Err... saya cuma tertanya-tanya, maksudnya kami berdua nak tahu kenapa... pengetua sendiri yang latih kami?" soal Ian dengan teragak-agak.
Pengetua Iduna lantas ketawa kecil. "Sebabnya kamu berdua ni istimewa."
"Tapi, apa istimewanya kami? Kami takda sihir, sepatutnya takda tempat pun untuk kami dalam akademi ni." Ayuni mempersoalkan jawapan Pengetua Iduna itu.
"Apa kamu kata takda tempat dalam akademi ni? Hmm... kamu tak tahu ke yang akademi ni ditubuhkan memang untuk kamu berdua?"
Ayuni dan Ian begitu terkejut dengan kenyataan pengetuanya itu.

YOU ARE READING
Awak Ada Saya!
FantasyAyuni Afya gadis yang lemah-lembut. Tetapi yang paling dominan adalah LEMAH. Dia seorang gadis yang lemah, kurang keyakinan diri dan mudah dibuli. Bagaimana dia ingin menjelaskan perasaannya kepada Si Crush? Dengan keberanian yang tidak seberapa, Ay...